PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, March 21, 2011

KPT MESIR PUSAT SALURAN MAKLUMAT PENERBANGAN

Kuala Terengganu – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) sentiasa konsisten menjayakan misi kebajikan kepada seluruh mahasiswa Terengganu. Ianya selaras dengan objektif penubuhannya.

Bagi memudahkan urusan mahasiswa Terengganu, satu inisiatif telah diambil dengan menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan dengan penghantaran pulang pelajar Terengganu ke Mesir melalui web rasmi danfacebook KPT Mesir.

Selain itu, satu Jawatankuasa Khas telah dibentuk bagi membantu pihak kerajaan negeri dalam menguruskan penghantaran tersebut.

Pihak KPT Mesir menyeru seluruh mahasiswa supaya mengambil perhatian dan mematuhi segala maklumat yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Mahasiswa juga diingatkan supaya sentiasa mengulangkaji pelajaran kuliah dan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang nanti.