PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, May 10, 2011

KEPIMPINAN BADAN PENGURUS PMRAM 2011

Direktori Kepimpinan Badan Pengurus

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

PRESIDEN
( Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa & Pengerusi HEWI )
Muhammad Zuhaili bin Saiman
+2011-3771841
abezuh@yahoo.com.my

BP ANGKAT : Iskandariah

TIMBALAN PRESIDEN

( Ketua Lajnah Perancang & Panitia )

Abdul Aziz bin Ali

+2011-3265864

abazali_87@yahoo.com.my

BP ANGKAT : Johor & Shoubra

NAIB PRESIDEN 1

( Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan )

Mohd Faizzudin bin Ghazali

+2014-8228927

fareast_addein@yahoo.com

BP ANGKAT : Selangor & Mansurah

NAIB PRESIDEN 2

( Ketua Lajnah Muhafazah )

Mohd Solehuddin bin Mohd Safien

+2011-5173557

aljihad_87@yahoo.com

BP ANGKAT : Melaka & Semua Muhafazah

NAIB PRESIDEN 3

( Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan )

Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi

+2011-7402891

ibnu_yemeni@yahoo.com

BP ANGKAT : Kelantan & Damanhur

SETIAUSAHA AGUNG

Firdauz bin Noh

+2014-3352855

sufi_cairo@yahoo.com

BP ANGKAT : Pahang & Tanta

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG

Ahmad Huzaifah bin Fauzi

+2011-6312426

ustazhuzaifah@yahoo.comt

BP ANGKAT : Kedah & Syibin El KOm

NAIB SETIAUSAHA AGUNG

( Ketua Lajnah Pendaftaran )

Norhalis Syafiq bin Ahmad

+2019-1395151

halissyafiq@gmail.com

BP ANGKAT : Selangor & Shoubra

BENDAHARI KEHORMAT

Ahmad Baihaki bin Rashid

+2011-1497568

an_nasry87@yahoo.com

BP ANGKAT : Wilayah Persekutuan & Dumyat

KETUA BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA

Ahmad Daniel bin Mohmad Hassan

+2011-6896290

qalam_maslul@yahoo.com.myt

BP ANGKAT : Pulau Pinang & Dumyat

KETUA BADAN PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN

Ahmad Zamzami bin Che Daud

+2011-7783237

zam_almasri@yahoo.com

BP ANGKAT : Kedah & Tanta

KETUA BADAN PENERANGAN DAN PENERBITAN

Zulhafeez bin Ahmad Zahidi

+2011-9446484

aliflamhafeez@yahoo.com

BP ANGKAT : Terengganu & Zagazig

KETUA BADAN EKONOMI

Mohd Hafizzul Azri bin Azman

+2011-9076484

Ijul_86-kuis@yahoo.com

BP ANGKAT : Perak & Mansurah

KETUA BADAN SAMBUTAN & REHLAH

Nur Ahmad Wafiy bin Nor Azri

+2010-2800776

wafiy86@yahoo.com

BP ANGKAT : Melaka & Damanhur

KETUA BADAN KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN SUKAN

Ibrahim bin Ani

+2011-8795786

brahim_yk88@yahoo.com

BP ANGKAT : Perlis & Zagazig

Thursday, May 5, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN AMANAH BUAT PIMPINAN PMRAM 2011

Assalamualaikum,

Puji-pujian hanya bagi Allah SWT; Tuhan pencipta alam semesta. Selawat dan salam buat junjungan mulia; Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam, keluarga dan para sahabat baginda.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas bagi pihak Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT) ucapkan kepada pimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2011.

Diharapkan dengan perlantikan yang baru ini, dapat menambahkan lagi kekuatan PMRAM dalam mengharungi mehnah dan ujian sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam di bumi Mesir ini.

Semoga dengan perlantikan pimpinan baru ini juga dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dilakarkan oleh pimpinan sebelum ini dalam merealisasikan tema “Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah”

Selamat berjuang.

Sekian, wassalam.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

“BERILMU DAN BERAMAL”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2010/2011

Pejabat KPT, Kompleks Darul Iman,
Hayyu 10, Kaherah, Mesir.

