PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, September 28, 2012

Pengumuman : Pemangkuan Jawatankuasa KPT Mesir

PENGUMUMAN PEMANGKUAN JAWATANKUASA
KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU MESIR
SESI 2012/2013


Assalamualaikum WBT.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2012/2013telah bersetuju bahawa kekosongan jawatankuasa KPT Mesir untuk sementara waktu akan dipangku sepertimana berikut :
  1. Naib Setiausaha dipangku oleh saudara Mohd Farid bin Azmi.
  2. Setiausaha HEWI dipangku oleh saudari Noor Atirah binti Adenan.
  3. Ketua Unit Dakwah HEWI dipangku oleh saudari Siti Aminah binti Ismail.
  4. Ketua Unit Kebajikan HEWI dipangku oleh saudari Siti Fatimah Azzahra binti Bahari.
  5. Ketua Unit Akademik HEWI dipangku oleh saudari Musfirah binti Anuar.
Oleh itu, segala makluman dan permasalahan yang berkaitan  bolehlah rujuk kepada pemangku yang telah dilantik.
Sekian, wassalam.
“MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN”
“BERILMU DAN BERAMAL”
Hormat dari saya,
ABDUL MU’IZ BIN AZHAR
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2012/2013.

Thursday, September 27, 2012

Kelahiran Mujahidah Menggamit Kunjungan Mahabbah

  
     Kaherah, 26 September- Saf kepimpinan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sempat berkunjung ke rumah pasangan bahagia Ustaz Muhamad Mohkri bin Ibrahim dan isteri; Ustazah Nur Shafieza binti Mohd atas kelahiran anak kedua mereka. Sekalung tahniah diucapkan dengan kehadiran cahaya mata ini.


 
Bayi seberat tiga kilogram yang selamat dilahirkan di Hospital Taufiqiah itu adalah kurniaan terindah dari Ar-Rahman buat mereka.

Semoga si kecil membesar sihat dan menjadi mujahidah yang tegar di celah-celah kepesatan dunia dewasa ini.

Sunday, September 16, 2012

Surat Pekeliling: Jemputan Menghadiri MAT Kali Ke-48 & Ijtima HEWI Kali Ke-12


Makluman -Su copy





Rujukan kami     : KPT 02/01/12 -X48 2011/2012 (132)
Tarikh                 : 25 Syawal 1433H
Bersamaan         : 12 September 2012M

Assalamualaikum WBT.

Kepada,
Seluruh ahli,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Republik Arab Mesir.

Saudara/saudari,

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-48 DAN IJTIMA’ HEWI KALI KE-12 KELUARGA PENUNTUT-PENUNTUT TERENGGANU MESIR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/i; ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT)  dijemput hadir ke:-

2.1.   Mesyuarat Agung Tahunan KPT Mesir kali ke-48:
Tarikh : 20 September 2012
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pagi – 11.30 malam
Tempat : Dewan Darul Iman

2.2. Ijtima’ HEWI KPT Mesir kali ke-12:
Tarikh : 19 September 2012
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Darul Iman

3. Sehubungan dengan itu, kami berharap seluruh ahli KPT Mesir yang berada di Mesir dapat hadir ke program tersebut dan menjelaskan yuran tahunan keahlian KPT Mesir pada hari tersebut.

4. Semoga dengan kehadiran saudara/i akan menjayakan lagi persidangan Mesyuarat Agung Tahunan dan Ijtima’ HEWI KPT Mesir pada kali ini insyaAllah.

Sekian, wassalam.

“MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN”

“ BERILMU DAN BERAMAL ’’

Yang menjalankan amanah,

WAN MOHD KHAIRUDDIN BIN WAN ISA
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Friday, September 14, 2012

Pengumuman Calon AJKT KPT Mesir Sesi 2012/2013


Kenyataan Rasmi - Pengarah SPR




Assalamualaikum WBT.

