PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label tahniah. Show all posts
Showing posts with label tahniah. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Tahniah Kepada Pasangan Pengantin


KAHERAH, 6 Disember  – Sekalung tahniah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) buat pasangan pengantin baru; Saudara Ahmad Zuhhad Ataillah bin Abdul Rahman yang juga merupakan ketua Biro Kebudayaan Kesenian dan Sukan dan saudari Che Engku Khairunnisa binti Che Engku Rozali.
                                                        
Turut hadir pada majlis itu adalah wakil Pegawai Education Malaysia of Egypt, Penolong Pegawai HEP Terengganu, serta wakil Badan Pengurus dan HEWI PMRAM.

Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di Dewan Darul Iman bermula jam 10 pagi dan dikendalikan di bawah Unit Bait Muslim KPT Mesir.

Seluruh saf kepimpinan KPT Mesir dan mahasiswa Terengganu mendoakan semoga beliau berbahagia bersama isteri tercinta.

Selamat menggalas tanggungjawab yang lebih besar; sebagai suami yang soleh dan isteri yang solehah seterusnya melahirkan zuriat dan umat Rasulullah sollallohu `alaihi wasallam yang bertaqwa sebagai penerus perjuangan Islam.


Tuesday, October 4, 2011

TAHNIAH ATAS KELAHIRAN CAHAYA MATA PERTAMA

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah kepada Saudara Nik Rosdi bin Nik Jusoh atas kelahiran cahaya mata pertama.

Beliau yang juga salah seorang anggota Lembaga Penasihat KPT Mesir telah menerima cahaya mata pertama pada 4 Oktober 2011, sekitar jam 6.50 pagi (waktu Malaysia).


Semoga dengan kelahiran puteri tersebut akan menambahkan lagi kebahagiaan beliau sekeluarga.

Sunday, September 18, 2011

TAHNIAH BUAT PENGANTIN BARU KPT MESIR

15 September 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan pegantin baru; Saudara Muhammad Khairul Aiman bin Mohd Arifin dan Saudari Siti Mariam binti Alias.


Kedua-duanya yang telah berjaya melangsungkan perkahwinan pada 15 September yang lalu adalah merupakan mahasiswa tahun satu Universiti al-Azhar, Kaherah dan ahli KPT Mesir.


Turut hadir pada majlis itu adalah Penolong Pegawai HEP Terengganu; Encik Mohd Rosli bin Awang, Naib Presiden II PMRAM; Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien, Naib Presiden III PMRAM; Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, HEWI PMRAM; Saudara Nur Atiqah binti Yusof .


Seluruh Saf Kepimpinan KPT Mesir dan mahasiswa Terengganu mendoakan semoga beliau berbahagia bersama isteri tercinta.


Selamat menggalas tanggungjawab sebagai suami yang soleh dan isteri yang solehah seterusnya melahirkan zuriat dan umat Rasulullah sollallohu `alaihi wasallam yang bertaqwa sebagai penerus perjuangan Baginda.


Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di Dewan Darul Iman sejurus menunaikan solat isyak berjemaah dan dikendalikan di bawah seliaan Biro dan Unit Kebajikan KPT Mesir dan Unit Bait Muslim KPT Mesir.


Monday, September 5, 2011

TAHNIAH BUAT PENGANTIN BARU

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah buat Saudara Mohd Farezuan bin Mat Azahar kerana telah berjaya melangsungkan perkahwinan beliau pada 2 September 2011.

Beliau yang merupakan Ketua Biro Kebajikan KPT Mesir telah dijodohkan dengan Saudari Nur Juwariyah binti Mohammed.


Seluruh Saf Kepimpinan KPT Mesir dan mahasiswa Terengganu mendoakan semoga beliau berbahagia bersama isteri tercinta.

Saturday, May 28, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MANTAN AJKT KPT MESIR

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan Saudara Ahmad Khairuddin Mohd Zaki (mantan AJKT KPT) & pasangan beliau; Saudari Umi Sa’adah yang telah melangsungkan perkahwinan mereka.

