PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label ziarah. Show all posts
Showing posts with label ziarah. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Tautan Kasih Sayyidah Zainab



Kaherah, 24 Oktober -  Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah menganjurkan program “Kembara Rabithah” di bawah seliaan Unit Dakwah HEWI KPT Mesir ke rumah ahli di Sayyidah Zainab baru-baru ini.

               Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara mahasisiwi KPT yang dekat dan jauh sekaligus menjayakan usul KPT pada tahun ini. Selain itu, ia dapat mengenalpasti permasalahan ahli mahasisiwi yang berada di sana.

               Perjalanan ke rumah ahli mengambil masa satu jam berikutan masalah kesesakan lalu lintas. Program bermula sekitar jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Kunjungan ini disambut baik oleh ahli yang berada di Sayyidah Zainab.

               Program ini menghimpunkan 20 orang mahasisiwi. Majlis dimulakan dengan sesi taaruf sesama ahli, seterusnya dibuka kepada permasalahan yang timbul daripada kalangan mahasiswi yang tinggal di sana.

               Sehubungan dengan itu Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPT Mesir Sesi 2012/2013 mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasisiwi perubatan di Sayyidah Zainab atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga dengan program Kembara Rabithah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang telah terbina. 

Saturday, November 10, 2012

Ziarah Cucu KPT


Kaherah, 10 Oktober – Pada hari khamis baru-baru ini, Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPT Mesir meluangkan masa menziarahi Ustazah Rusiah Yunos yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kg. Kegembiraan jelas terpancar di wajah beliau dengan kedatangan saf kepimpinan HEWI menziarahi beliau dan bayi tercinta.

Ziarah menziarahi adalah sunnah baginda Rasulullah S.A.W yang sangat mulia. Ziarah ini menunjukkan kebajikan HEWI KPT Mesir pada Anak-anak Terengganu khususnya dan saudara seakidah amnya.

Tahniah diucapkan pada pasangan Ustaz Mohd Razi Musa dan Ustazah Rusiah Yunos atas kurniaan berharga dari Ilahi ini.

Thursday, September 27, 2012

Kelahiran Mujahidah Menggamit Kunjungan Mahabbah

  
     Kaherah, 26 September- Saf kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sempat berkunjung ke rumah pasangan bahagia Ustaz Muhamad Mohkri bin Ibrahim dan isteri; Ustazah Nur Shafieza binti Mohd atas kelahiran anak kedua mereka. Sekalung tahniah diucapkan dengan kehadiran cahaya mata ini.


 
Bayi seberat tiga kilogram yang selamat dilahirkan di Hospital Taufiqiah itu adalah kurniaan terindah dari Ar-Rahman buat mereka.

Semoga si kecil membesar sihat dan menjadi mujahidah yang tegar di celah-celah kepesatan dunia dewasa ini.

Saturday, August 11, 2012

KEMBARA RABITHAH ABBASIAH- IFTOR JAMA’IE PENGERAT UKHWAH



ABBASIAH, 8 Ogos 2012-  Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir di bawah seliaan Unit Dakwah telah menziarahi pelajar perubatan Terengganu yang menetap di Abbasiah. 

Rombongan diketuai oleh Saudari Nuraini binti Abdullah; Naib Pengerusi HEWI KPT Mesir dan empat orang pimpinan HEWI lain. Turut menyertai rombongan ialah Penasihat HEWI KPT Mesir; Saudari Tengku Fathimah Tengku Hashim. 

Program “Kembara Rabithah” ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terbina dalam kalangan pimpinan dan para ahli.

Ketika waktu menginjak 6.30 petang, rombongan mula menjejak kediaman mereka. Kedatangan disambut mesra oleh tuan rumah. Sambil menanti azan, rombongan dan tuan rumah saling bertukar juadah iftor dan bertanya khabar.

Walaupun hanya  empat orang ahli perubatan berbaki di Abbasiah, namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mengharungi bulan Ramadan di bumi anbiya’.

Setelah menunaikan solat Maghrib, masing- masing mula menikmati juadah yang tersedia.

Masjid an-Nur


Usai solat Isyak, rombongan mula bertolak pulang. Semoga ziarah ini akan merapatkan lagi ukhwah yang terjalin selama ini. Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian menerima kunjungan.

Monday, February 20, 2012

Ukhuwah Dieratkan, Kasih Diterjemahkan

KAHERAH, 18 Feb – Bagi memastikan pembawaan tema HEWI PMRAM agar terus direalisasikan, satu kunjung hormat dari HEWI PMRAM 2011 bersama seluruh Timbalan Yang Dipertua HEWI BKAN (Badan Kebajikan Anak Negeri ) yang merupakan PMRAM Cawangan ke rumah Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir telah berjaya diadakan semalam.
Kebersamaan kepimpinan HEWI PMRAM dan PMRAM Cawangan jelas terbukti dengan komitmen dan kerjasama yang telah diberikan pada kunjungan tersebut dengan kehadiran dari seluruh pimpinan. Selaras dengan tema pembawaan HEWI PMRAM, Kesatuan Ukhuwwah Manifestasi Tarbiyah”.

Kunjungan tersebut disambut dengan meriahnya oleh tuan rumah yang merupakan isteri kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor Mesir iaitu puan Nur Atiqah Catherine Abdullah pada jam 9.00 pagi.

Pertemuan tersebut dimulakan dengan sesi taaruf untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dan kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Puan Atiqah.


Seusai itu, seluruh pimpinan beramah mesra diantara satu sama lain.Turut hadir dalam majlis tersebut, wakil mahasiswi Perubatan.


“Ukhuwah yang kita bina selama ini perlu dieratkan lagi seperti kata peribahasa melayu “ bagai isi dan kuku” . Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Atiqah selaku tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan daripada kami kepimpinan HEWI PMRAM pusat dan Cawangan ke rumah Puan,dan kami juga mengharapkan pertemuan sebegini berkekalan dan akan diteruskan pada masa akan datang", ujar Saudari Nurain Yaacob Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2011 dalam pertemuan tersebut.

Wednesday, February 15, 2012

Kebajikan Tetap Diutamakan

 

KAHERAH, 13 Feb - Baru-baru ini, kepimpinan HEWI PMRAM berpeluang menziarahi salah seorang mahasiswi perubatan Universiti Kaherah.
Pada 4 Februari bersamaan 12 Rabi'ul Awal permata sulung pasangan bahagia, Saudari Noor Syakirah Rosli dan Saudara Anas bin Kasran selamat dilahirkan di Hospital al-Hikmah, Sayyeda Zainab, Kaherah
 
Dalam kesempatan tersebut, wakil HEWI PMRAM turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pasangan tersebut
 
PMRAM mengucapkan tahniah atas anugerah dan amanah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Semoga zuriat yang dikurniakanNya menjadi pendokong Islam yang dicintai.
 
"PMRAM adalah wadah kebajikan. Adalah menjadi tanggungjawab PMRAM cakna kepada seluruh ahli yang berada dibumi Mesir ini tidak kira dikalangan ahli perubatan atau pengajian Islam, " ujar Saudari Nurain Yaacob, Timbalan Pengerusi HEWI.