PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label jejak mawaddah. Show all posts
Showing posts with label jejak mawaddah. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Jejak Mawaddah Mengukuhkan Wehdah



KAHERAH, 18 November-  Program tradisi Jejak Mawaddah diteruskan lagi  dengan kunjungan ke rumah Puan Dayang  Siti Noraini bt Awang Damit Yahya dibawah seliaan Unit Kebajikan HEWI KPT bagi sesi 2012/2013. Program ini bertujuan untuk  mengeratkan ukhuwwah antara ahli KPT yang  telah dan belum berkahwin disamping menyambung tali silaturrahim antara satu sama lain.
  
          Puan Dayang Siti Noraini dalam ucapannya menyatakan rasa berterima kasih atas kunjungan kami warga HEWI KPT ke terataknya. Program ziarah ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh unit kebajikan kepada tuan rumah.





Ucapan jutaan terima kasih kami tujukan buat tuan rumah atas kesudian menerima kunjungan dari kami warga HEWI KPT. Diharapkan program sebegini dapat memberikan implikasi yang positif keatas semua pihak serta dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.
         

Saturday, December 17, 2011

Jejak Mawaddah Siri I

Program Jejak Mawaddah (JM) dibawah anjuran Unit Kebajikan Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) telah membuka tirai untuk sesi 2011/2012 pada 12 Disember baru-baru ini.

Program diadakan bertujuan mengeratkan lagi ukhuwwah islamiah antara ahli HEWI yang bujang dengan golongan mutazawwijin.

Jejak Mawaddah Siri 1 baru-baru ini telah menziarahi kediaman pasangan Puan Siti Norul Aini Hasmidar binti Md Razali dan Ustaz Muzani bin Abdul Rahman yang baru sahaja  beberapa bulan  menimang cahaya mata yang pertama; adik Huurun Ain Solehah.

Program bermula pada jam 4.00 petang dengan dihadiri 15 orang akhawat bersama Ahli Jawatankuasa HEWI. Majlis dipengerusikan oleh Ketua Unit Kebajikan HEWI; saudari Nur Hamizah binti Zahid, disusuli  ucapan dari tuan rumah seterusnya  tidak dilupakan ucapan daripada wakil HEWI.

Kesimpulan dari ucapan tersebut, mengharapkan agar program seumpama ini diteruskan lagi agar ikatan hati-hati  dibawah satu ikatan  akidah islamiah ini berkekalan hingga ke syurga insyaAllah.

Majlis diteruskan dengan  pemberian cenderahati  dari KPT Mesir kepada tuan rumah yang disampaikan oleh Naib Pengerusi HEWI; Ustazah Nuraini binti Abdullah.

 Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan yg telah disediakan. Terima kasih kepada tuan rumah dan ahli HEWI yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program dan mengharapkan agar program ini dapat diteruskan lagi bagi siri-siri akan datang.