PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Pengumuman Calon AJKT KPT Mesir Sesi 2012/2013


Kenyataan Rasmi - Pengarah SPR




Assalamualaikum WBT.

Setelah tempoh pembukaan semula pencalonan AJKT Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ditutup, pihak SPR KPT Mesir telah menerima satu pencalonan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Oleh itu,berikut adalah senarai calon AJKT KPT Mesir bagi sesi 2012/2013:


Tiada perubahan yang berlaku pada pencalonan AJK HEWI KPT Mesir sesi 2012/2013.

Sekian, wassalam.

“CEKAP DAN TELUS”
 

“BERILMU DAN BERAMAL”

Hormat dari saya,

MOHD SYAMSHUL BIN SIDIK
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Tuesday, September 4, 2012

Makluman Pencalonan AJKT dan AJK HEWI KPT Mesir sesi 2012/2013

Pengumuman SPR

Assalamualaikum WBT.

Adalah dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Sesi 2011/2012 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan-jawatan berikut:
  1. Yang Di-Pertua – Satu (1) orang
  2.  
  3. Ahli Jwatankuasa Tadbir (AJKT) – Lapan (8) orang
  4.  
  5. Ahli Jawatankuasa Unit Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) – Lapan (8) orang
Pencalonan akan dibuka bermula pada 5 September hingga 10 september 2012 selama lima hari bekerja.

Borang pencalonan boleh didapati di bilik gerakan operasi SPR di Rumah 101 bagi ikhwah dan Rumah 103 bagi akhawat bermula dari jam 1 petang hingga 4 petang dan hendaklah diserahkan kembali pada hari penamaan calon iaitu pada 11 September 2012.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah SPR KPT Mesir 2011/2012, saudara Mohd Syamshul bin Sidik di talian 0111-4485597.

“CEKAP DAN TELUS”

“BERILMU DAN BERAMAL”


Saya yang menurut perintah,

NAQIYYUDDIN ‘AFIFI BIN SALLEH
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Saturday, September 1, 2012

Pengisytiharan Gerak Kerja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) KPT Mesir sesi 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Dengan sukacitanya dimaklumkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT)  Mesir sesi 2011/2012. Suruhanjaya ini bertindak sebagai sebuah organisasi berkecuali dan akan memulakan operasi bermula dari 1 September 2012  hingga 20 September 2012. Antara matlamat penubuhan suruhanjaya ini adalah:

1. Mengendalikan pencalonan sebagai AJKT dan AJK HEWI Mesir bagi sesi 2012/2013.

2. Mengendalikan pengundian sekiranya berlaku pertandingan antara calon.

3. Bertanggungjawab memastikan proses pencalonan dan pilihanraya berjalan dengan lancar, telus dan adil.

Sehubungan  itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan saudara Mohd Syamshul bin Sidik (Pengarah SPR KPT Mesir 2011/2012) di talian 0111-4485597.


“CEKAP DAN TELUS”
“BERILMU DAN BERAMAL”


Saya yang menurut perintah,

NAQIYYUDDIN ‘AFIFI BIN SALLEH
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Saturday, October 15, 2011

SPR : MAKLUMAN AWAL PILIHANRAYA




Thursday, October 13, 2011

PENGUMUMAN SENARAI CALON KEPIMPINAN KPT MESIR 2011/2012 YANG LAYAK BERTANDING



Wednesday, October 12, 2011

MAKLUMAN PENTING SURUHANJAYA PILIHANRAYA KPT MESIR



Friday, October 7, 2011

SPR : NOTIS BORANG PENCALONAN DIBUKA



SPR : GERAK KERJA BERJALAN LANCAR


Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah bersetuju membentuk Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya 2011 (SPR).


Ianya dibentuk sempena Mesyuarat Agung Tahunan KPT Mesir yang akan diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2011 ini.


Perlantikan tersebut berdasarkan kepada peruntukan undang-undang tubuh KPT Mesir pada bab keempat, fasal 2 (pilihanraya) yang memberi kuasa kepada AJKT bagi membentuk ahli jawatankuasa SPR KPT Mesir.


Untuk makluman, Pengarah SPR 2011; Saudara Ahmad Wais bin Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah SPR 2011; Saudari Fadhilah binti Othman.


Sebarang permasalahan, boleh merujuk kepada pihak SPR KPT Mesir.

Saturday, October 9, 2010

Keputusan Pilihanraya : HEWI KPT Sesi 2010/2011


Sebanyak 12 calon yang dipertandingkan untuk 8 kerusi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI). Ahli HEWI yang layak mengundi adalah 202 orang, yang turun mengundi adalah 41 orang, dan tiada undi rosak. Setelah berakhirnya proses pengundian, pengiraan undi telah dibuat pada malam tersebut. Hasil daripadanya, pihak SPR telah mengumumkan bahawa, AJK HEWI yang menang bertanding adalah :-

1) Tengku Fathimah binti Tengku Hashim [41 undi]
2) Nursyazwani binti Jusoh [34 undi]
3) Nor Eina binti M. Ali [39 undi]
4) Naufal binti Kamaruddin [35 undi]
5) Nuraini binti Abdullah [36 undi]
6) Mardhiah binti Nordin [40 undi]
7) Shazazierra binti Sharif [39 undi]
8) Nur Farhana binti Hanafi [23 undi]

Tahniah dan takziah untuk semua. Semoga terus menyokong dan mendokong KPT dalam apa jua posisi demi melihat kelangsungan Islam mekar mengharum di atas muka bumi ini.

