PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, October 7, 2011

SPR : GERAK KERJA BERJALAN LANCAR


Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah bersetuju membentuk Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya 2011 (SPR).


Ianya dibentuk sempena Mesyuarat Agung Tahunan KPT Mesir yang akan diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2011 ini.


Perlantikan tersebut berdasarkan kepada peruntukan undang-undang tubuh KPT Mesir pada bab keempat, fasal 2 (pilihanraya) yang memberi kuasa kepada AJKT bagi membentuk ahli jawatankuasa SPR KPT Mesir.


Untuk makluman, Pengarah SPR 2011; Saudara Ahmad Wais bin Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah SPR 2011; Saudari Fadhilah binti Othman.


Sebarang permasalahan, boleh merujuk kepada pihak SPR KPT Mesir.