KAHERAH, 6 Mac
2013- Jejak Mawaddah siri II diteruskan lagi dengan kunjungan warga ahli HEWI
KPT Mesir ke rumah pasangan Puan Nurul Balqis binti Kusnin dan Encik Kamal bin
Mansor. Aktiviti bulanan HEWI KPT Mesir ini diadakan bertujuan untuk merapatkan
jurang di antara ahli HEWI KPT Mesir yang sudah dan belum berkeluarga disamping
megeratkan lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.
Antara
agenda yang dimuatkan dalam program ini adalah sesi taaruf, ucapan daripada
tuan rumah, ucapan raisah, penyerahan cenderahati dan jamuan ringan. Raisah
HEWI KPT Mesir, Ustazah Siti Aminah binti Ismail di dalam ucapannya
mengingatkan para hadirin agar tidak lupa objektif sebenar Jejak Mawaddah ini
diadakan.
Semoga usaha
murni Unit Kebajikan HEWI KPT Mesir dalam menganjurkan aktiviti Jejak Mawaddah
ini berjaya merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan, selari
dangan tuntutan Islam yang mementingkan kesatuan ukhuwwah antara penganutnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu
bersaudara”.