PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Wednesday, October 26, 2011

MAJLIS TIMBAL TERIMA HEWI 2011/2012

Kaherah, 24 Oktober – Bertempat di Rumah Terengganu, Hayyu Asyir telah berlangsungnya Majlis Timbal Terima dan penyerahan portfolio bagi semua  pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012.

Majlis dihadiri oleh Mantan AJK HEWI KPT sesi 2010/2011 dan telah dipengerusikan sendiri oleh Mantan Timbalan Pengerusi HEWI KPT Mesir; Saudari Tengku Fathimah Tengku Hashim.

Agenda majlis  dimulakan dengan pengumuman dan pengesahan jawatan bagi setiap unit. Ia diserikan lagi dengan kalam mutiara dari setiap pimpinan baru dan lama. Seterusnya, ahli mesyuarat disajikan dengan ucapan motivasi oleh Mantan Penasihat HEWI 2010/2011; Saudari Fatimah Salwani Abdullah. Beliau memberikan nasihat serta berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang telah ditimba sepanjang berkecimpung dalam dunia kepimpinan. Mengakhiri ucapan, beliau berharap agar pimpinan tahun ini mampu membawa bahtera KPT ke arah yang lebih baik.