Sunday, October 31, 2010
LIQO FUAD – PENUTUPAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AKHAWAT SESI 09'/10'
Monday, October 25, 2010
Kenyataan Rasmi YDP KPT Berkenaan Isu Pengagihan Zakat Terengganu
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
KPT Mesir, 23 Oktober 2010 – Makluman kepada seluruh mahasiswa Terengganu Mesir yang dirahmati Allah S.W.T. Pihak Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menyatakan pendirian berkenaan isu zakat yang telah berlaku kepada mahasiswa Terengganu Mesir.
Berkenaan dengan program Kursus Bina Insan Gemilang yang dijadualkan pada 25-26 Oktober 2010 untuk sesi pertama dan 26-27 Oktober 2010 untuk sesi kedua bagi melayakkan mahasiswa Terengganu untuk mendapat zakat yang telah dikenakan kepada penerima zakat, dengan ini pihak KPT Mesir ingin menyatakan pendirian berkenaan hal ini:
1) Pihak KPT Mesir menyatakan kekecewaan kepada pihak pengurusan program kerana tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak KPT Mesir seolah-olah menafikan tanggungjawab KPT Mesir dalam menjaga kebajikan ahli dan juga tidak mengiktiraf KPT Mesir yang telah berdaftar di bawah KBMK.
2) Pihak kami juga kesal atas tindakan pihak pengurusan program yang tidak menitikberatkan soal keselamatan
ahli terutamanya mahasiswi kerana tidak menyediakan pengangkutan ke program tersebut walaupun telah didesak oleh pihak KPT Mesir.
3) Walaubagaimanapun, pihak KPT Mesir tidak menghalang ahli untuk menghadiri program tersebut, kerana pihak kami merasakan bahawa itu adalah hak ahli untuk menentukannya.
4) Sebarang permasalahan atau kesulitan berkenaan dengan program ini, maka perlu merujuk kepada pegawai Terengganu.
Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan meringankan permasalahan yang berlaku kepada mahasiswa Terengganu khususnya.Namun begitu pihak KPT tetap bekerjasama dengan pihak berwajib demi memastikan kebajikan mahasiswa terjaga.
Sekian, terima kasih.
“BERILMU DAN BERAMAL”
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir,
sesi 2010/2011.
Wednesday, October 20, 2010
Organisasi Kepimpinan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu [KPT]
Sunday, October 17, 2010
Pengerusi DPM Tanta kesal Wakil Agen Medik Mesir tidak bekerjasama
Sejak kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelajar-pelajar daripada pengajian Perubatan. Saban tahun kuantitinya semakin bertambah. Sebilangan ramai daripada pelajar tersebut datang melalui tajaan JPA, agen QAS dan Medic Mesir.
Pihak persatuan DPMT tetap mengambil sikap untuk memberikan seberapa banyak kerjasama dan bantuan terutamanya kepada pelajar-perlajar yang baru tiba di bumi Tanta melalui hubungan yang telah dijalinkan dengan Persatuan Perubatan Cawangan Tanta
( PCT ) yang telah dilakukan sejak awal penubuhan persatuan tersebut.
Alhamdulillah, pada tahun lepas semua agen dapat memberikan kerjasama yang amat baik terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu keselamatan.
Namun yang menjadi masalah pada hari ini, sebuah agen yang dikenali sebagai agen Medic Mesir telah mengambil langkah menganjurkan aktiviti-aktiviti di bawah seliaannya sendiri dan baru-baru ini agen terbabit telah mengadakan program Sambutan Mahasiswa Baru di imarah pelajar-pelajar akhawat agen Medic Mesir.
Sebelum ini, wakil agen tersebut telah mengatakan bahawa tempat tersebut sebagai ‘centre’ sahaja dan bukannya markaz. Apa yang dikatakannya itu hanyalah perbezaan dari sudut istilah sahaja tetapi fungsiya tetap sama seperti markaz. Tindakan agen tersebut amat membimbangkan pihak kami kerana jelas telah melanggari qarar ( ketetapan ) yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan Mesir.