Setelah tempoh pembukaan semula pencalonan AJKT Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ditutup, pihak SPR KPT Mesir telah menerima satu pencalonan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Oleh itu,berikut adalah senarai calon AJKT KPT Mesir bagi sesi 2012/2013:


Tiada perubahan yang berlaku pada pencalonan AJK HEWI KPT Mesir sesi 2012/2013.

Sekian, wassalam.

“CEKAP DAN TELUS”
 

“BERILMU DAN BERAMAL”

Hormat dari saya,

MOHD SYAMSHUL BIN SIDIK
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Thursday, September 13, 2012

Pengumuman Kekosongan Kerusi AJKT sesi 2012/2013

Kenyataan Rasmi - Pengarah SPR





Assalamualaikum WBT.

Pihak Suruhanjaya (SPR) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir menerima penarikan diri daripada salah seorang calon AJKT. Setelah bermesyuarat antara pegawai-pegawai SPR, pihak kami bersetuju untuk membuka kembali pencalonan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Pencalonan dibuka bermula pukul 12.00 tengah hari (13 September 2012)  sehingga jam 12.00 tengah hari (14 September 2012).

Borang pencalonan boleh dibeli di Bilik Gerakan SPR atau hubungi pegawai SPR yang bertugas dan perlu diserahkan kembali sebelum pencalonan ditutup.

Sekian, terima kasih.

“CEKAP DAN TELUS”

“BERILMU DAN BERAMAL”


Hormat dari saya,

MOHD SYAMSHUL BIN SIDIK
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir.
Sesi 2012.

Tuesday, September 4, 2012

ORGANISASI UNIT AKADEMIK HEWI KPT MESIR


Makluman Pencalonan AJKT dan AJK HEWI KPT Mesir sesi 2012/2013

Pengumuman SPR

Assalamualaikum WBT.

Adalah dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Sesi 2011/2012 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan-jawatan berikut:
  1. Yang Di-Pertua – Satu (1) orang
  2.  
  3. Ahli Jwatankuasa Tadbir (AJKT) – Lapan (8) orang
  4.  
  5. Ahli Jawatankuasa Unit Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) – Lapan (8) orang
Pencalonan akan dibuka bermula pada 5 September hingga 10 september 2012 selama lima hari bekerja.

Borang pencalonan boleh didapati di bilik gerakan operasi SPR di Rumah 101 bagi ikhwah dan Rumah 103 bagi akhawat bermula dari jam 1 petang hingga 4 petang dan hendaklah diserahkan kembali pada hari penamaan calon iaitu pada 11 September 2012.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Pengarah SPR KPT Mesir 2011/2012, saudara Mohd Syamshul bin Sidik di talian 0111-4485597.

“CEKAP DAN TELUS”

“BERILMU DAN BERAMAL”


Saya yang menurut perintah,

NAQIYYUDDIN ‘AFIFI BIN SALLEH
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Saturday, September 1, 2012

Pengisytiharan Gerak Kerja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) KPT Mesir sesi 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Dengan sukacitanya dimaklumkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT)  Mesir sesi 2011/2012. Suruhanjaya ini bertindak sebagai sebuah organisasi berkecuali dan akan memulakan operasi bermula dari 1 September 2012  hingga 20 September 2012. Antara matlamat penubuhan suruhanjaya ini adalah:

1. Mengendalikan pencalonan sebagai AJKT dan AJK HEWI Mesir bagi sesi 2012/2013.

2. Mengendalikan pengundian sekiranya berlaku pertandingan antara calon.

3. Bertanggungjawab memastikan proses pencalonan dan pilihanraya berjalan dengan lancar, telus dan adil.

Sehubungan  itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan saudara Mohd Syamshul bin Sidik (Pengarah SPR KPT Mesir 2011/2012) di talian 0111-4485597.