Pihak KPT Mesir mendoakan semoga ikatan yang dipateri dengan dasar syariat Islam yang adil dapat membahagiakan hingga ke akhirat nanti

Monday, April 11, 2011

Permata hati kedua



7 April 2011- Seluruh warga HEWI KPT mengucapkan jutaan tahniah kepada pasangan ustazah Maryam bt Rani dan suami atas kelahiran puteri kedua, yang diberi nama Barirah pada 10 mac 2011. Seramai 7 orang wakil HEWI berkesempatan menziarahi mereka di kediamannya baru-baru ini. Bayi tersebut disyaki menghidap penyakit jantung berlubang.

Wakil HEWI telah menghulurkan sedikit sumbangan daripada ahli HEWI KPT untuk meringankan bebanan kos rawatan adik Barirah. Kami mendoakan beliau diberi kesihatan yang baik. Semoga ustazah sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

Tuesday, August 10, 2010

Tahniah Atas Kehadiran Permata Sulong

Seluruh warga Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu mengucapkan tahniah kepada Ustazah Munirah Sakinah Salleh dan suami Ustaz Che Ku Ahmad Saufi Che Ku Abdullah kerana selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Ogos sekitar jam 2 pagi.

Bayi comel seberat 2.5 kg ini dilahirkan Hospital Rahmah. Ibu dan bayi dibenarkan pulang pada pagi tersebut selepas keadaan mereka stabil, selamat dan sihat.


Seluruh Kepimpinan HEWI KPT bersama ahli sempat berkunjung ke rumah beliau pada petang tersebut. Semoga ibu cepat sembuh seperti sediakala dan bayi dapat membesar dengan baik dan sihat.

Saturday, August 7, 2010

Mabruk Atas Kelahiran Puteri Penyeri Keluarga

Ucapan tahniah pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu rakamkan, khas buat pasangan suami isteri, Doktor Daing Nurzainah dan Ustaz Ismail Faruqi atas kelahiran puteri penyeri keluarga. Anak kedua ini selamat lahir ke dunia pada 4 Ogos 2010 jam 11 malam di Hospital Taufiqiyah.

Ibu serta puteri seberat 3.3 kg dibenarkan pulang selepas keadaan ibu kembali stabil rentetan pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi. Kedua-duanya dikhabarkan sihat dan mendapatkan rehat yang cukup di rumah.

Naib Pengerusi HEWI bersama ahli yang lain mengadakan kunjungan ke rumah Doktor Daing Nurzainah di Hayyu Sabi'e pada 6 Ogos 2010. Sementara itu, ada juga yang sempat memberi khidmat menjaga beliau ketika muslimin menunaikan Solat Jumaat.



Semoga ibu cepat kembali seperti sediakala bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan Oktober ini. Mudah-mudahan bayi dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah serta ibu bapa.

Sunday, July 25, 2010

Tahniah Atas Kelahiran Cahaya Mata Pertama

Ucapan tahniah dari kami warga Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) buat pasangan suami isteri yang menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini :-

1. Dr Wan Aimi Rashidah Wan Mokhtar bersama pasangan atas kelahiran putera sulung mereka di Mansurah. Ibu dan bayi dibenarkan pulang dari hospital setelah keadaan mereka kembali stabil dan beransur pulih. Pihak KPT mendoakan agar Dr Aimi dan bayi kembali sihat seperti sediakala.

2. Ustazah Siti Anisah Ahmad dan pasangan Ustaz Faizol bin Endut. Selamat melahirkan seorang puteri pada 16 Julai 2010 baru-baru ini. Puteri seberat 2.5 kg dilahirkan di Hospital Tibah sekitar jam 4.30 pagi. Semoga puteri ini menjadi penyejuk mata ayah bonda mereka.

