PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, October 6, 2011

AGENDA KEBAJIKAN TERUS DIBERI PERHATIAN

SYUBRO, 4 Oktober 2011 – Agenda kebajikan mahasiswa Islam Terengganu terus diberi perhatian oleh pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT).


Baru-baru ini satu kes kecurian yang melibatkan mahasiswa Terengganu telah dilaporkan kepada pihak KPT Mesir yang dianggarkan kerugian sebanyak LE 4000.


Timbalan Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Ahmad Salikin bin Abdul Rahman dan juga Pemangku Ketua Biro Kebajikan; Saudara Afuza Abdullah bin Idris telah membuat ziarah ke rumah mangsa iaitu Saudara Mohd Mustafa bin Imas di Syubra.


Ziarah tersebut diambil peluang bagi menggeratkan lagi ukhuwah diantara kepimpinan KPT Mesir bersama ahli dan mendengar permasalahan yang berlaku disana.


Selain itu, sumbangan bagi membantu mereka yang terbabit telah diserahkan hasil daripada kutipan tabung bantuan dan peruntukan dana infaq KPT Mesir.


KPT Mesir akan terus berusaha dengan sebaiknya bagi memastikan kebajikan ahlinya akan diberi perhatian yang sewajarnya.


Seluruh mahasiswa Islam Terengganu diingatkan agar meningkatkan langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan apabila berada diluar Negara.


Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan meringankan bebanan mereka dan ianya sejajar dengan tuntutan agama Islam. Semoga segala usaha murni akan diberi ganjaran yang setimpal daripada Allah ta’ala.