KAHERAH, 25 Julai 2014 – Pihak Keluarga Penuntut- penuntut
Terengganu (KPT) Mesir sesi 2013/2014 telah mengadakan program sempena ketibaan
10 malam terakhir di bulan Ramadan dibawah seliaan IHTIRAM ’14 yang bertempat
di Musolla Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.
Untuk
memaknakan lagi program ini, pihak KPT Mesir telah menjemput saf kepimpinan daripada BKAN taakhi iaitu BKAN Kedah dan BKAN
Wilayah untuk sama-sama menjayakan
program ini.
Program
ini dimulai dengan ibadah Qiamullail sebelum sahur jamaie bersama taakhi.
Kemudian majlis menjemput mantan
Bendahari Kehormat PMRAM, Saudara Ahmad Qutaibah Bin Mohamed untuk menyampaikan
tazkirah khas seusai sahaja solat subuh berjemaah bagi mengisi jiwa mereka yang
hadir dengan santapan rohani setelah diisi dengan santapan jasmani.
Diantara objektif program ini
diadakan adalah untuk meribatkan lagi ukhwah yang telah terjalin terutamanya dalam kalangan mahasiswa/wi Mesir dan ia juga merupakan salah satu usaha untuk
menjayakan konsep taakhi sepertimana yang telah diamalkan oleh junjungan besar
Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam.
Dengan ini, pihak KPT Mesir
mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada saf kepimpinan BKAN taakhi kerana
sudi menerima jemputan daripada KPT Mesir dengan harapan agar kesatuan ini
terus kukuh sehingga ke generasi seterusnya agar sinaran cahaya islam terus
menyinar dan berkembang.
“MEMURNIKAN
PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”
“BERILMU
& BERAMAL”