PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, August 10, 2010

Tahniah Atas Kehadiran Permata Sulong

Seluruh warga Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu mengucapkan tahniah kepada Ustazah Munirah Sakinah Salleh dan suami Ustaz Che Ku Ahmad Saufi Che Ku Abdullah kerana selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Ogos sekitar jam 2 pagi.

Bayi comel seberat 2.5 kg ini dilahirkan Hospital Rahmah. Ibu dan bayi dibenarkan pulang pada pagi tersebut selepas keadaan mereka stabil, selamat dan sihat.


Seluruh Kepimpinan HEWI KPT bersama ahli sempat berkunjung ke rumah beliau pada petang tersebut. Semoga ibu cepat sembuh seperti sediakala dan bayi dapat membesar dengan baik dan sihat.