PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label jaulah. Show all posts
Showing posts with label jaulah. Show all posts

Monday, July 2, 2012

JAULAH SEKITAR KAHERAH


30 JUN, KAHERAH - Unit Sambutan & Rehlah, Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI), Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah berjaya menganjurkan jaulah; melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kaherah ini. Jaulah ini telah disertai 26 ahli.

Seawal 7.30 pagi, peserta rombongan mula bergerak menuju destinasi. Tempat pertama adalah Kubu Salahuddin. Tapak pertahanan yang hebat ini menyimpan seribu satu kenangan yang menjadi sejarah ulung kota Mesir. Binaan kubu kukuh di puncak Muqattam, memuatkan Masjid Sultan Nasir Muhammad, National Military Museum,  dan Masjid Muhammad Ali Basha; iras Masjid Biru di Turki. 

Masjid Sultan Muhammad Ali Pasha

Monday, February 13, 2012

JAULAH DUMYAT


11 Februari 2012- Unit Sambutan dan Rehlah Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut- penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah menganjurkan jaulah ke Dumyat dan Ra’sul Bar. Bermula jam 8 pagi, rombongan yang disertai 40 orang pelajar mula bertolak ke destinasi utama; Dumyat. Perjalanan memakan masa hampir tiga jam sebelum pantai Dumyat mula kelihatan.

 
Pesisiran pantai memutih dek banyaknya kerang-kerang yang terdampar tanpa ada yang mengutipnya. Setelah menunaikan solat, para peserta terus menggunakan masa yang ada bagi mengisi sebanyak mungkin kerang ke dalam bekas dan plastik yang dibawa. Kegembiraan dan keriangan jelas terpancar di wajah masing-masing. Ada yang mencari sekadar di pesisiran, ada juga yang menyilau di balik air yang berombak.

 
Empat jam mencari, kepenatan  dan kelaparan yang dirasai mula meminta agar perut diisi dan masing- masing mula menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Setelah berehat beberapa ketika, rombongan berkemas untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.
 

Perjalanan diteruskan melihat matahari terbenam di Ra’sul Bar. Di sini terdapatnya pertemuan antara Sungai Nil dan Laut Mediteranian. Keindahan senja dimeriahkan lagi dengan pemandangan nelayan sedang mencari tangkapan.

Berkumandang azan maghrib, para peserta mula menuju ke masjid terdekat bagi menunaikan solat sebelum berangkat balik. 7.30 malam, rombongan mula bertolak pulang.

Thursday, July 14, 2011

Program Kembara Diteruskan | Jejak Mawaddah Kembali Lagi

Program Kembara HEWI KPT Mesir; Jejak Mawaddah (JM) diteruskan lagi ke siri 3, 4 & 5 selepas dihentikan sementara waktu kerana memberi laluan kepada Peperiksaan Fasa Dua baru-baru ini. Sebelum ini, JM sempat menerjah teratak Puan Maryam Rani di Hayyu Sabi' bagi siri 1, dan siri 2 di kediaman Puan Rusiah Yunos, berhampiran Kompleks Darul Iman cuma.

JM siri 3, 4 & 5 kali ini pula, ingin membawa ahli menziarahi ahli HEWI KPT Mesir yang telah berkahwin, yang tinggal di sekitar Hayyu Asyier ;

-JM siri 3 : Puan Umi Masmira Mat Ali (15 Julai 2011 / Jumaat)
-JM siri 4 : Puan Aznina Abdul Aziz (17 Julai 2011 / Ahad)
-JM siri 5 : Puan Suhaibah Mustaffa (19 Julai 2011 / Selasa)


Dijemput kepada semua ahli untuk bersama memeriahkan program kembara dan ziarah kali ini. Sila berkumpul di lobi jam 4.30 petang.

