Firman Allah SWT :
مَنْ عَمِلَ
صَـلِحاً مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً
طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh samada lelaki mahupun
perempuandalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri alasan kepada mereka dengan
pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
Surah an-Nahl ayat 97.
Menjejaki
sunnah Rasulullah SAW, merebut peluang keemasan di akhir sepuluh Ramadhan yang
berbaki adalah pahala dan keberkatan yang di limpahkan oleh ar-Rahman kepada
hamba-Nya yang masih menanti malam al-Qadr. Ibadat Iktikaf seolah-olah satu
kewajipan walaupun ia satu keharusan yang sunat dilakukan. Walaupun penerangan
tentang ibadah Iktikaf telah dijelaskan sebelum ini, tetapi penghkususan ibadah
Iktikaf bagi wanita perlu diperincikan
lagi rentetan daripada kemusykilan yang timbul tentang wanita dan Iktikaf.
HUKUM WANITA BERIKTIKAF DI
MASJID
Pendapat pertama:
Jumhur Ulama’ : Sunat.
Wanita di sunatkan beriKtikaf
di masjid.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan
oleh Saidatina ‘Aisyah R.A, Nabi SAW bersabda :
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم
كَانَ يَعْتَكِفُ العَشْرَ اْلأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ الله
تَعَالَى، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِه
“Sesungguhnya
Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam telah melakukan i’tikaf di sepuluh hari
terakhir di bulan Ramadhan hingga AllaH mewafatkan beliau, kemudian isteri-isteri
beliau pun melakukan iktikaf sepeninggal beliau” (Hadis Sohih Bukhari 2026)
Hadis
yang diriwayatkan oleh Yahya bin Sa’id bin Amrah, dari ‘Aisyah r.a. Nabi SAW
bersabda :
أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ فَلَمَّا انْصَرَفَ
إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ إِذَا أَخْبِيَةٌ خِبَاءُ
عَائِشَةَ وَخِبَاءُ حَفْصَةَ وَخِبَاءُ زَيْنَبَ
“Bahwasanya
Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam hendak beriktikaf. Maka ketika beliau
beranjak ke tempat yang hendak dijadikan beri’tikaf, di sana sudah ada beberapa
khemah, iaitu khemah Aisyah, khemah Hafshah, dan khemah Zainab.” Al Bukhari (2033) dan Muslim (1173)
Pendapat
kedua:
Mazhab
Hanbali
: Makruh
Makruh
bagi wanita beriktikaf di masjid
Berdasarkan
Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a, Nabi S.A.W bersabda :
لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى
الله عليه وسلم – مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ
بَنِى إِسْرَائِيلَ
“Seandainya Rasulullah SAW mengetahui keadaan wanita saat ini
tentu beliau akan melarang mereka (untuk keluar menuju masjid) sebagaimana
Allah telah melarang wanita Bani Israil.” )hadis sohih Muslim 445
dan sohih Bukhari 869)
Pendapat di atas telah di sokong oleh Mazhab Hanafi yang mengatakan
wanita lebih baik berkitikaf di rumahnya. Mereka berpandangan tempat iktikaf
bagi wanita adalah tempat yang mereka sukai dan tempat mereka lakukan solat
fardhu seharian.
Abu Hanifah dan Ats
Tsauri ada menyatakan bahawa seorang perempuan boleh melakukan iktikaf di
rumah. Ini lebih baik bagi mereka kerana solat mereka di rumah lebih baik
daripada di masjid.
Pendapat yang
membolehkan wanita beriktikaf di rumah juga mengatakan bahawa ruang solat di
rumah adalah tempat terbaik bagi wanita menunaikan solat. Maka ruang solat di
rumah mereka iktikaf adalah umpama
masjid seperti kaum lelaki dimana mereka
beriktikaf.
Berdasarkan dalil
yang diriwayatkan oleh Ummu Humaid, beliau pernah berkata kepada Rasulullah
SAW, “aku amat suka solat berimamkan engkau wahai Rasulullah SAW.”
Lalu baginda berkata, “aku tahu engkau amat suka solat bersamaku.”
