PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label Timb Bendahari. Show all posts
Showing posts with label Timb Bendahari. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Jaulah Ra'sulbar


Unit sambutan dan rehlah HEWI KPT sekali lagi mengadakan jaulah ke ra'sulbar pada 6 Julai 2010. Kepada mana-mana ahli HEWI KPT yang ingin menyertai jaulah ini, bolehlah berdaftar dengan Bendahari merangkap Ketua Unit Sambutan dan Rehlah, Saudari Tengku Siti Nur A'isah Tengku Hasim. Terbuka kepada semua ahli HEWI KPT.

Friday, February 26, 2010

Jaulah Dumyat

Bendahari HEWI KPT merangkap Ketua Unit Sambutan dan Rehlah sekali lagi berjaya mengadakan jaulah bersempena cuti selepas selesai peperiksaan fasa 1 yg berakhir awal bulan Februari baru-baru ini. Jaulah Dumyat yg disertai seramai lebih kurang 40 orang peserta berlangsung dengan sempurna walaupun tiba di tempat yang dituju agak lewat dari waktu yang dijangka.


Rombongan bertarikh 13 Februari itu bertolak seawal 9 pagi setelah semua peserta bersiap sedia untuk bergerak. Dengan khidmat seorang pemandu coaster, rombongan selamat tiba di Dumyat jam 2 petang. Penjelajahan pesisir pantai Dumyat dimulakan setelah semua siap menunaikan solat di kawasan berhampiran.


Mencari kerang di Pantai Dumyat diselang-selikan dengan acara makan-makan setelah kehabisan tenaga meredah ombak lautan. Hampir 2 ke 3 jam peserta bertungkus-lumus mengutip kerang hingga hasilnya hampir seguni seorang. Coaster bergerak pulang pabila mentari hampir hilang rupa. Rombongan bersiap-siap untuk pulang seawal jam 5 petang.

Wednesday, December 16, 2009

ZIARAH MAQAM AULIYA’

Bendahari HEWI merangkap Unit Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan ziarah maqam wali-wali di sekitar kaherah yang bertolak seawal jam 8.00 pagi. Dengan bilangan peserta yang seramai lebih kurang 30 orang, termasuk sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa pelajar Terengganu-Mansurah, berlangsung dengan meriah sekali.
Menziarahi maqam Sheikh Soleh Al-Ja’afari sehinggalah maqam Sheikh Ahmad bin ‘Athoillah Assakandari di Jabal Muqattam, amat memberi manfaat dan lebih mengenali para ulama’ dengan lebih dekat.

Ziarah maqam kali ini menampilkan penyampai yang cukup berpengalaman Ustaz Mohd Mustafa binMohd Nor dari Negeri Pahang Darul Makmur yang menerangkan panjang lebar tentang maqam-maqam yang diziarahi. Banyak input-input yang diperolehi disamping mengenali dapat wali-wali Allah ini bukan setakat nama sahaja, bahkan peribadi, sifat dan lain–lain lagi.

Rombongan lawatan sempat singgah di Masjid Amru bin Al-‘As untuk berehat seketika dan menikmati makan tengahari disamping menanti masuknya waktu asar untuk bersolat jemaah di sana. Perjalanan menziarahi maqam auliya’ diteruskan setelah semua selesai dan bersedia untuk bergerak ke tempat seterusnya.

Program ini berakhir tepat masuknya waktu Isyak dan terus bertolak pulang dari Jabal Muqattam, kawasan terakhir yang dilawati sekitar jam 6.30 petang. Lebih 30 buah maqam yang sempat diziarahi memberi banyak manfaat kepada seluruh ahli yang menyertai rombongan tersebut.

Tuesday, February 10, 2009

JAULAH KE DUMYAT


antara akhawat yang menyertai jaulah


keindahan pantai dumyat

antara mushrif yang turut serta

hasil yang diperolehi

kerang-kerang yang telah direndam semalaman

Ahad,8 februari 2009 Bendahari Hewi KPT merangkap Unit Sambutan dan Rehlah dengan kerjasama BKKS merangkap Biro Sambutan dan Rehlah telah mengadakan jaulah ke Dumyat untuk mengutip kerang sekaligus merapatkan lagi ukhwah antara ahli KPT.Perjalanan dari Kaherah ke Dumyat mengambil masa sekitar 3 jam.Mushrif telah menyampaikan taklimat cara-cara mengutip kerang dengan jumlah yang banyak.Akhawat diberi masa 3jam untuk mengutip hasil-hasil kerang yang berada di pesisiran pantai.Hasil yang diperolehi amat lumayan dan memuaskan hati semua akhawat.Bertolak pulang sekitar jam 5 petang.Pihak HEWI KPT telah merakankan jutaan terima kasih kepada akhawat-akhawat yang telah sama-sama menjayakan program ini.


Friday, February 6, 2009

MINI KOOP HEWI

Setelah beberapa bulan Mini Koop Hewi KPT dilancarkan,sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan di kalangan ahli KPT itu sendiri.Stok yang dibeli laris bagaikan pisang goreng di tepi jalan.Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi atas segala nikmat kurnia yang diberikan.Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli KPT yang banyak memberi sokongan.Mudah-mudahan kita semua di bawah limpah Rahmat serta InayahNya.




"berjuanglah sehingga ketitisan darah terakhir"