PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Monday, October 14, 2013

PENGISYTIHARAN GERAK KERJA SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) KPT MESIR 2012/2013.



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

PENGISYTIHARAN GERAK KERJA SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) KPT MESIR 2012/2013.

Dengan sukacitanya dimaklumkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) KPT  Mesir bagi sesi 2012/2013 oleh pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT)  Mesir sesi 2012/2013. Suruhanjaya ini bertindak sebagai sebuah organisasi berkecuali dan akan memulakan operasi berkuatkuasa dari 14 Oktober 2013  hingga 6 November 2013. Antara matlamat penubuhan suruhanjaya ini adalah:

1. Mengendalikan pencalonan sebagai AJKT dan AJK HEWI Mesir bagi sesi 2012/2013.
2. Mengendalikan pengundian sekiranya berlaku pertandingan antara calon.
3. Bertanggungjawab memastikan proses pencalonan dan pilihanraya berjalan dengan lancar, telus dan adil.

Sehubungan  itu, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan saudara  Muhamad Azidi bin Bakar (Pengarah SPR KPT Mesir 2012/2013) 0111-5044125.

“CEKAP DAN TELUS”
 
“BERILMU DAN BERAMAL”


Yang menjalankan tugas,

(ABDUL HALIM ZAKARIA BIN YUSUF)

Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihanraya  KPT Mesir,
Sesi 2012/2013.