PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, February 26, 2010

Ziarah Ahli di Sayyidah Zainab

20 Februari 2010, Sabtu - Saf Pimpinan HEWI KPT sempat membuat kunjung ziarah ahli perubatan di Sayyidah Zainab. Urusan untuk bertemu mata dengan ahli HEWI KPT di sini dipermudahkan dengan bantuan wakil mandubah Sayyidah Zainab, Dr Fatin Farhanah, pelajar tahun 3 Universiti Kaherah.

Rombongan HEWI bertolak jam 11 pagi menuju terus ke imarah 11 yang menempatkan siswi Universiti Kaherah di bangunan tersebut. Liqo ziarah bermula selepas semua menunaikan solat zohor. Majlis diserikan dengan ucapan Naib Pengerusi HEWI, Ustazah Nadiah Remli. Kemudian taaruf Saf Pimpinan HEWI KPT, dan kemudian taaruf seluruh ahli yang hadir.

Banyak perkara yang dibincangkan antaranya cadangan mengeratkan lagi hubungan antara ahli seluruhnya, menyatukan hati-hati ahli HEWI dengan satu ikatan mahabbah dan kasih sayang. Majlis berakhir dengan tassbih kafarah dan surah al-asr tepat masuknya waktu asar. Ziarah kali ini berlangsung dengan jayanya apabila semua memberi komitmen yang baik sekali. Namun, perancangan untuk menziarahi pengantin baru, Dr Sukainah Sulaiman, terpaksa dibatalkan kerana terdapat sedikit kesulitan diluar jangkaan. Semoga ziarah seterusnya dapat menemukan semua ahli di Sayyidah Zainab disamping menjalin erat hubungan antara ahli seluruhnya.