PMRAM CAWANGAN TERENGGANU MENYOKONG USUL PERTAHAN BKKIMM

5 Mei 2011, Kaherah – PMRAM Cawangan Terengganu menyokong penuh usul yang telah dibentangkan oleh PMRAM Cawangan Selangor yang berbunyi “Bersatu Mempertahankan BKKIMM – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir”.

Usul tersebut dibentang dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78 pada 4 Mei 2011 di Dewan Soleh Abdullah Kamil.

Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar ketika ditemui menegaskan bahawa pihak KPT Mesir bersedia membantu pihak BKKIMM bagi meneruskan kelangsungan dakwah dan kebajikan mahasiswa Islam Melaka Mesir.

Ketika memperbahaskan usul tersebut, Saudara Abu Jihad bin Ahmad Sabri yang juga perwakilan PMRAM Cawangan Terengganu telah menyuara dan meletakkan harapan agar seluruh mahasiswa Mesir sama-sama mempertahankan kesatuan anak-anak Melaka di bawah BKKIMM.

Kewujudan BKKIMM sebagai wadah penyatuan mahasiswa Melaka tidak harus dibiar untuk dirobohkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, sejajar dengan tuntutan Islam untuk memelihara semangat ukhuwah islamiah haruslah didokong.

Sokongan yang diberikan ini membuktikan kesatuan mahasiswa Malaysia Mesir di bawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Moga ukhuwah yang terbina akan terus utuh dan dipelihara oleh Allah SWT.

Tuesday, May 3, 2011

Hiburan Menurut Pandangan Syarak

Melihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita mnyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh dunia.

Malah lebih malang lagi apabila isu ini sudah menular di sekeliling mahasiswa/wi Islam di timur tengah ini. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia masa kini.

Secara umumnya, Islam tidaklah mengharamkan hiburan secara keseluruhannya, namun hiburan tersebut mestilah mengikut nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam dan tidak melalaikan. Ini kerana hiburan juga merupakan suatu perkara yang fitrah yang rata-rata manusia menjadikan muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Ianya adalah sebahagian daripada aktiviti rekreasi manusia yang terkandung di dalamnya seni, budaya, hiburan, kehalusan bahasa dan juga pemikiran yang sentiasa diperbincangkan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan tamadun manusia.

Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna dan pasti dapat menjawab setiap persoalan hidup manusia yang mempunyai keinginan yang bermacam-macam dan tidak terkecuali dalam urusan yang berkaitan dengan hiburan. Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia dan boleh diamalkan pada setiap zaman dan tempat walau dimana kita berada.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu yang tiada sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan adalah dibolehkan oleh syarak. Dalil keharusan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:

"Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."

Selain itu, terdapat hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang mengizinkan gendang dimainkan pada majlis-majlis tertentu, sebagaiman Imam Tarmizi telah meriwayatkan daripada Aishah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang maksudnya:

"Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta pukullah rebana."

Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Nyanyian yang haram disebabkan oleh lima perkara yang mencorakkannya iaitu penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan kata-kata, tanggapan pendengar terhadap nyanyian dan pendengar yang terdiri daripada orang awam.

Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.

Oleh itu apabila membincangkan mengenai hiburan, hal-hal seperti susunan kata-kata yang haram, penampilan penyanyi, masa persembahan nyanyian yang menghalang kewajipan agama atau melalaikan manusia, majlis yang disertai dengan makanan dan minuman haram, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas, dan kesan nyanyian kepada pendengar-pendengar tertentu yang membawa kepada berkelakuan buruk hendaklah diambil-kira.

Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.

Jelas kepada kita bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani, rohani dan sosialnya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga terhindar dari permasalahan emosi, perasaan, isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, tempat kerja dan sebagainya.

Maka dengan itu, sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini ingin disemarakkan tetapi hendaklah dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan diterima dari pandangan syarak.

Kesimpulan:

Menurut Fatwa Syeikh Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat.

Manakala menurut Al-Ghazali, tidak ada perincian syarak berkenaan peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kepada keadaan masa dan tempat serta mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang melalaikan dan dikaitkan dengan pemain muzik serta penyanyi yang mempamirkan akhlak yang buruk merupakan perkara yang ditegah sama sekali.

