PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Showing posts with label risalah kesihatan. Show all posts
Showing posts with label risalah kesihatan. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Kawal Suhu Badan di Musim Panas




Musim panas kini kembali menemui sahabat-sahabat khususnya yang berada di Perlembahan Nil ini. Imtihan fasa dua juga mula rancak membuka tirainya.Ramai dikalangan sahabat-sahabat dilanda sakit seperti : demam, batuk, selesema dan lain-lain apabila tibanya musim ini. Berikut merupakan cara bagaimana mengawal dan menyejukkan suhu badan dimusim panas :-

1. Air sebagai senjata

Minum banyak air merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan dimusim panas. Malahan pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar air diminum sebelum anda mula rasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini anda membawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk anda ingat dan minum setiap kali perlu.

2. Ambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi banyak air

Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air, tembikai susu (honeydew), betik (mengandungi 91% air) dan nenas (84% air).  Kesemua buah-buahan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah untuk kita dapatkan dan beli dimana-mana.

Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Anda juga digalakkan mengambil salad sebagai menu dihari panas bagi tujuan menyejukkan badan. Dan yang tidak kurang penting juga sayur-sayuran ini sememangnya bagus untuk diet yang sihat.


3. Minum jus buah-buahan

Bukanlah jus buah-buahan yang sudah ditambah gula/susu tetapi jus buah-buahan asli. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi.

4. Makan yogurt

Selain dari kaya dengan kalsium dan probiotik (untuk usus dan sistem penghadaman) yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan anda.

Dan jangan lupa cuaca panas juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Bagi mereka yang ada migrain pula,amat mudah untuk anda terkena serangan di musim ini. Beware!

Akhir kata, jaga kesihatan, jaga keselamatan, pelihara iman.





Disediakan oleh :-
UNIT KEBAJIKAN
Hal Ehwal Wanita Islam
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir
Sesi 2011/2012

Sunday, May 27, 2012

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM





Hakikat Demam

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :


"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kitab Umdah al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Wednesday, December 28, 2011

Penjagaan Kesihatan Ketika Musim Sejuk

  Kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti kebersihan, makanan serta perubahan suhu persekitaran. Perubahan suhu atau musim memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai perubahan fizikal badan kita. 

Secara umumnya, badan kita berfungsi dengan baik pada suhu tertentu/spesifik (36.5-37.2 darjah celcius). Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan kita terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, kita terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat immuniti yang lemah. Kanak –kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini.

Monday, August 8, 2011

PETUA SIHAT CARA SAINTIFIK RASULULLAH S.A.W

1. AMALKAN BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh berjemaah.


Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala daripada Allah s.w.t.
- Kesegaran udara pada waktu subuh yang bagus untuk kesihatan/terapi penyakit TB.
- Menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.


2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN

النظافة من الإيمان

Rasulullah sollallohu alaihi wasallam sentiasa rapi dan bersih. Setiap hari Khamis atau Jumaat, beliau bercukur, memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (HR Muslim)


3. TIDAK PERNAH MAKAN BANYAK

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)." (Muttafaq Alaih)


Dalam badan manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :

Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.


4. GEMAR BERJALAN KAKI


Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya.


Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah dari diserang penyakit jantung.



5. TIDAK PEMARAH


Nasihat Rasulullah : "Jangan marah!!" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.


Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah; bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.

- Membaza ta'awudz, kerana marah itu daripada syaitan.

- Segeralah berwudhu'.

- Solat dua rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.



6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta bertakawal kepada Allah s.w.t.



7. TIDAK PERNAH IRI HATI


Untuk menjaga stabiliti hati, kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi sifat iri hati ini adalah tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.


Wallahu a'lam. Selamat Beramal.

Monday, May 10, 2010

Ayuh Kita Amalkan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt bersenam @ beriadah dan mengawal makanan.


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan
anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-


1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pen
ing atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)