PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, July 31, 2009

Prosma III 2009


PROSMA III 2009

Berita baik untuk semua mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir tidak kira mahasiswa pengajian Islam ataupun perubatan, khususnya ahli-ahli PMRAM, Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA III 2009) kini kembali lagi dan akan mengadakan kutipan barangan terpakai bermula 28 Julai 2009 sehingga hari terakhir pengumpulan iaitu pada 3 Ogos 2009.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.pmram.org/

Sunday, July 26, 2009

Tahniah!!!



SKUAD TERENGGANU MESIR JUARAI PIALA SUMBANGSIH

Saf kepimpinan Hewi KPT mengucapkan tahniah dan mabruk kepada Skuad Terengganu diatas kemenangan yang diperolehi.Kekalkan kemenangan untuk piala seterusnya.Semoga Piala Malaysia 2009 menjadi milik Skuad Terengganu.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web KPT http://www.infokpt.com/

Tuesday, July 14, 2009

Rentak SISWI 09'


Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Penuntut - Penuntut Terengganu 08/09
( HEWI KPT ) akan mengadakan satu program yang dinamakan sebagai " Rentak SISWI 09 " untuk menguatkan lagi ukhuwwah antara ahli Hewi KPT samaada pengajian islam atau perubatan disamping menambah ilmu pengetahuan.

Kepada semua ahli HEWI KPT samaada yang berada di Kaherah atau di Muhafazah diminta untuk memeriahkan program ini.

Pendaftaran hanya LE 5 sahaja.

Tentatif program :

7.45 am - 8.15 am

Pendaftaran

8.15 am - 8.45 am

Perasmian
Asma alhusna dan alunan ayat-ayat suci al-quran

9.00 am - 11.00 am

Pembentangan kertas kerja fiqh

11.00 am - 12.30 pm

Praktikal Pengurusan Jenazah

5.00 pm - 7.30 pm

BBQ

9.00 pm - 10.30 mlm

Malam Kebudayaan Islam

10.30 pm - 11.30 pm

Jamuan dan penutup


Friday, July 10, 2009

Seminar Keusahawanan PMRAM


Sesiapa yang berminat boleh berdaftar kepada :

Ustaz Abdul Manan ( 0111468286 )
Ustazah Umi Masmira Mat Ali ( 0119862907 )

Tarikh tutup pendaftaran adalah sebelum hari program
Yuran sebanyak le 15 sahaja.

Saturday, July 4, 2009

Fadhilat di bulan Rejab

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."


Wednesday, July 1, 2009

Bengkel Jati Diri


Sesiapa yang berminat bolehlah berdaftar sebelum tarikh program diadakan:

Umi Masmira Mat Ali ( raisah Hewi KPT )
- 0109862907 / 0141715086