Sesungguhnya solat di rumahmu lebih baik daripada di bilikmu, dan solat di
bilikmu lebih baik daripada di ruang rumahmu. Solat di ruang rumahmu adalah lebih
baik daripada di Masjid Kampungmu, dan solat di Masjid Kampungmu adalah lebih
baik daripada solat di masjidku.(Hadis 1/100) (4) At-Targhib wa at-Tarhib)
Pendapat yang kuat adalah pendapat
yang pertama dari jumhur yang menyatakan bahawa beriktikaf juga disunatkan bagi wanita berdasarkan
beberapa hujjah berikut:
1. Berbagai dalil yang
diberikan di atas menunjukan bahawa
wanita boleh beriktikaf.
2.
Hadis yang menyatakan bahwa nabi SAW memerintahkan
untuk mendirikan khemah isteri-isteri baginda
ketika mereka beriktikaf bukanlah menunjukkan larangan baginda apabila
wanita turut beriktikaf.
3.
Hadis di atas menerangkan bahawa wanita yang belum
berkahwin dibolehkan beriktikaf kerana Saidatina ‘Aisyah dan Saidatina
Hafshah pada waktu itu mereka masih remaja dan mendapat keizinana dariapa
Rasulullah SAW.
4. Pendapat yang mengatakan
makruh wanita beriktikaf di masjid adalah berdasarkan kalam Saidatina ‘Aisyah
yang amat bimbang dengan keadaan dunia wanita pada hari ini yang berhadapan
dengan pelbagai fitnah.
SYARAT-SYARAT WANITA YANG BERIKTIKAF
1. Mestilah
dalam keadaan aman daripada fitnah dan terjamin keselamatannya.
2. Isteri
wajib mendapat keizinan dari suami.
3. Wanita
yang belum berkahwin hendaklah mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga.
4. Digalakkan
beriktikaf di masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
5. Mengelakkan
daripada kesesakkan dengan melalui laluan kaum lelaki sebagaimana yang
ditegaskan oleh Rasulullah SAW mengenai kesesakkan laluan lelaki dan wanita di
Masjid Nabawi dan mengkhususkan pintu untuk kaum wanita (4) hayatul mar’ah
6. Mestilah
menjaga adab-adab sebagai muslimah solehah, antaranya:
1.Memelihara penampilan
2.Menundukkan pandangan
3.Tidak bertabarruj dari
segi pemakaian,perhiasan dan tidak berwangi-wangian
Syekh Atiyyah Soqar berpandangan: Sekiranya Wanita yang hendak
beriktikaf tidak mendapat izin dan tidak berdisiplin dengan adab-adab yang
disyariatkan, maka haram wanita tersebut keluar daripada rumahnya.
ANTARA IBADAH DAN MASLAHAH
Syariat telah banyak membuka ruang dan peluang bagi wanita
Muslimah untuk memenuhi hak sebagai hamba kepada penciptanya.
Dalam masalah iktikaf ini
terdapat persoalan yang belum dijawab dalam konteks hak Mahasiswi dan persatuan
berkaitan konsep wala dan ketaatan kepada kepimpinan. Waqi’ keselamatan di bumi
Mesir mendesak pihak PMRAM mengeluarkan etika HISBAH sebagai jaminan
keselamatan dan ketenteraman terutamanya dikalangan mahasiswi yang berada
diluar jagaan ibu bapa.
Berdasarkan pandangan as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, apabila
berlaku waqi’ (realiti) seperti ini maka mengikut fiqh keutamaan pimpinan
sesebuah organisasi berhak sebagai mereka yang bertanggungjawab untuk menjaga
kemaslahatan dan keselamatan ahlinya. Sebarang ketetapan yang dikeluarkan oleh
pimpinan persatuan adalah wajib dipatuhi selagi mana tidak melanggar syara’.
Dalam konteks hak mahasiswi dan iktikaf, pihak yang berwajib
untuk memberi izin adalah pimpinan persatuan. Berdasarkan ketetapan HISBAH yang
dikeluarkan oleh PMRAM: mahasiswi tidak dibenarkan bermalam di masjid kerana
keselamatan tidak terjamin memandangkan keadaan politik Mesir tidak stabil dan
belum terjamin .
