PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, November 12, 2010

JAULAH KE ABU 'ILA

10 NOV – Sempena menyambut kedatangan musim sejuk, Bendahari HEWI KPT merangkap Unit Sambutan & Rehlah telah menganjurkan jaulah ke Abu Ila’ khas untuk pelajar-pelajar baru bagi mencari barang keperluan sebagai persediaan menghadapi musim sejuk. Jaulah ini telah disertai seramai lebih kurang 56 orang terdiri daripada kalangan pelajar pengajian islam dan perubatan. Sebanyak 4 buah tremco yang telah disediakan oleh penganjur yang mana salah satu daripadanya bertolak dari Sayyidah Zainab untuk mengambil pelajar perubatan yang tinggal di sana. Rombongan ini telah bertolak pada jam 4.30 petang. Setibanya di sana, peserta menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum membeli-belah. Sebelum bergerak, peserta juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan musyrif untuk mengawal keselamatan para peserta. Terdapat banyak pilihan baju sejuk yang dijual disana sehingga menyebabkan pelajar-pelajar baru rambang mata untuk memilih. Mereka telah dibantu oleh pelajar-pelajar senior untuk tawar-menawar harga dan supaya tidak ditipu oleh peniaga arab. Setelah selesai mencari barang keperluan,para peserta telah berkumpul pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Rombongan ini telah bertolak pulang seusai jam 11 malam. Walaupun mereka kelihatan kepenatan, namun di sana terdapat kepuasan di hati mereka kerana dapat membuat persediaan untuk menghadapi musim sejuk.


sekadar gambar hiasan