PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, February 20, 2012

Ukhuwah Dieratkan, Kasih Diterjemahkan

KAHERAH, 18 Feb – Bagi memastikan pembawaan tema HEWI PMRAM agar terus direalisasikan, satu kunjung hormat dari HEWI PMRAM 2011 bersama seluruh Timbalan Yang Dipertua HEWI BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri ) yang merupakan PMRAM Cawangan ke rumah Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir telah berjaya diadakan semalam.
Kebersamaan kepimpinan HEWI PMRAM dan PMRAM Cawangan jelas terbukti dengan komitmen dan kerjasama yang telah diberikan pada kunjungan tersebut dengan kehadiran dari seluruh pimpinan. Selaras dengan tema pembawaan HEWI PMRAM, Kesatuan Ukhuwwah Manifestasi Tarbiyah”.

Kunjungan tersebut disambut dengan meriahnya oleh tuan rumah yang merupakan isteri kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir iaitu puan Nur Atiqah Catherine Abdullah pada jam 9.00 pagi.

Pertemuan tersebut dimulakan dengan sesi taaruf untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Puan Atiqah.


Seusai itu, seluruh pimpinan beramah mesra diantara satu sama lain.Turut hadir dalam majlis tersebut, wakil mahasiswi Perubatan.


“Ukhuwah yang kita bina selama ini perlu dieratkan lagi seperti kata peribahasa melayu “ bagai isi dan kuku” . Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Atiqah selaku tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan daripada kami kepimpinan HEWI PMRAM pusat dan Cawangan ke rumah Puan,dan kami juga mengharapkan pertemuan sebegini berkekalan dan akan diteruskan pada masa akan datang", ujar Saudari Nurain Yaacob Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2011 dalam pertemuan tersebut.