PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, February 10, 2009

LIQA' FUAD HEWI

Kek perasmian liqo' Fuad bertemakan "Let's Liqo' Sure Mantop"


Gimik perasmian Liqo' Fuad


Diskusi kitab Muslimah Hari Esok


Al Fadhil Us Muhammad Safwan bin Shamsuddin menyampaikan diskusi beliau dengan semangatnya

Jumaat,6 Febuari 2009 Unit Dakwah HEWI KPT telah mengadakan liqo' Fuad bertempat di Dewan Asrama Darul Iman.Majlis ini diadakan bersempena pembukaan Liqo' bagi sesi kedua.Majlis dimulakan dengan ucapan oleh raisah KPT,Ustazah Umi Masmira Mat Ali.Majlis telah dirasmikan oleh Ustazah Siti Anisah Ahmad selaku Naib Pengerusi Hewi 2 merangkap Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.Majlis diteruskan dengan upacara gimik perasmian sekaligus melancarkan kempen biah solehah.Upacara kemuncak ialah diskusi kitab "Muslimah Hari Esok" yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Safwan bin Shamsuddin.Beliau menegaskan agar Muslimah hari ini dapat membentuk sahsiah diri supaya menjadi muslimah yang sejati berlandaskan Al Quran dan Sunnah sepertimana yang dituntut oleh islam itu sendiri.
Setelah selesai sesi diskusi kitab,sesi taaruf sesama ahli kpt yang hadir diteruskan lagi bagi mengenali ahli-ahli Kpt dengan lebih dekat lagi.Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah sekaligus penutup program.