Pilihanraya : HEWI KPT Sesi 2010/2011


KAHERAH, 5 Oktober 2010 - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), telah mengadakan satu pilihanraya bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) sebanyak 8 kerusi untuk dipertandingkan. Calon HEWI adalah seramai 12 orang dan tiada sebarang penarikan diri sebelum berlangsungnya pilihanraya yang julung-julung kali diadakan ini.

Majlis Perasmian pilihanraya ini turut dihadiri oleh wakil HEWI PMRAM, Ustazah Samihah binti Abdullah dan seterusnya dirasmikan oleh Naib Pengerusi HEWI KPT sesi 2009/2010, Ustazah Nadiah binti Remli. Pilihanraya dibuka seawal jam 9 pagi dan berakhir tepat jam 5 petang.

Seramai 202 orang ahli HEWI yang layak mengundi tetapi hanya 41 orang yang turun menunaikan kewajipan. Semoga pilihan pimpinan yang dibuat dapat membawa KPT memperjuangkan Islam di bumi ini.

Thursday, September 30, 2010

PILIHANRAYA KPT 2010


Suruhanjaya Pilihanraya KPT 2010 telah mengumumkan calon-calon kepimpinan KPT bagi sesi 2010/2011 pada 28 September 2010. Hasil daripada pengiraan borang pencalonan, pihak SPR telah menetapkan bahawa antara yang bakal bertanding dalam Pilihanraya KPT 2010 adalah bagi kerusi calon YDP dan juga kerusi ahli Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI KPT). 2 orang calon telah dicalonkan bagi kerusi YDP dan 12 orang calon telah dicalonkan bagi kerusi HEWI KPT sesi 2010/2011.



Pihak SPR KPT 2010 akan mengadakan majlis taaruf Yang Dipertua KPT sesi 2010/2011 pada 4 Oktober 2010 di Dewan Asrama Darul Iman Hayyu Ashier Kaherah. Dijemput pada semua ahli Terengganu yang bernaung di bawah KPT untuk sama-sama mengikuti majlis taaruf ini.


Sila klik pada gambar untuk melihat lebih jelas

Pilihanraya bagi jawatan Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam bagi sesi 2010/2011 akan diadakan pada 5 Oktober 2010 iaitu pada hari Selasa jam 9.00 pagi hingga 5.oo petang di Dewan Asrama Darul Iman.Pihak KPT mengharapkan mana-mana ahli KPT yang layak mengundi agar sama-sama turun ke Kaherah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi memastikan kepimpinan untuk sesi akan datang adalah daripada kesepakatan pilihan ahli KPT keseluruhannya.

senarai calon yang dipertua dan ahli jawatankuasa tadbir KPT sesi 2010/2011

Pastikan pilihan anda tepat.

senarai calon HEWI KPT sesi 2010/2011 yang bakal bertanding

12 orang Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam yang bakal bertanding pada 5 Oktober 2010 ini. Pastikan Ahli Hewi KPT yang layak mengundi untuk sama-sama turun mengundi. Anda berhak menentukannya.

-SELAMAT BERKEMPEN DAN SELAMAT MENGUNDI-

Friday, October 2, 2009

Senarai calon HEWI KPT 2009/2010

SENARAI CALON HAL EHWAL WANITA ISLAM
KELUARGA PENUNTUT - PENUNTUT TERENGGANU
2009/2010

1 ) NADIAH BINTI REMLI
EMPAT BAHASA ARAB
( 1047 )

2 ) TENGKU SITI NUR A'ISAH
BINTI TENGKU HASIM
EMPAT USULUDDIN
TAFSIR
( 1200 )

3 ) NURUL HASANAH BINTI YAHUZA
DUA USULUDDIN
( 1404 )

4 ) TENGKU FATHIMAH BINTI
TENGKU HASHIM
DUA SYARIAH ISLAMIAH
( 1419 )

5 ) NAUFAL BINTI KAMARUDDIN
DUA SYARIAH ISLAMIAH
( 1420 )

6 ) NURAINI BINTI ABDULLAH
DUA SYARIAH ISLAMIAH
( 1408 )

7 ) NURSYAZWANI BINTI JUSOH
DUA SYARIAH ISLAMIAH
( 1236 )

8 ) ZALEHA BINTI HASSAN
EMPAT USULUDDIN TAFSIR
( 1207 )



Friday, September 25, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan & Ijtima' HEWI KPT 08/09



Saturday, September 12, 2009

Suruhanjaya Pilihanraya Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu


SPR

Untuk makluman bahawa Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) sesi 2009/2010 telah membuka jawatan :
-Yang Dipertua (1 orang)
-Ahli Jawatankuasa Tertinggi (9 orang)
-Ahli Jawatankuasa Unit Hal Ehwal Wanita Islam (8 orang)

borang pencalonan boleh didapati melalui pegawai-pegawai SPR yg dilantik :

~~ikhwah : ust Ismail Ibrahim
0164767428

~~akhowat : ustz Nur Hamizah Puteh
0114360721

Mulai 13 September 2009 hingga 25 September 2009.
Masa 10 pagi hingga 3.30 petang.

Untuk syarat - syarat percalonan anda boleh layari laman web
http://www.infokpt.com/