PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, October 6, 2011

KPT MESIR BERSAMA MAHASISWA BARU PERUBATAN ZAQAZIQ


ZAQAZIQ, 3 Oktober - Bersemperna dengan kehadiran mahasiswa baru perubatan ke bumi Zaqaziq, satu pertemuan bersama Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah berlangsung dibawah seliaan perubatan cawangan zaqoziq (PCZ) dalam programnya AHLAN 11’.


Pihak KPT Mesir telah diwakili oleh Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim; Naib Setiausaha KPT Mesir dan Saudara Abdullah Amir bin Mohd Zabudin; Ketua Biro Informasi & Penerbitan yang juga merupakan AJKT angkat bagi mahasiswa Zaqaziq.


Seramai sembilan orang mahasiswa/wi baru dari negeri Terengganu hadir dalam majlis pertemuan tersebut. Mereka terdiri daripada dua orang mahasiswa dan tujuh orang mahasiswi.


Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim ketika menyampaikan ucapan menegaskan bahawa pihak KPT Mesir sentiasa berusaha membantu mahasiswa Terengganu dalam setiap aspek termasuk pendidikan dan kebajikan.


Pertemuan tersebut selain memperkenalkan KPT Mesir, peranan dan tanggungjawab. Ianya juga, membuka ruang kepada mahasiswa/wi baru untuk membincangkan beberapa perkara termasuk cara permohonan zakat MAIDAM.


Pihak KPT Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada PERUBATAN Cawangan Zaqaziq dan mahasiswa baru perubatan diatas kerjasama yang diberikan.


Semoga pertemuan itu akan menambahkan lagi ukhuwah dan wehdah mahasiswa/wi Islam Terengganu dibawah naungan KPT Mesir.