Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.
PENGISYTIHARAN GERAK
KERJA SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) KPT MESIR 2012/2013.
Dengan sukacitanya dimaklumkan penubuhan
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) KPT Mesir bagi
sesi 2012/2013 oleh pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2012/2013. Suruhanjaya ini bertindak
sebagai sebuah organisasi berkecuali dan akan memulakan operasi berkuatkuasa dari
14 Oktober 2013 hingga 6 November 2013. Antara
matlamat penubuhan suruhanjaya ini adalah:
1. Mengendalikan pencalonan sebagai
AJKT dan AJK HEWI Mesir bagi sesi 2012/2013.
2. Mengendalikan pengundian sekiranya
berlaku pertandingan antara calon.
3. Bertanggungjawab memastikan
proses pencalonan dan pilihanraya berjalan dengan lancar, telus dan adil.
Sehubungan itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut
bolehlah berhubung dengan saudara Muhamad
Azidi bin Bakar (Pengarah SPR KPT Mesir 2012/2013) 0111-5044125.
“CEKAP DAN TELUS”
“BERILMU DAN BERAMAL”
Yang menjalankan tugas,
(ABDUL HALIM ZAKARIA BIN YUSUF)
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya KPT Mesir,
Sesi 2012/2013.