Setelah kita melihat secara ringkas perbahasan mengenai hiburan dari sudut pandangan syarak , maka dapatlah kita menilai dan membuat perbandingan antara hiburan yang ada disekeliling kita, adakah ia bertepatan dengan pandangan hukum ataupun tidak. Artikel ini juga mampu memberi panduan kepada kita dalam memilih hiburan yang sesuai untuk kehidupan kita seharian agar tidak tersasar dari nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh agama kita.

Sumber : MANHAL PMRAM

Hiburan Menurut Pandangan Syarak

Melihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita melihat banyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh dunia.

BKAN MELAKA TERUS DIPERTAHAN

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Nya, yang telah menjadikan setiap sesuatu itu lengkap dengan hikmahnya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.

Sahabat-sahabat BKKIMM seperjuangan sekalian.

Firman Allah swt. dalam surah Ali-Imran ayat 167 yang bermaksud:

Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik kepada mereka dikatakan: “marilah berperang dijalan Allah atau pertahankanlah dirimu”. Mereka berkata: “sekiranya kami mengetahui akan terjadinya peperangan, tentulah kami mengikuti kamu”. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung di dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan.

Berkata Mujahid daripada Jabir Bin Abdullah bahawa sesungguhnya ayat ini telah ditujukan kepada Abdullah Bin Ubai Bin Salul dan para sahabatnya pada peperangan uhud. Ketika mana beliau mengatakan kepada tentera muslimin, “sekiranya kami mengetahui akan terjadinya peperangan, tentulah kami mengikuti kamu”, akan tetapi kenyataan ini hanyalah retorik semata-mata bagi mengaburi apa yang tersemat di hati mereka yang sebenarnya tidak ingin bersama dengan tentera muslimin bagi mempertahankan kemenangan Islam. Mereka mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak terkandung di dalam hati mereka.

Daripada sirah yang diceritakan secara ringkas ini, banyak pedoman dan pengajaran yang diperoleh daripadanya. Pedoman dan pengajaran bagaimana tentera Islam telah tewas pada peperangan Uhud di tangan musyrikin yang beriya-iya ingin membalas dendam di atas kekalahan mereka dalam peperangan Badar. Strategi musyrikin yang telah berjaya memperdaya sebilangan tentera Uhud yang telah diamanahkan untuk berjaga di bukit memanah.

Jangan sesekali meraka turun dari bukit memanah selagi mana arahan daripada Rasulullah s.a.w. tidak dikeluarkan. Mereka telah dikaburi dengan harta serta kemenangan yang masih belum mereka miliki pada ketika itu. Maka mereka telah turun dari bukit memanah sehingga menyebabkan serangan balas pihak musyrikin terus menghilangkan bayangan kemenangan tentera Islam dalam peperangan Uhud tersebut.

Begitu juga kita pada hari ini, dalam menghadapi rintangan perjuangan dakwah ini, semestinya kita berhadapan dengan golongan-golongan yang bersifat sedemikian yang terkadang menjadi duri dalam daging dalam perjalanan dakwah kita. Juga terdapat mereka yang bersifat seperti mana ayat yang dinyatakan di atas yang terkadang datang dengan hasat dengki yang membuku di hati mereka di sebabkan pengaruh Islam yang di bawa melalui BKKIMM.

Orang terdahulu telah mengamanahkan kepada kita untuk menjaga dan memperjuangkan BKKIMM serta dakwahnya. Sanggupkah kita mengulangi kesilapan tentera Uhud abad baru dengan meninggalkan BKKIMM disebabkan terkabur dengan desakan sesetengah pihak? Ketahuilah bahawa darah 70 syuhada’ Uhud masih merah mengalir di pedang musyrikin? Aliran darah yang telah memerahkan lantai sirah Islam yang masih belum kering disebabkan kesilapan sebilangan tentera Uhud.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Taubah ayat 42 yang bermaksud:

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah: “jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu”, mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.

Sahabat-sahabat BKKIMM seperjuangan sekalian.

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir yang kini menjangkau 35 tahun perjalanan dakwahnya kini berhadapan dengan ujian yang telah merencatkan perjalanan dakwahnya seketika waktu. Kepada semua ahli BKKIMM, kami di pihak kepimpinan BKKIMM menyeru kepada semua ahli untuk terus bersama dengan kepimpinan bagi memastikan dakwah yang sekian lama berjalan di BKKIMM terus terlaksana.

