Ucapan tahniah pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu rakamkan, khas buat pasangan suami isteri, Doktor Daing Nurzainah dan Ustaz Ismail Faruqi atas kelahiran puteri penyeri keluarga. Anak kedua ini selamat lahir ke dunia pada 4 Ogos 2010 jam 11 malam di Hospital Taufiqiyah.
Ibu serta puteri seberat 3.3 kg dibenarkan pulang selepas keadaan ibu kembali stabil rentetan pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi. Kedua-duanya dikhabarkan sihat dan mendapatkan rehat yang cukup di rumah.
Naib Pengerusi HEWI bersama ahli yang lain mengadakan kunjungan ke rumah Doktor Daing Nurzainah di Hayyu Sabi'e pada 6 Ogos 2010. Sementara itu, ada juga yang sempat memberi khidmat menjaga beliau ketika muslimin menunaikan Solat Jumaat.

Semoga ibu cepat kembali seperti sediakala bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan Oktober ini. Mudah-mudahan bayi dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah serta ibu bapa.