Kini kita telah memasuki Bulan Muharram dan membuka lembaran kehidupan baru dengan tahun baru hijrah. 1430H tidak akan kembali bersua lagi.. kini, 1431H mula menghayun langkah satu persatu menyelusuri kehidupan.. Ayuh, marilah sama-sama kita merenung sejenak sejarah islam yang terlakar di pentas dunia suatu ketika dahulu agar menjadi panduan dan iktibar buat kita semua dalam meneruskan medan perjuangan ini..
Muharram telah mengingatkan kitatentang peristiwa hijrah Baginda Rasul S.A.W dari Mekah ke Kota Madinah. Atas benih keyakinan dan keimanan yang teguh lagi utuh, kaum muhajirin dan ansar bersatu mempertahankan islam. Hari pertama dalam takwin Islam dikira bermula dari penghijrahan bersejarah ini yang kemudiannya meletakkan Islam ke mercu kejayaan yang gemilang.Akhirnya,tertegaklah sebuah Negara islam pertama di Madinah Al-Munawwarah sehinggalah islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
Pelbagai daya dan upaya umat islam suatu ketika dahulu,sanggup mengorbankan harta mahupun nyawa demi terus mempertahankan panji-panjiislam berkibaragar islam terus gah dan tertegak dengan kebesaran dan keagungannya..
Tapi kini, umat islam seolah-olah hilang pertimbangan ,lupa akan pengorbanandanzaman keemasan islam suatu ketika dahulu.. Sejarah islam kian dilupakan. Jerih perih perjuangan para perjuang ketika dahulu tidak disambut dan diteruskan.. Alangkahhibanya..
Umat islam semakin hari, semakin hanyut dan leka dengan pesona dunia.. Hawa nafsu dituruti.. Hak-hak islam dikebelakangkan.. Tepatlah sabda nabis.a.w , bahawa “Al-Wahnu” mengubah segala-galanya..Islam dicalari noda dan dosa oleh tangan-tangan sebahagian umatnya sendiri.Siapakah yang harus kita persalahkan kalau bukan diri kita sendiri..
Sedar tidak sedar pihak musuh yang telah lama memendam dendam kesumat kepada islam, cuba memadamkan semangat cintakan islam dalam diri umat islam sendiri. Umat islam dileka dan disibukkan dengan urusan duniawi. Dalam masa yang sama, mereka merancang strategik untuk menghapuskan islam secara total.. merekamengetahui bahawa, kekuatan islam terbina atas asas ukhuwwah islamiyyah dan keimanan yang teguh dalam diri umat islam.. oleh kerana itu, mereka sentiasa cuba untuk memporak perandakan umat islam agar berpecah belah dan bergaduh sesamasendiri..
Oleh itu, marilah sama-sama kita memuhasabah dan mengetuk pintu keimanan kita.. persoalannya.. dimanakah kita??apakah peranan kitaselaku penerus perjuangan ini?? Adakah kita akanterus membiarkan islam dirobek dan tidak dipertahankan??Ingatlah. ,kita adalah generasi penyambung perjuangan para rasul .. kita selaku mahasiswa mahasiswi islam mempunyai peranan yang sangat besar dalam memartabatkan islam suatu masa ketika nanti. amanah itu terpundak di atas bahu kita.. menang kalah bukan persoalannya.. apa yang penting adalah jihaddiiringi niat yang murni lagi ikhlas.. ayuhlah sama-sama kita berhijrah..
Sabda rasulullah s.a.w “tiada hijrah selepas peristiwa pembukaan kota mekah akan tetapi yang tinggal adalah jihad dan niat”.
Unit Dakwah HEWI KPT telah berjaya mengadakan program Liqa' Gabungan Muzakarah Berkelompok atau dengan nama lain Liqa' Fuad yang mengumpulkan hati-hati dengan ikatan kasih sayang kerana Allah. Program yang diadakan di Taman Al-Azhar ini bermula seawal jam 8.30 pagi dengan bayaran L.E. 16 seorang. Dengan menyediakan 3 tremco bersama 6 musyrif, program ini berjalan dengan jayanya dengan kerjasama setiap ahli yang menyertai.