Justeru kami telah meletakkan pendirian utama kenapa BKKIMM mesti dipertahankan. Berikut adalah pendirian yang telah dipersetujui oleh saf kepimpinan BKKIMM sesi 2010/2011 :

Tidak bersetuju dengan penubuhan IMAM dan akan tetap memperkukuhkan BKKIMM.

Berpaksikan kepada hujah-hujah di bawah maka pendirian ini dijadikan sebagai satu kemestian BKKIMM terus dipertahan dan diperjuangkan:

i. BKKIMM sudah sedia berpengalaman dan mempunyaI sistem undang-undang tubuh yang kukuh serta mempunyai ramai ahli yang berdaftar.

ii. IMAM bukan suara mahasiswa anak Melaka kerana penubuhannya bukan daripada suara ahli.

iii. Mewujudkan perpecahan dikalangan anak Melaka.

iv. Menyusahkan mahasiswa kerana menghasilkan perkara yang sudah sedia ada dan membuang masa belajar mahasiswa.

v. Hala tuju IMAM yang tidak jelas. Contohnya tidak menjaga kebajikan anak-anak Melaka di Mesir ketika mana isu ugutan penarikan TAPEM.

vi. Melambatkan proses perjalanan dakwah dan kebajikan.

Keberadaan BKKIMM di Mesir sukar untuk dinafikan walau ia tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri Melaka. Kerana semestinya kita faham, kebenaran Islam bukan terletak pada menang atau kalahnya Islam, akan tetapi keikhlasan usaha kita yang ingin memperjuangkan Islam akan dinilai di mahsyar kelak. Justeru sebagai perhatian kepada seluruh ahli BKKIMM di segenap pelusuk Bumi Anbiya’ untuk terus berkerja demi Islam yang tercinta melalui program BKKIMM yang akan diteruskan seperti biasa terutama merangkumi dakwah dan kebajikan.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Taubah ayat 105 yang bermaksud:

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan kamu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya apa yang telah kamu kerjakan.

Sahabat-sahabat BKKIMM seperjuangan sekalian.

Mengambil pengajaran daripada peperangan Badar dan Uhud tersebut, jawapan kepada persoalan (apakah kita akan bersama Islam kerana kemenangan Islam dalam peperangan Badar?, dan kita akan berpaling tadah daripada Islam dengan kekalahan sementara Uhud?, ataukah kita akan terus bersama Islam di kala menang dan kalahnya?) mesti dijelaskan.

Menang kalahnya Islam bukan menjadi kayu ukur dalam mentafsir kebenaran Islam itu sendiri. Yakin dan percayalah, kebenaran akan terjelas akhirnya walau kita tidak mampu meletakkan tarikh yang tepat bilakah kemenangan kebenaran itu.

Apa yang penting, tiada senjata yang paling tajam untuk berperang melainkan senjata kesatuan dalam jemaah seluruhnya. Bersama kita memperkukuhkan kesatuan dalam BKKIMM dengan meletakkan thabat dan ithar kepada BKKIMM serta bersabar dengan ujian yang kita hadapi.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ankabut ayat 5 yang bermaksud:

Barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu pasti datang dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Wa Allahu Ta’la ‘Alam.

Harman Bin Hassan
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2010/2011

Sunday, May 1, 2011

KPT MESIR KUNJUNGI MUFTI TERENGGANU

Kuala Terengganu – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) yang diwakili oleh Yang Dipertua KPT, Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar telah mengadakan kunjungan ke pejabat Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Haji Alias bin Abdullah.

Kegembiraan jelas terpancar ketika kunjungan yang diadakan oleh pihak KPT. Kesempatan itu digunakan sebaiknya untuk bertukar-tukar pandangan oleh kedua-dua belah pihak.

Dato’ Dr. Haji Alias bin Abdullah yang juga merupakan kepimpinan mahasiswa suatu ketika dahulu menyaran agar mahasiswa mesir menjayakan kecemerlangan akademik dan melibatkan diri dalam persatuan.

Selain itu, pihak KPT telah menyuarakan beberapa permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa mesir untuk memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa terbela dan diberi perhatian.

Diakhir pertemuan kedua-dua pihak bertukar cenderahati sebagai kenangan bersama.

Pihak KPT Mesir merakamkan jutaan terima kasih diatas segala perhatian dan hubungan baik oleh pihak Jabatan Mufti Terengganu.