“CEKAP DAN TELUS”
“BERILMU DAN BERAMAL”


Saya yang menurut perintah,

NAQIYYUDDIN ‘AFIFI BIN SALLEH
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Wet & Mad Wednesday Memalukan Nama Negara Islam



Maruah dan tamadun rakyat malaysia kini telah dirobek dengan program “Wet & Mad Wednesday” yang diadakan pada 29 Ogos 2012 baru-baru ini, bermula jam 7 malam sehingga jam 2 pagi bertempat di The Pool, 347 Jalan Ampang Kuala Lumpur. Program pesta bikini yang diadakan oleh pihak penganjur yang dianggap tidak bertamadun ini tanpa segan silu dan bermaruah menggalakkan wanita berpakaian seksi, berpakaian renang dan mengghairahkan.

Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI PMRAM) mengecam dan mencela sekeras-kerasnya tindakan pihak penganjur yang mangadakan program maksiat dan membawa kepada keruntuhan moral tersebut. HEWI PMRAM yang mewakili suara mahasiswi Islam Malaysia di bumi Mesir ini menganggap program yang diadakan itu menjurus ke arah penzinaan dan menyalahi etika sebagai seorang manusia yang bertamadun. Hal ini lebih dikesali apabila pesta ini diadakan secara terbuka dan terang-terangan serta mendapat publisiti secara meluas.
 
Melalui program yang dianjurkan, jelas menampakkan bahawa sifat malu yang dianugerahkan oleh Allah SWT secara semulajadi kepada wanita sudah terhakis, maka mereka dengan bangganya telah melakukan perkara yang menyalahi panduan akal yang sihat serta norma kehidupan manusia. Selain itu, maruah sebagai seorang wanita seolah-olah dihenyak-henyak apabila wanita kini dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata. Manusia kini sudah kembali ke zaman jahiliyyah setelah mana Islam telah datang dengan syariatnya dan meninggikan martabat wanita
 
Program yang dianjurkan ini jelas telah menghina agama Islam, lebih-lebih lagi apabila ia diadakan dalam sesebuah negara Islam. Persoalannya, bagaimanakah program berbentuk maksiat ini berjaya diadakan sewenang-wenangnya dalam sebuah negara Islam tanpa ada sebarang pantauan atau bantahan dari pihak berwajib? Umat Islam secara keseluruhannya perlu menyedari akan wabak yang berlaku di akhir zaman ini dan wajib bertindak menentang dan melahirkan rasa kebencian terhadap program tersebut
 
Tidak salah jika dikatakan bahawa, program yang dianjurkan ini merupakan di antara perancangan atau modus operandi yang telah disusun oleh pihak Zionois dan Gerakan Freemasonry. Merujuk kepada  prinsip  Gerakan Freemasonry, antaranya ialah 'menyebarkan kemungkaran dan mengagungkan hubungan seks'. Antara kalam yang disebutkan dalam protokol mereka yang berbunyi “untuk mencegah mereka (golongan selain yahudi) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan, seperti permainan judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut”. Hakikat bahawa kehidupan umat Islam pada hari ini telah dicatur oleh pihak musuh tidak boleh dipandang enteng tanpa melakukan sebarang tindakan.
 
Kesatuan dan kekuatan umat Islam mampu melawan dan mengatasi segala perancangan dan tipu daya yang dilakukan oleh pihak musuh sebagaimana yang telah dijanjikan di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Kini, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam ialah kesedaran, kemahuan, dan tindakan. Tinggalkanlah omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin yang tiada kesudahan itu.
 
Pihak HEWI PMRAM menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penganjur dan berharap agar program maksiat sebegini tidak akan berlaku lagi di Malaysia yang kita cintai. Ketamadunan sesebuah negara bukan dinilai melalui banyaknya bangunan pencakar langit dan kemajuan perindustrian, tetapi dinilai dari sudut pembangunan jati diri, kerohanian serta nilai moral kemanusiaan masyarakat di negara tersebut.
 
“Julang Keilmuan Jana Keizzahan”
 
Nurul Hasanah bt Yahuza
Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012.