Kerjasama yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Friday, November 12, 2010

JAULAH KE ABU 'ILA

10 NOV – Sempena menyambut kedatangan musim sejuk, Bendahari HEWI KPT merangkap Unit Sambutan & Rehlah telah menganjurkan jaulah ke Abu Ila’ khas untuk pelajar-pelajar baru bagi mencari barang keperluan sebagai persediaan menghadapi musim sejuk. Jaulah ini telah disertai seramai lebih kurang 56 orang terdiri daripada kalangan pelajar pengajian islam dan perubatan. Sebanyak 4 buah tremco yang telah disediakan oleh penganjur yang mana salah satu daripadanya bertolak dari Sayyidah Zainab untuk mengambil pelajar perubatan yang tinggal di sana. Rombongan ini telah bertolak pada jam 4.30 petang. Setibanya di sana, peserta menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum membeli-belah. Sebelum bergerak, peserta juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan musyrif untuk mengawal keselamatan para peserta. Terdapat banyak pilihan baju sejuk yang dijual disana sehingga menyebabkan pelajar-pelajar baru rambang mata untuk memilih. Mereka telah dibantu oleh pelajar-pelajar senior untuk tawar-menawar harga dan supaya tidak ditipu oleh peniaga arab. Setelah selesai mencari barang keperluan,para peserta telah berkumpul pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Rombongan ini telah bertolak pulang seusai jam 11 malam. Walaupun mereka kelihatan kepenatan, namun di sana terdapat kepuasan di hati mereka kerana dapat membuat persediaan untuk menghadapi musim sejuk.


sekadar gambar hiasan

Friday, February 26, 2010

SENTERI mendapat sambutan baik

SENTERI anjuran HEWI PMRAM pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 10 orang ahli HEWI Terengganu mengisi ruang untuk turut sama menjayakan program tahunan ini yang sentiasa mendapat sambutan hebat.


Program selama 3 hari 4 malam ini memberi pendedahan yang cukup menarik untuk dikongsi sambil mengimbau kembali rentetan perjalanan Nabi Musa dengan penuh kepayahan tanpa putus asa. Semoga program ini membawa seribu keinsafan kepada peserta dengan mengenang kembali sirah perjalanan nabi utusan Allah berjalan beribu-ribu batu demi kemaslahatan ummah, mencapai redha Allah.

Dengan bertemakan "ekspedisi sirah, meribat ukhuwah", moga-moga mencapai matlamat yang dicipta.

SATU FIKRAH, SATU AMAL..

Ziarah Ahli di Sayyidah Zainab

20 Februari 2010, Sabtu - Saf Pimpinan HEWI KPT sempat membuat kunjung ziarah ahli perubatan di Sayyidah Zainab. Urusan untuk bertemu mata dengan ahli HEWI KPT di sini dipermudahkan dengan bantuan wakil mandubah Sayyidah Zainab, Dr Fatin Farhanah, pelajar tahun 3 Universiti Kaherah.

Rombongan HEWI bertolak jam 11 pagi menuju terus ke imarah 11 yang menempatkan siswi Universiti Kaherah di bangunan tersebut. Liqo ziarah bermula selepas semua menunaikan solat zohor. Majlis diserikan dengan ucapan Naib Pengerusi HEWI, Ustazah Nadiah Remli. Kemudian taaruf Saf Pimpinan HEWI KPT, dan kemudian taaruf seluruh ahli yang hadir.

Banyak perkara yang dibincangkan antaranya cadangan mengeratkan lagi hubungan antara ahli seluruhnya, menyatukan hati-hati ahli HEWI dengan satu ikatan mahabbah dan kasih sayang. Majlis berakhir dengan tassbih kafarah dan surah al-asr tepat masuknya waktu asar. Ziarah kali ini berlangsung dengan jayanya apabila semua memberi komitmen yang baik sekali. Namun, perancangan untuk menziarahi pengantin baru, Dr Sukainah Sulaiman, terpaksa dibatalkan kerana terdapat sedikit kesulitan diluar jangkaan. Semoga ziarah seterusnya dapat menemukan semua ahli di Sayyidah Zainab disamping menjalin erat hubungan antara ahli seluruhnya.