Tepat jam 9 pagi, program dimulakan dengan taklimat dari Ketua Unit Dakwah dan kemudiannya diteruskan dengan membuat bulatan, duduk di atas tanah lapang. Majlis diserikan dengan ucapan HEWI PMRAM, Ustazah Samihah binti Abdullah yang mengingatkan tentang ukhuwah. Seterusnya ucapan mantan HEWI PMRAM Ustazah Che Amirah binti Che Muda yang lebih banyak menyentuh tentang peperiksaan dan ilmu. Majlis diteruskan dengan permainan kotak beracun yang mendapat tentangan hebat pada awalnya, namun permainan ini yang mampu mengukir senyum lebar di bibir peserta tanda puas hati. Seramai 34 orang peserta yang hadir dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan hendaklah bersiap sedia untuk membuat sebarang persembahan.
Majlis ditangguhkan dan peserta mencari kawasan masing-masing untuk menikmati juadah yang dibawa sambil menikmati keindahan alam. Jam 11.15 pagi, semua berkumpul kembali untuk acara kedua iaitu persembahan bagi setiap kumpulan. Ada yang membuat tema kumpulan, berpantun, dan ada juga yang membuat perembahan bisu. Pelbagai persembahan kreatif yang dipersembahkan oleh peserta. Persembahan istimewa di akhir acara adalah persembahan dari HEWI, setelah mendapat permintaan daripada ahli.
Setelah selesai semua acara, peserta mengatur langkah masing-masing menikmati keindahan panorama Taman Al-Azhar. Kemudian menunaikan solat zohor di taman tersebut.
Tepat jam 1 petang, semua berkumpul di pintu pagar menunggu tremco untuk pulang. Walaupun terpaksa menunggu lama untuk pulang, keceriaan di wajah peserta masih belum pudar. Semoga program yang dianjurkan ini memberi seribu manfaat kepada semua pihak.
Bendahari HEWI merangkap Unit Sambutan dan Rehlah telah berjaya menganjurkan ziarah maqam wali-wali di sekitar kaherah yang bertolak seawal jam 8.00 pagi. Dengan bilangan peserta yang seramai lebih kurang 30 orang, termasuk sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa pelajar Terengganu-Mansurah, berlangsung dengan meriah sekali.
Menziarahi maqam Sheikh Soleh Al-Ja’afari sehinggalah maqam Sheikh Ahmad bin ‘Athoillah Assakandari di Jabal Muqattam, amat memberi manfaat dan lebih mengenali para ulama’ dengan lebih dekat.
Ziarah maqam kali ini menampilkan penyampai yang cukup berpengalaman Ustaz Mohd Mustafa binMohd Nor dari Negeri Pahang Darul Makmur yang menerangkan panjang lebar tentang maqam-maqam yang diziarahi. Banyak input-input yang diperolehi disamping mengenali dapat wali-wali Allah ini bukan setakat nama sahaja, bahkan peribadi, sifat dan lain–lain lagi.
Rombongan lawatan sempat singgah di Masjid Amru bin Al-‘As untuk berehat seketika dan menikmati makan tengahari disamping menanti masuknya waktu asar untuk bersolat jemaah di sana. Perjalanan menziarahi maqam auliya’ diteruskan setelah semua selesai dan bersedia untuk bergerak ke tempat seterusnya.
Program ini berakhir tepat masuknya waktu Isyak dan terus bertolak pulang dari Jabal Muqattam, kawasan terakhir yang dilawati sekitar jam 6.30 petang. Lebih 30 buah maqam yang sempat diziarahi memberi banyak manfaat kepada seluruh ahli yang menyertai rombongan tersebut.
Mansoura, 6 November - Barisan pimpinan KPT berbesar hati dengan jemputan ke majlis Hari Bersama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang diadakan di rumah kediaman pelajar perubatan Mansurah. Dengan 2 orang wakil dari AJKT dan 3 orang wakil dr pihak HEWI, majlis dapat disempurnakan dengan jayanya walaupun terdapat masalah yang menyebabkan 2 orang wakil exco terlewat.
