PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, October 17, 2011

KELAS TAFAQQUH : MENJANA THAQAFAH MAHASISWA

Usaha meningkatkan thaqafah ahli merupakan agenda dan gagasan yang sentiasa diambil perhatian oleh pihak Keluarga Penuntut-penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT).


Ianya sejajar dengan matlamat penubuhannya dan hasrat kerajaan negeri Terengganu yang ingin melahirkan generasi ulul albab yang berwibawa.


Majlis tafaqquh fiddin adalah antara perencanaan yang dilakukan demi memenuhi hasrat tersebut selain daripada diskusi kitab, nadwah, forum dan sebagainya.


Segala usaha tersebut sentiasa dipantau dan dipertingkatkan dari masa kesemasa oleh potfolio yang bertanggungjawab, iaitu melalui Biro dan Unit Akademik KPT Mesir.

Diharap dengan segala usaha yang dijalankan mampu membuahkan hasil yang baik bagi membentuk semangat juang mahasiswa yang berteraskan kepada kefahaman ilmu dan akhlak Islam.


Pihak KPT Mesir mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua tenaga pengajar (pengisi) diatas pengorbanan serta bakti mencurahkan ilmu.


Semoga Allah ta’ala memberikan balasan yang setimpal.