PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, October 4, 2011

SALAM IMTIHAN BUAT MAHASISWI BARU

Bismillahirrohmanirrohim.


Firman Allah subhanahu taa’la yang bermaksud:

“Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.”


Ayat di atas menunjukkan kepada kita mengenai kepentingan dan kelebihan ilmu dalam diri setiap individu terutamanya bagi diri seorang pendakwah dan pejuang agama Allah.


Dikesempatan ini, ana mewakili seluruh barisan kepimpinan Hewi KPT Mesir mengucapkan salam perjuangan buat mahasiswi tahun satu yang bakal menempuhi imtihan qobul pada 9 Oktober 2011 ini.


Sebagaimana maklum, para mahasiswa tahun satu telah selesai menempuhi imtihan tersebut beberapa hari lepas. Semoga waktu yang berbaki ini, para mahasiswi dapat menelaah pelajaran dan mengikuti kelas yang telah disediakan di bawah seliaan Unit Akademik KPT Mesir.


Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak KPT Mesir sebagai persediaan untuk menghadapi imtihan. Semoga usaha tersebut sedikit sebanyak membantu kalian dalam imtihan kelak. Kami mengharapkan semoga kejayaan cemerlang bakal menjadi milik kalian semua dalam merealisasikan tuntutan Islam dan persatuan itu sendiri.


Sekian, wassalam.


“BERILMU DAN BERAMAL”

“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”


TENGKU FATHIMAH TENGKU HASHIM,

Naib Pengerusi HEWI,

Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir,

Sesi 2010/2011