3. Ustazah Siti Saniyatul Nusaibah Ahmad Khairuddin dan pasangan Ustaz Alif Mahari. Putera selamat dilahirkan jam 5.45 petang di Hospital Rahmah pada 21 Julai 2010 ketika warga KPT sedang sibuk di hari akhir Karnival DAMAI 2010. Ibu dan bayi seberat 2.9 kg itu selamat dan dibenarkan pulang ke rumah sekitar jam 11.00 malam.


Semoga menjadi anak-anak yang soleh & solehah pewaris pejuang generasi akan datang.

Wednesday, February 3, 2010

Tahniah Atas Kelahiran Cahaya Mata Pertama

Seluruh warga HEWI KPT mengucapkan tahniah kepada pasangan Ustazah Fatimah Salwani binti Abdullah dan Ustaz Rafzan bin Razak atas kelahiran putera mereka pada 2 Februari 2010, jam 7.00 malam waktu Mesir. Wakil HEWI seramai dua orang sempat menziarahi ustazah di Hospital Taufiqiyyah yang masih ditahan kerana demam.


Pihak HEWI mendoakan agar ustazah diberi kesihatan yang baik dan segera pulang ke rumah selepas bertarung nyawa menjalani pembedahan melahirkan bayi ini. Semoga menjadi anak yang soleh, penyambung perjuangan Islam.

Thursday, January 7, 2010

Tahniah Atas Kelahiran Puteri Cairo

Pihak HEWI mengucapkan tahniah kepada pasangan Ustazah Wan Noor Mursyidah binti Wan Mohd Noor dan Ustaz Mohd Syamshul bin Sidek atas kelahiran puteri sulung mereka kira-kira jam 6 pagi waktu Mesir pada 7 Januari 2010.


Wakil AJK HEWI seramai 4 orang sempat berkunjung ke Hospital Tufiqiyah awal pagi tadi. Kami seleruh warga HEWI KPT mendoakan agar menjadi anak yang taat terhadap perintah Allah dan ibu bapa serta menjadi pendokong Islam untuk generasi akan datang.

Friday, October 23, 2009

Selamat Pengantin Baru


Pihak HEWI KPT mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan bahagia Ustaz Shafizi bin Ismail & Ustazah Umi Masmira binti Mat Ali. Pengantin selamat diijab kabulkan pada 15 Oktober 2009, walimah pula pada 21 Oktober 2009.

Pihak HEWI mendoakan agar pasangan berbahagia kekal selamanya. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh solehah penerus perjuangan. Selamat Pengantin Baru.

Bertatahkan adat, bersendikan sunnah~

Saturday, September 12, 2009

Kelahiran Baru

Tahniah dan alfun mabruk dari kami barisan Exco dan Hewi KPT kepada Ustaz Faisal dan Ustazah Siti Maryam atas kelahiran puteri mereka.Semoga kelahiran puteri tersebut menyerikan lagi rumahtangga kalian.

Sunday, July 26, 2009

Tahniah!!!



SKUAD TERENGGANU MESIR JUARAI PIALA SUMBANGSIH

Saf kepimpinan Hewi KPT mengucapkan tahniah dan mabruk kepada Skuad Terengganu diatas kemenangan yang diperolehi.Kekalkan kemenangan untuk piala seterusnya.Semoga Piala Malaysia 2009 menjadi milik Skuad Terengganu.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web KPT http://www.infokpt.com/

Thursday, June 4, 2009

Tahniah!!


Di sini kami barisan AJKT & Hewi KPT 08/09 memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi dan mengucapkan tahniah kepada 2 pasangan suami isteri,ustaz amir dan pasangannya ustazah nadiha dan ustaz zaidi dan pasangannya ustazah tg rosmawati dengan kelahiran cahaya mata mereka.Semoga Allah memberkati kehidupan kalian.Kami juga mendoakan semoga 2 cahaya mata ini bakal menjadi pejuang dalam agama Allah dan penyambung tugas para ulama'.