PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, December 25, 2009

Mengatur Langkah 1431 Hijrah

Kini kita telah memasuki Bulan Muharram dan membuka lembaran kehidupan baru dengan tahun baru hijrah. 1430H tidak akan kembali bersua lagi.. kini, 1431H mula menghayun langkah satu persatu menyelusuri kehidupan.. Ayuh, marilah sama-sama kita merenung sejenak sejarah islam yang terlakar di pentas dunia suatu ketika dahulu agar menjadi panduan dan iktibar buat kita semua dalam meneruskan medan perjuangan ini..

Muharram telah mengingatkan kita tentang peristiwa hijrah Baginda Rasul S.A.W dari Mekah ke Kota Madinah. Atas benih keyakinan dan keimanan yang teguh lagi utuh, kaum muhajirin dan ansar bersatu mempertahankan islam. Hari pertama dalam takwin Islam dikira bermula dari penghijrahan bersejarah ini yang kemudiannya meletakkan Islam ke mercu kejayaan yang gemilang. Akhirnya,tertegaklah sebuah Negara islam pertama di Madinah Al-Munawwarah sehinggalah islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Pelbagai daya dan upaya umat islam suatu ketika dahulu, sanggup mengorbankan harta mahupun nyawa demi terus mempertahankan panji-panji islam berkibar agar islam terus gah dan tertegak dengan kebesaran dan keagungannya..

Tapi kini, umat islam seolah-olah hilang pertimbangan ,lupa akan pengorbanan dan zaman keemasan islam suatu ketika dahulu.. Sejarah islam kian dilupakan. Jerih perih perjuangan para perjuang ketika dahulu tidak disambut dan diteruskan.. Alangkah hibanya..

Umat islam semakin hari, semakin hanyut dan leka dengan pesona dunia.. Hawa nafsu dituruti.. Hak-hak islam dikebelakangkan.. Tepatlah sabda nabi s.a.w , bahawa “Al-Wahnu” mengubah segala-galanya.. Islam dicalari noda dan dosa oleh tangan-tangan sebahagian umatnya sendiri. Siapakah yang harus kita persalahkan kalau bukan diri kita sendiri..

Sedar tidak sedar pihak musuh yang telah lama memendam dendam kesumat kepada islam, cuba memadamkan semangat cintakan islam dalam diri umat islam sendiri. Umat islam dileka dan disibukkan dengan urusan duniawi . Dalam masa yang sama, mereka merancang strategik untuk menghapuskan islam secara total.. mereka mengetahui bahawa, kekuatan islam terbina atas asas ukhuwwah islamiyyah dan keimanan yang teguh dalam diri umat islam.. oleh kerana itu, mereka sentiasa cuba untuk memporak perandakan umat islam agar berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri..

Oleh itu, marilah sama-sama kita memuhasabah dan mengetuk pintu keimanan kita.. persoalannya.. dimanakah kita??apakah peranan kita selaku penerus perjuangan ini?? Adakah kita akan terus membiarkan islam dirobek dan tidak dipertahankan?? Ingatlah. ,kita adalah generasi penyambung perjuangan para rasul .. kita selaku mahasiswa mahasiswi islam mempunyai peranan yang sangat besar dalam memartabatkan islam suatu masa ketika nanti. amanah itu terpundak di atas bahu kita.. menang kalah bukan persoalannya.. apa yang penting adalah jihad diiringi niat yang murni lagi ikhlas.. ayuhlah sama-sama kita berhijrah..

Sabda rasulullah s.a.w “tiada hijrah selepas peristiwa pembukaan kota mekah akan tetapi yang tinggal adalah jihad dan niat”.

Renungkanlah…

Salam 1431H…

Thursday, December 24, 2009

Muzakarah Berkelompok Liqa' Gabungan

Unit Dakwah HEWI KPT telah berjaya mengadakan program Liqa' Gabungan Muzakarah Berkelompok atau dengan nama lain Liqa' Fuad yang mengumpulkan hati-hati dengan ikatan kasih sayang kerana Allah. Program yang diadakan di Taman Al-Azhar ini bermula seawal jam 8.30 pagi dengan bayaran L.E. 16 seorang. Dengan menyediakan 3 tremco bersama 6 musyrif, program ini berjalan dengan jayanya dengan kerjasama setiap ahli yang menyertai.