Majlis dimulakan dengan ucapan Setiausaha Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Saudara Wan Mohd Safwan bin Wan Salleh, dan kemudian diserahkan kepada exco untuk sesi ramah mesra bersama hadirin yang datang, yang terdiri daripada pelajar-pelajar perubatan Terengganu yang baru tiba di bumi Mesir ini. Ada yang datang di bawah tajaan Yayasan Terengganu, dan yang persendirian di bawah agen Medic Mesir dan Global Medic Network (GMN).
Majlis diteruskan dengan ta'aruf exco yang hadir, antaranya Timbalan YDP, Naib Setiausaha, Naib Pengerusi HEWI, Setiusaha HEWI, dan Unit Informasi dan Penerbitan. Selain berta'aruf, pelajar-pelajar baru ini diperkenalkan dengan Keluarga Penuntut Terengganu (KPT).
Antara persoalan yang ditimbulkan ketika sesi soal jawab, bagaimana cara memohon zakat, serta mendedahkan syarat-syarat permohonan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang zakat MAIDAM. Ada juga pelajar persendirian yang bertanyakan cara permohonan pinjaman yayasan selepas tahun satu dalam sesi soal jawab ini.
Saudara Afuza dilantik sebagai wakil mandub KPT bagi pelajar perubatan Mansurah, manakala wakil mandubah pula ialah Saudari Umi Nazirah binti Ghazali, pelajar tahun 4.
Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar, Timbalan YDP, berkenaan ukhuwah, yang mana roh-roh kita telah bertemu sebelum kita dilahirkan.
Kaherah, 30 Oktober 2009 - Pihak HEWI telah berjaya mengendalikan program liqo' gabungan muzakarah berkelompok pada hari ini dengan jayanya. Program yang bermula sekitar jam 7.00 pagi ini mendapat sambutan hangat oleh anggota hewi sehingga bilangannya hampir mencecah 50 orang. Pimpinan HEWI, terutama Ketua Unit Dakwah selaku pengarah program, amat berpuas hati dengan bilangan anggota yang ramai, menghadiri dan menjayakan program yang disusun semenjak seminggu yang lalu ini.
Majlis dirasmikan oleh Ustazah Siti Fathiyah binti Mohd Radzi, Unit Ekonomi HEWI PMRAM, merangkap HEWI angkat bagi negeri Terengganu. Manakala Ustazah Intan Mastura binti Adam mengendalikan majlis forum bertajuk "Kenali Usrah", serta menampilkan 2 ikon yang tidak asing lagi dalam KPT sendiri, Ustazah Dayang Siti Noraini binti Awang Damit Yahya dan Ustazah Fatimah Salwani binti Abdullah selaku 2 orang panel yang menjayakan forum tadi. Tidak lupa persembahan dari kumpulan nasyid HEWI KPT, Al-Insyirah juga mengisi ruangan program. Serta diselitkan juga dengan ramah mesra bersama HEWI KPT pada hujung program. Majlis berakhir dengan hidangan mee goreng untuk santapan mereka yang hadir.
Kepada semua yang terlibat, didahulukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana hadir ke program yang dianjurkan sebagai tanda menyokong KPT.
Kaherah, 24 Oktober 2009 - Program mega yang dianjurkan Keluarga Penuntut Terengganu, KPT telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta, yang terdiri daripada mahasiswa tahun 1 yang baru. Peratus kehadiran peserta amat memuaskan kerana mahasiswa baru yang telah dihantar ke muhafazah yang dipilih turut serta menjayakan Hari Pengetahuan Silaturrahim, HPS 2009 di Dewan Asrama Darul Iman.
Jutaan terima kasih buat peserta yang hadir, mahasiswa mahasiswi yang menjana kelangsungan program yang diadakan sehari semalam. Program bermula jam 6.30 pagi untuk sesi pendaftaran dan berakhir pada jam 11.00 malam ini, berjalan dengan meriah sekali dengan pelbagai pengisian daripada para jemputan yang hebat-hebat belaka. Tidak dilupakan dengan persembahan yang cukup menarik di kalangan peserta di akhir program.
