PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, May 10, 2010

Tahniah Atas Kelahiran Cahaya Mata Ke3


4 Mei 2010, bertambahnya bilangan si cilik KPT, bayi yang selamat dilahirkan sekitar jam 8 pagi selepas kemasukan ibu ke hospital seawal jam 6 di Tanta.

Seluruh anggota HEWI KPT mengucapkan sekalung tahniah buat Ustazah Nora Aisyah dan suami atas kehadiran seorang puteri penyeri keluarga. Setelah selamat melahirkan bayi seberat 3.2 kg di Tanta ini, ustazah dan suami serta 2 anak lelakinya kembali semula ke Kaherah, menghabiskan pantang di sini. Keadaan bayi dan ibu bayi dikhabarkan baik.

Wakil HEWI sempat mengunjungi dan memberi khidmat kepada Ustazah Nora Aisyah sementara ustaz menyelesaikan sedikit urusan di Tanta. Semoga bayi sentiasa sihat dan membesar dengan baik.