Tepat jam 9 pagi, program dimulakan dengan taklimat dari Ketua Unit Dakwah dan kemudiannya diteruskan dengan membuat bulatan, duduk di atas tanah lapang. Majlis diserikan dengan ucapan HEWI PMRAM, Ustazah Samihah binti Abdullah yang mengingatkan tentang ukhuwah. Seterusnya ucapan mantan HEWI PMRAM Ustazah Che Amirah binti Che Muda yang lebih banyak menyentuh tentang peperiksaan dan ilmu. Majlis diteruskan dengan permainan kotak beracun yang mendapat tentangan hebat pada awalnya, namun permainan ini yang mampu mengukir senyum lebar di bibir peserta tanda puas hati. Seramai 34 orang peserta yang hadir dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah bersiap sedia untuk membuat sebarang persembahan.

Majlis ditangguhkan dan peserta mencari kawasan masing-masing untuk menikmati juadah yang dibawa sambil menikmati keindahan alam. Jam 11.15 pagi, semua berkumpul kembali untuk acara kedua iaitu persembahan bagi setiap kumpulan. Ada yang membuat tema kumpulan, berpantun, dan ada juga yang membuat perembahan bisu. Pelbagai persembahan kreatif yang dipersembahkan oleh peserta. Persembahan istimewa di akhir acara adalah persembahan dari HEWI, setelah mendapat permintaan daripada ahli.

Setelah selesai semua acara, peserta mengatur langkah masing-masing menikmati keindahan panorama Taman Al-Azhar. Kemudian menunaikan solat zohor di taman tersebut.

Tepat jam 1 petang, semua berkumpul di pintu pagar menunggu tremco untuk pulang. Walaupun terpaksa menunggu lama untuk pulang, keceriaan di wajah peserta masih belum pudar. Semoga program yang dianjurkan ini memberi seribu manfaat kepada semua pihak.

Wednesday, December 16, 2009

Iftor Jama'ie


ZIARAH MAQAM AULIYA’

Bendahari HEWI merangkap Unit Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan ziarah maqam wali-wali di sekitar kaherah yang bertolak seawal jam 8.00 pagi. Dengan bilangan peserta yang seramai lebih kurang 30 orang, termasuk sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa pelajar Terengganu-Mansurah, berlangsung dengan meriah sekali.
Menziarahi maqam Sheikh Soleh Al-Ja’afari sehinggalah maqam Sheikh Ahmad bin ‘Athoillah Assakandari di Jabal Muqattam, amat memberi manfaat dan lebih mengenali para ulama’ dengan lebih dekat.

Ziarah maqam kali ini menampilkan penyampai yang cukup berpengalaman Ustaz Mohd Mustafa binMohd Nor dari Negeri Pahang Darul Makmur yang menerangkan panjang lebar tentang maqam-maqam yang diziarahi. Banyak input-input yang diperolehi disamping mengenali dapat wali-wali Allah ini bukan setakat nama sahaja, bahkan peribadi, sifat dan lain–lain lagi.

Rombongan lawatan sempat singgah di Masjid Amru bin Al-‘As untuk berehat seketika dan menikmati makan tengahari disamping menanti masuknya waktu asar untuk bersolat jemaah di sana. Perjalanan menziarahi maqam auliya’ diteruskan setelah semua selesai dan bersedia untuk bergerak ke tempat seterusnya.

Program ini berakhir tepat masuknya waktu Isyak dan terus bertolak pulang dari Jabal Muqattam, kawasan terakhir yang dilawati sekitar jam 6.30 petang. Lebih 30 buah maqam yang sempat diziarahi memberi banyak manfaat kepada seluruh ahli yang menyertai rombongan tersebut.