Terima kasih juga buat jawatankuasa pelaksana, yang bertungkus lumus dalam menjayakan HPS kali ini. Walaupun HPS ini diundur tarikhnya dari 25 hb ke 24 hb, namun semuanya berjalan dengan baik, atas dasar komitmen dan kerjasama yang diberi. Sekalung penghargaan buat semua yang menjayakan program HPS kali ini.
Semua ahli HEWI KPT dijemput hadir bagi memeriahkan program anjuran Unit Dakwah, Liqa' Gabungan Muzakarah Berkelompok [Bicara Ilmiah]. Pendaftaran bermula jam 7 pagi dan berakhir pada 12 tengahari. Komitmen yang diberi sebagai tanda menyokong KPT amat-amatlah dihargai.
Tahniah kepada pasangan Ustaz Fadhil bin Muhammad Noor & Ustazah Shahidah binti Abdul Manaf atas kelahiran puteri sulung mereka. Puteri Tanta selamat dilahirkan pada hari Selasa, 20 Oktober 2009, pada jam 12.10 tengahari.
Semoga menjadi anak yang solehah, taat pada Allah, ibu bapa dan agama. Pihak HEWI KPT telah menghantar wakil menziarahi teratak beliau di Tanta, memberikan sedikit bantuan tenaga.
Pihak HEWI KPT mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan bahagia Ustaz Shafizi bin Ismail & Ustazah Umi Masmira binti Mat Ali. Pengantin selamat diijab kabulkan pada 15 Oktober 2009, walimah pula pada 21 Oktober 2009.
Pihak HEWI mendoakan agar pasangan berbahagia kekal selamanya. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh solehah penerus perjuangan. Selamat Pengantin Baru.
Ketua Unit Perumahan Keluarga Penuntut Terengganu, Ustazah Nur Syazwani binti Jusoh kembali menyambung tugas beliau hari ini setelah pulang bercuti sejak lebih 2 bulan yang lalu.
Beliau yang pulang ke tanah air pada bulan Jun yang lalu bersama-sama dengan ahli KPT yang lain selamat tiba kembali ke Mesir pada pagi Isnin yang lepas, ketika ahli PMRAM sibuk menjayakan Haflah Aidilfitri PMRAM (HATI).
Sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas rasmi Unit Perumahan ini telah dipangku sepenuhnya oleh Ustazah Intan Mastura binti Adam, ketua Unit Informasi dan Penerbitan. Beliau telah mengendalikan segala tugas-tugas dan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal unit.
Pihak KPT mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ust Intan atas sumbangan yang telah diberikan dan selamat bertugas kepada Saudari Nur Syazwani.
Dikesempatan ini, kami Hewi KPT 08/09 mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada ahli KPT dan ahli hewi khususnya.Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan yang kami lakukan.Semoga hari raya kali ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara kita.
Bersempena Hari Raya Aidilfitri , Unit Informasi dan Penerbitan Hewi KPT telah mengada kursus adobephotoshop untuk membuat kad raya pada 16 september 2009 bersamaan 27 ramadhan 1430 H bertempat di Cybercafe Asrama Terengganu.Peserta kursus hanya dihadkan seramai 10 orang sahaja dan tenaga pengajarnya adalah ketua Unit Informasi dan Penerbitan Hewi KPT itu sendiri.Kursus berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 1 petang hingga jam 4 petang.Peserta telah diperkenalkan dengan perkara - perkara asas dalam adobephotoshop dan cara penggunaannya.Peserta juga turut diajar secara praktikal. Antara hasil kerja pertama peserta -peserta kursus selama 3 jam :
Mana-mana ahli Terengganu yang belum berdaftar dengan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT), bolehlah mendaftarkan diri anda kepada Setiausaha HEWI KPT MESIR (AKHAWAT) dan Naib Setiausaha KPT MESIR (IKHWAH). Sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan pendaftaran bolehlah menghubungi SU HEWI KPT MESIR (01119807865) dan NSU KPT MESIR (01119768846). P/S:borang boleh didapati di Asrama Darul Iman, KAHERAH