Pihak keselamatan Mesir telah menetapkan bahawa mahasiswa Malaysia hanya dibenarkan untuk beroperasi dengan sebuah markaz sahaja yang telah diluluskan dan tidak dibenarkan untuk menubuhkan markaz yang lain. Hal ini menjadi satu perkara yang amat kita titikberatkan demi kemaslahatan dan keselamatan semua pelajar. Sebab itulah, pihak DPMT tidak dapat menunaikan permintaan daripada persatuan PCT untuk menubuhkan markaz yang lain dan mengambil keputusan untuk berkongsi markaz sehingga ke hari ini.
Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kami telah berusaha untuk berbincang dengan wakil agen tersebut bagi menyelesaikan masalah ini. Namun, apa yang menjadi masalah wakil agen tersebut jelas tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami. Sedangkan ianya adalah untuk kemaslahatan kita bersama termasuk pelajar-pelajar daripada agen tersebut. Saya melihat di dalam isu ini wakil agen tersebut seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan. Saya sendiri telah menghubungi beliau dan mengatakan bahawa pihak keselamatan Mesir ingin bertemu dengan beliau.
Beberapa kali temujanji dengan pihak keselamatan Mesir terpaksa kami batalkan kerana apabila tiba masa untuk bertemu dengan pihak keselamatan Mesir beliau telah mematikan telefon bimbitnya. Bahkan, pesanan ringkas yang dihantar melalui SMS juga tidak dibalas oleh beliau. Apabila ditanya, beliau memberi alasan yang tidak munasabah. Secara peribadi saya merasa begitu kesal dengan tindakan beliau ini. Jelas membuktikan bahawa pihak agen tersebut cuba untuk mengelak apabila kita mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai sebuah agen yang besar ,saya menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh wakil agen terbabit adalah satu tindakan yang kurang professional.
Sekali lagi saya melahirkan rasa sedih dan kesal kerana pihak agen terbabit tidak membantu untuk menyelesaikan isu ini dalam keadaan yang baik dan harmoni. Sedangkan kita tahu, bahawa negara Mesir ini terkenal sebagai sebuah negara yang darurat. Kita sepatutnya bersyukur, kerana ini pihak keselamatan Mesir masih memberikan kerjasama yang baik sehingga hari ini. Saya menasihatkan kepada wakil agen tersebut supaya memikirkan akan kemaslahatan dan kebaikan seluruh pelajar Malaysia yang berada di bumi Tanta ini .
Sekian, Wassalam.
"Kemantapan Fikrah membina Syakhsiah"
Sulaiman Bin Ismail,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010/2011.
SUMBER: edpmt.org
Saturday, October 9, 2010
Keputusan Pilihanraya : HEWI KPT Sesi 2010/2011
1) Tengku Fathimah binti Tengku Hashim [41 undi]
2) Nursyazwani binti Jusoh [34 undi]
3) Nor Eina binti M. Ali [39 undi]
4) Naufal binti Kamaruddin [35 undi]
5) Nuraini binti Abdullah [36 undi]
6) Mardhiah binti Nordin [40 undi]
7) Shazazierra binti Sharif [39 undi]
8) Nur Farhana binti Hanafi [23 undi]
Tahniah dan takziah untuk semua. Semoga terus menyokong dan mendokong KPT dalam apa jua posisi demi melihat kelangsungan Islam mekar mengharum di atas muka bumi ini.
Pilihanraya : HEWI KPT Sesi 2010/2011
KAHERAH, 5 Oktober 2010 - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), telah mengadakan satu pilihanraya bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) sebanyak 8 kerusi untuk dipertandingkan. Calon HEWI adalah seramai 12 orang dan tiada sebarang penarikan diri sebelum berlangsungnya pilihanraya yang julung-julung kali diadakan ini.
Majlis Perasmian pilihanraya ini turut dihadiri oleh wakil HEWI PMRAM, Ustazah Samihah binti Abdullah dan seterusnya dirasmikan oleh Naib Pengerusi HEWI KPT sesi 2009/2010, Ustazah Nadiah binti Remli. Pilihanraya dibuka seawal jam 9 pagi dan berakhir tepat jam 5 petang.
Seramai 202 orang ahli HEWI yang layak mengundi tetapi hanya 41 orang yang turun menunaikan kewajipan. Semoga pilihan pimpinan yang dibuat dapat membawa KPT memperjuangkan Islam di bumi ini.