PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Saturday, February 4, 2012

PMRAM Cakna Pengurusan Visa Pelajar

KAHERAH, 4 Feb - Sistem pengurusan imigresen Mesir bagi mahasiswa Malaysia untuk memperolehi visa pelajar agak sukar.

Berikutan beberapa keadaan telah berlaku di sekitar Pejabat Imigresen Mesir, Buuth sehingga memaksa pelajar keluar awal pagi untuk berurusan disitu.
 
PMRAM mengambil langkah serius tentang perkara ini dengan membuat bancian tempoh visa pelajar yang tamat  bermula 22 Januari 2012 sehingga 27 Januari 2012.
 
Hasil daripada bancian tersebut sebilangan besar mahasiswa dan mahasiswi di sekitar Kaherah masih tidak mempunyai visa pelajar.
 
Sehubungan dengan ini, hasil bancian yang telah diperolehi PMRAM akan dibawa dengan beberapa tindakan susulan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
 
" PMRAM terus komited dalam menangani isu ini dengan beberapa perancangan yang disusun mengikut situasi terkini semasa " ujar Naib Presiden III Saudara Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi.