PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label PMRAM. Show all posts
Showing posts with label PMRAM. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-81


KAHERAH, 24 Mac 2014– Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) baru-baru ini telah mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-81 yang bertempat di Dewan Nadi Riadi. Pada kali ini, pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu telah menghantar seramai 57 pewakilan iaitu ikhwah seramai 33 orang dan akhowat seramai 24 orang .
                Muktamar Sanawi PMRAM Kali ini menerima 2 usul yang dibawa oleh Ustaz Abdul Mun’im Bin Abdul Sukor daripada PMRAM Cawangan Selangor dengan matan usul yang berbunyi “Menggesa pihak berwajib untuk lebih serius dalam menangani permasalahan pelajar”  dan usul yang dibawa oleh Ustaz Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa daripada PMRAM Cawangan Johor dengan matan usul yang berbunyi “Mengukuhkan kebersamaan ahli di setiap peringkat melalui slogan ‘’Satu Fikrah Satu Amal’’. Dengan perbahasan yang rancak dan hangat, akhirnya seluruh perwakilan sebulat suara bersetuju dengan 2 usul yang telah dibentangkan.
                Sebelum berakhir Muktamar Sanawi PMRAM pada kali ini, Presiden PMRAM bagi sesi 2014 iaitu Al-Fadhil Ustaz HanifulFuad Bin Hussin telah mengutarakan tema baru yang ingin  dibawa oleh PMRAM sesi ini ialah “Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”.        
                Akhirnya, Saf Kepimpinan AJKT & AJK HEWI KPT Mesir merakamkan ucapan tahniah dan takziah  kepada seluruh kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2014. Semoga saf kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM sesi 2014 ini, dapat merancang yang terbaik dalam mengkaderkan generasi pemuda hari ini.

Tuesday, September 3, 2013

Lebih 150 warga Malaysia menyertai Futsal Merdeka PMRAM



Kaherah, 31 Ogos 2013 - Situasi bergolak di Mesir sekarang tidak menghalang untuk mengadakan aktiviti demi memberi pengisian yang terbaik buat warga Malaysia yang tinggal di Mesir. Dengan itu, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir  (PMRAM) menyusun beberapa pengisian bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-56. Program yang berlangsung di Padang Gunners, Hayyu Sadis dan dihadiri lebih kurang 150 orang warga Malaysia yang masih menetap di bumi Mesir ini.

Program ini bermula jam 4.00 petang sehingga 7.00 malam. Program dimulakan dengan permainan futsal ukhuwah, seterusnya solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah.

Turut serta dalam program Futsal Merdeka PMRAM 2013 ini ialah Ustaz Mohammad Farid Bin Mohammad Zainal selaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir.

"Alhamdulillah, kita tidak sangka kehadiran seramai ini. Selain itu, terima kasih diucapkan atas kerjasama disemua peringkat, program yang telah disusun berjalan dengan lancar." Ujar Saudara Ahmad Anas Bin Che Yusof selaku pengarah program Futsal Merdeka PMRAM 2013.

PMRAM mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan semua pihak yang menjayakan Futsal Merdeka pada tahun ini. Bersama meribatkan kesatuan sesama anak-anak Malaysia di sini dibawah kesatuan PMRAM.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Sunday, September 1, 2013

Mahasiswa Dan Mahasiswi Baru Terengganu Selamat Tiba di Kota Kaherah

Kaherah , 16 Ogos 2013 - Rombongan mahasiswa dan mahasiswi baru Terengganu seramai 28 orang selamat tiba di Kota Seribu Menara, Kaherah pada 14 Ogos 2013 dan kehadiran mereka disambut oleh ahli jawatankuasa  Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB '13) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan kerjasama PMRAM Cawangan Terengganu di lapangan terbang antarabangsa Kaherah .
 
Walaubagaimanapun , ketibaan mereka pada waktu itu yang diisiytiharkan oleh kerajaan sementara Mesir sebagai waktu perintah berkurung bermula jam 7 malam hingga 6 pagi menyebabkan mereka terpaksa bermalam di lapangan terbang untuk seketika sahaja sementara tempoh perintah berkurung tamat jam 6 pagi. Bas yang akan membawa pulang mahasiswa dari lapangan terbang tiba jam 7.45 pagi di lapangan terbang antarabangsa Kaherah dan selamat tiba di Kompleks Kediaman Pelajar Malaysia, Hayyu Asyir pada pukul 8.30 pagi. Kesemua mahasiswa dan mahasiswi baru ditempatkan di Kompleks Asrama Pelajar Terengganu, hayyu Asyir di bawah seliaan dan pantauan ahli jawatankuasa PMRAM cawangan Terengganu .
 