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas, pihak MANHAL PMRAM menegaskan
bahawa keharusan syaria’t menggalakkan untuk beribadah tetapi waqi’ dan masa
menghalang mahasiswi untuk menjejaki kaum lelaki memenuhi syarat iktikaf
sepenuhnya namun Islam masih memberi
laluan untuk kita beriktikaf pada waktu siang sebagaimana sunnah Rasulullah SAW
beliau beriktikaf dalam dua keadaan iaitu selepas solat subuh (iktikaf siang)
dan sebelum maghrib sehingga malam (iktikaf malam).
Maka soal keselamatan dan menghindari fitnah merupakan keutamaan
serta kewajipan berbanding ibadah sunah
yang dikejar. Maka cadangan yang diberikan ialah mahasiswi yang ingin
beriktikaf, lakukan di siang hari serta dalam keadaan menjaga adab. Manakala di
malam hari mesti mematuhi etika musyrif dan HISBAH dalam had waktu yang
dibenarkan dan tidak bermalam. Hal ini demikian kerana bagi menjaga keselamatan
yang merupakan perkara pokok yang tergolong dalam dharuriyat al-khams (5
perkara asas). Bahkan boleh apabila di tengah malam, dalam melakukan ibadat di
rumah, maka boleh mengambil pandangan daripada Imam Abu Hanifah dan Imam
ath-Thauri iaitu wanita boleh niat iktikaf di rumah, hal ini bagi menggalakkan
wanita untuk terus beribadat dalam masa yang sama menjaga keselamatan.
Justeru, dalam melipat gandakan amalan ibadah
serta memburu fadhilat, maka jangan sampai kita tersilap langkah. Ada yang
memperbanyakkan amalan sunat namun amalan fardhu tidak diperkasa seperti
mengejar solat terawih namun tidak menyegerakan solat ganti. memburu lailatul
qadar dengan ibadah sunat sehingga melanggar perkara yang wajib.
Fahami konteks dalam melaksanakan ibadah dalam
Islam. fahami keutamaan antara wajib dan sunat, haram dan makruh serta fardhu
ain dan fardhu kifayah. Maka ini fiqh aulawiyat .
Bimbang2 terlalu tumpu ibadah sunat, ibadah
wajib kurang diperkasakan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang
mengerjakan Haji dan memakmurkan MAsjid Al-Haram itu sama seperti orang yang
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka
tidak sama di sisi Allah.” - Surah At-Taubah : 19
Hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Allah SWT berfirman :
وما تقرّب إليّ عبدي بشيء أحبّ إليّ مما افترضته عليه ، وما يزال
عبدي يتقرّب إليّ بالنوافل حتى أُحبّه
"Dan hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan (melaksanakan) apa
yang Aku wajibkan kepadanya. Dan berterusan hamba-Ku melakukan ibadah
(mendekatkan diri kepada-Ku) dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku berasa
kasih kepadanya" - riwayat Bukhari
Pesanan Abu Bakar kepada Umar al-Khattab :
إنه لا يقبل نافلة حتى تؤدي فريضة
"Sesungguh-Nya (Allah) tidak menerima amalan sunat sehingga kamu
(selesaikan) melakukan amalan yang fardhu." - lihat : Dr Akram Kassab,
kitab Intikhabat ahkam wa dhawabit, m/s 45 cetakan Dar as-Salam
Wallahu a’lam
Disediakan oleh FELO MANHAL PMRAM:
1. Muhamad
Zuhaili bin Saiman
2. Sahilah
binti Mad Isa
3. Hanisah
binti Hj. Muslim
4. Dayang Siti
Noraini bt. Awang Damit Yahya
RUJUKAN:
1. Al-Quran
Al-Karim
2. Hadis
Sohih Bukhari
3. نظرات فى رسالة المرأة المسلمة ( الامام الشهيد حسن البنا )
4. مغنى المحتاج (جزء 2)
5. العده شرح العمده
6. سبل السلام شرح بلوغ
المرام
7. فقة المرأة المسلمة
(الشيخ محمد متولى الشعراوى)
8. فتاوى وأحكام للمرأة
المسلمة (الشيخ عطية صقر)
9. منهج الاءمام البنا-
الثوابت والمتغيرات (جمعة أمين)
10. مركز المرأة في الحياة
الاسلامية
11. حياة المرأة المسلمة في
اطار الحدود الشرعية (الدكتور يوسف القرضاوى)
12. Dr Akram Kassab, kitab Intikhabat ahkam wa dhawabit, cetakan Dar
as-Salam