PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, November 24, 2009

Majlis Wacana Ilmiah & Gema Aidil Adha 1430H/2009M

Semua ahli dijemput hadir.
Satu Fikrah, Satu amal.

Friday, November 20, 2009

KEPIMPINAN KPT 2009/2010

SAF KEPIMPINAN AJKT KPT
2009/2010














SAF KEPIMPINAN HEWI
2009/2010









Wednesday, November 18, 2009

Motivasi Kecemerlangan


Jemput datang beramai-ramai memeriahkan majlis.

Tuesday, November 17, 2009

Harga Tetap Bahagian Korban


Terkini! Anjuran Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT).

Sunday, November 8, 2009

Tempahan Binatang Korban


Urusan Pendaftran Sila Hubungi :

Ustaz Ahmad Salikin b. Abd Rahman [0116021971]-Ikhwah

Ustazah Syazwani bt. Ab Ghani [0116845171]-Akhawat

Saturday, November 7, 2009

Jemputan Exco Ke Mansoura

Mansoura, 6 November - Barisan pimpinan KPT berbesar hati dengan jemputan ke majlis Hari Bersama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang diadakan di rumah kediaman pelajar perubatan Mansurah. Dengan 2 orang wakil dari AJKT dan 3 orang wakil dr pihak HEWI, majlis dapat disempurnakan dengan jayanya walaupun terdapat masalah yang menyebabkan 2 orang wakil exco terlewat.

Majlis dimulakan dengan ucapan Setiausaha Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Saudara Wan Mohd Safwan bin Wan Salleh, dan kemudian diserahkan kepada exco untuk sesi ramah mesra bersama hadirin yang datang, yang terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan Terengganu yang baru tiba di bumi Mesir ini. Ada yang datang di bawah tajaan Yayasan Terengganu, dan yang persendirian di bawah agen Medic Mesir dan Global Medic Network (GMN).

Majlis diteruskan dengan ta'aruf exco yang hadir, antaranya Timbalan YDP, Naib Setiausaha, Naib Pengerusi HEWI, Setiusaha HEWI, dan Unit Informasi dan Penerbitan. Selain berta'aruf, pelajar-pelajar baru ini diperkenalkan dengan Keluarga Penuntut Terengganu (KPT).

Antara persoalan yang ditimbulkan ketika sesi soal jawab, bagaimana cara memohon zakat, serta mendedahkan syarat-syarat permohonan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang zakat MAIDAM. Ada juga pelajar persendirian yang bertanyakan cara permohonan pinjaman yayasan selepas tahun satu dalam sesi soal jawab ini.

Saudara Afuza dilantik sebagai wakil mandub KPT bagi pelajar perubatan Mansurah, manakala wakil mandubah pula ialah Saudari Umi Nazirah binti Ghazali, pelajar tahun 4.

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar, Timbalan YDP, berkenaan ukhuwah, yang mana roh-roh kita telah bertemu sebelum kita dilahirkan.

Majlis selesai pada jam 10 malam.