PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, October 17, 2011

MAT KPT MESIR KIAN DIRASAI




Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) bakal melakar sejarah agung dan menjadi medan membina kesatuan dengan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-47 dan Ijtima’ Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) kali ke-11 yang semakin hampir dan kian dirasai.

Segala persiapan dan persediaan kian rancak dilakukan dengan pelbagai usaha yang jitu diperhebatkan.


Pengarah MAT KPT Mesir; Saudara Ahmad Salikin bin Abd Rahman ketika ditemui menyatakan bahawa persediaan hampir selesai dijalankan dengan kerjasama oleh semua pihak.


Beliau menyeru agar seluruh ahli KPT Mesir memberikan komitmen terbaik bagi memastikan perjalanan dan objektif pelaksanaannya tercapai.


Pihak KPT Mesir mengingatkan agar ahli membuat persediaan yang sewajarnya dan menjalankan tanggungjawab untuk sama-sama hadir bagi mengembeling kekuatan kesatuan KPT Mesir pada 19 dan 20 Oktober 2011 ini nanti.


Jutaan terima kasih kepada AJK pelaksana dan semua pihak yang membantu untuk menjayakan MAT KPT Mesir pada kali ini.