Pihak Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB '13) Cawangan Terengganu telah menyusun beberapa aktiviti dan program bagi memberi pengisian dan taklimat berkenaan bumi Mesir sementara mengisi masa terluang yang ada lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang tidak mengizinkan mereka keluar dari kawasan kediaman
 
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Saturday, August 31, 2013

Merdeka Tiada Makna



Pendidikan

Merdeka tidak membawa apa-apa makna jika disambut dengan hiburan yang melalaikan. Sambutlah untuk kali ke sejuta tahun sekalipun, tapi kalau generasi pewaris ini tidak di didik, malah di ajar pula menyambutnya dengan konsert, pesta liar, mereka tidak akan memahami erti sebenar kemerdekaan. Buang masa, duit, dan tenaga.


Mengapa semangat cintakan negara, semangat kibarkan jalur gemilang semakin pudar kepada rakyat Malaysia? Mungkin kerana mereka tidak merasakan Malaysia itu negara mereka, atau mungkin tidak mendapat manfaat dalam erti kata yang sebenar daripada hasil kekayaan negara.


Cinta Itu Memberi Dan Menerima

Jika mereka ini penat bekerja saban hari, tapi hidup tidak pernah senang dengan kenaikan kos harga barang, peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan sistem kekeluargaan. Mungkin ia menjadi faktor mengapa rakyat Malaysia kurang bersemangat menyambut hari penuh bersejarah negara kita. Terbaru kita dikejutkan dengan puluhan kongsi gelap.


Kemerdekaan Melalui Perspektif Islam

Kita sebenarnya tidak pernah merdeka dalam erti kata bebas daripada ketaatan, kepatuhan dan kehambaan kepada Allah. Merdeka mungkin dari sudut luaran, penjajahan. Namun jiwa, pemikiran dan aqidah kita tidak boleh merdeka daripada Islam dan hukum-hakamnya.


Kita Merdeka jika berjaya membebaskan rasa kehambaan kita kepada dunia, manusia kepada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dan undang-undangnya.


Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Malaysia ke-56, semoga Allah SWT pelihara negara kita daripada sebarang anasir yang boleh mengancam kedaulatan dan keamanan negara. Semoga Malaysia terus dipelihara Allah dan tunduk kepada hukum hakamnya.

Kata Al-Imam Al-Ghazali:

"Kalaulah tidak kerana hakim dan ulama yang jahat pastinya akan berkurangan kejahatan / keburukkan pemerintah kerana ia (pemerintah ) takut penolakkan mereka yakni (hakim dan ulama). Tapi apabila hakim/ulama yang ada jahat maka pemerintah tidak akan takut kepada penentangan hakim / ulama. Maka bertambah kerosakkan."
Dunia hari ini telah membuktikan, kemajuan, keamanan dan kemewahan dunia yang berlandaskan pemikiran dan kehendak manusia semata-mata tidak akan membawa apa-apa makna dan akhirnya tamadun ini akan musnah. Apa yang lebih penting selaku orang yang beriman adalah mencari keredhaan Allah SWT serta melaksanakan suruhannya.
Seperti mana firman Allah SWT di dalam Surah Sabaa' ayat 15:

بلدة طيبة ورب غفور

Maksudnya : Negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Maka, PMRAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia di seluruh peringkat untuk sama-sama kita menghayati erti sebenar kemerdekaan, mensyukuri nikmat keamanan, serta bersama bersatu membangun, memajukan negara Malaysia yang kita cintai dalam masa yang sama mendapatkan keredhaan Allah SWT.


"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"


Muhammad Al-Amin Bin Hj. Salleh
Setiausaha Agung
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013

Thursday, August 1, 2013

Merealisasikan Momentum Tarbiah Ramadan

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah : 183)
 
Segelintir berpendapat Ramadan adalah bulan menambah kekuatan rohani atau spiritual, dan ia merupakan satu bukti kelebihan berpuasa di bulan Ramadan. Di bulan yang mulia ini, umat Islam lebih mudah melakukan ibadah puasa yang mungkin sukar dilakukan pada waktu-waktu lain. Begitu juga dengan amalan-amalan lain seperti istiqamah solat berjamaah dalam setiap waktu dan meninggalkan dosa-dosa kecil
 
Namun terkadang keghairahan ini dirasai pada permulaan Ramadan sahaja. Apabila bulan mulai mengecil, semangat dan keghairahan merebut keberkatan kian Ramadan pudar, lebih-lebih lagi dengan kekerapan lagu-lagu raya didendangkan berbanding alunan suci ayat Al-Quran.
 
Implikasi daripada tarbiah  madrasah Ramadan boleh kita rasai sehingga pengakhiran bulan malah dapat menjadi benteng bagi 11 bulan yang berbaki kerana dengan berpuasa selama sebulan diikuti enam hari dalam bulan Syawal adalah ibarat berpuasa selama setahun.
 
Alangkah berertinya jika sebulan Ramadan ini kita sama-sama membina saf kesatuan yang padu hanya untuk-Nya, bukan sekadar tajarrud kepada Ramadan atau imtihan yang nyata untuk kepentingan diri sendiri yang bersifat sementara kerana kita diciptakan bukan untuk menjadi hamba Ramadan dan imtihan tetapi menjadi khalifah, hamba kepada Sang Khaliq.
 
Dalam memastikan pemenjaraan syaitan yang telah bersumpah setia untuk memperdayakan anak-anak Adam sehingga hari kiamat ini benar-benar terealisasi dalam diri kita, momentum sepertiga malam perlu ditanam dan disemai kerana semboyan jihad telah lama dicanangkan dalam memerangi godaan syaitan.
 
Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa ke arah pembinaan perisai nan kukuh dalam menghadapi sang syaitan pabila menyingsing fajar lebaran nanti
 
"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"

Wednesday, July 17, 2013

Pemakluman Jawatan Unit Bait Muslim PMRAM Pusat 2013

Makluman mengenai jawatan Pengarah & Timbalan Pengarah Unit Bait Muslim  yang baru di bawah Lajnah Dakwah danPembangunan Insan (LDPI) PMRAM 2013.

Pengarah Unit Bait Muslim : 
Ustaz Nik Rosdi Bin Nik Jusoh (0111-5341761)

Timbalan Pengarah Unit Bait Muslim :
Ustazah Ummi Salwa Binti Nordin (0111-7183613)

Sebarang permasalahan dan pertanyaaan, boleh merujuk kepada Pengarah Unit Bait Muslim PMRAM Pusat ataupun boleh terus menghubungi Ketua Unit Bait Muslim di peringkat PMRAM cawangan masing-masing.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"


Kolokium Ilmuan PMRAM Siri 3 & 4 : Medan Pengukuhan Komitmen dan Pengkaderan Mahasiswa






KAHERAH, 5 Julai – Seramai 107 peserta ikhwah dan 116 peserta akhawat menghadiri Kolokium Ilmuan PMRAM Siri 3 & 4 yang bertempat di Wisma Kelantan Sultan Muhammad V, Hayyu Sabiek dan Kompleks Rumah Selangor, Hayyu Asyir.

Seawal jam 8.00 pagi para peserta mula memenuhi dewan program Kolokium Ilmuan.  Siri Q PMRAM kali ini diadakan selama 2 hari dan mendapat sambutan yang baik dari mahasiswa dan mahasiswi.

Antara pengisian dalam siri kali ini adalah pembentangan kertas kerja Amal Islami, Jahiliyah Zaman Moden, Kenali musuh-musuh Islam, Fiqh Aulawiyat dan Diskusi Kitab Hatta Ya’lama Syabab. Ianya bertujuan agar mahasiswa dan mahasiswi memahami tuntutan keperluan masakini, membentuk jati diri yang unggul dan mengetahui konsep pelan perancangan sekutu Islam.

Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2013 mengucapkan sekalung tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang memberikan sepenuh komitmen yang baik dalam menjayakan Kolokium Ilmuan pada kali ini. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman sebaiknya dalam memahami peranan kita selaku daie yang dijanjikan oleh Allah SWT kelak.


"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

Wednesday, June 26, 2013

Tamarrud : Langkah Berjaga-jaga Sempena 30 Jun



Berikutan kempen golongan penentang kerajaan yang akan melakukan himpunan besar-besaran yang dinamakan " Tamarrud " untuk mengggulingkan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi pada 30 Jun ini, dengan ini Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menasihati kepada seluruh warganegara Malaysia di sini agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Sebagai persediaan menghadapi situasi pada hari tersebut, PMRAM mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mengambil langkah keselamatan sebagaimana berikut :

1. Menghentikan segala aktiviti rehlah dan percutian ke semua tempat bermula daripada 28 Jun.
2. Tidak membenarkan mana-mana mahasiswa terlibat dan menghampiri sebarang himpunan yang diadakan sama ada di Kaherah mahupun muhafazah dalam tempoh waktu tersebut.
3. Dinasihatkan kepada mereka yang akan pulang ke Malaysia agar tidak memilih tarikh tersebut. Bagi yang tinggal di muhafazah dinasihatkan untuk datang awal ke Kaherah.
4. Meningkatkan tahap keselamatan diri masing-masing dan mengurangkan aktiviti luar.
5. Mematuhi makluman dan pekeliling keselamtan yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK).
6. Sekiranya berlaku sebarang masalah sila laporkan kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Negeri  (BKAN) atau Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) atau terus menghubungi Tuan Presiden PMRAM ditalian 0111-3771841.

PMRAM mengharapkan agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi sentiasa peka dan mengikuti  perkembangan keadaan semasa dan mematuhi segala arahan yang akan dikeluarkan oleh pihak PMRAM dan KBMK dari masa ke semasa melalui medium penerangan lawan web dan facebook rasmi PMRAM.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Abdul Aziz Bin Ali
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2013