PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, October 30, 2009

Liqo' Gabungan Muzakarah Berkelompok 2009

Kaherah, 30 Oktober 2009 - Pihak HEWI telah berjaya mengendalikan program liqo' gabungan muzakarah berkelompok pada hari ini dengan jayanya. Program yang bermula sekitar jam 7.00 pagi ini mendapat sambutan hangat oleh anggota hewi sehingga bilangannya hampir mencecah 50 orang. Pimpinan HEWI, terutama Ketua Unit Dakwah selaku pengarah program, amat berpuas hati dengan bilangan anggota yang ramai, menghadiri dan menjayakan program yang disusun semenjak seminggu yang lalu ini.

Majlis dirasmikan oleh Ustazah Siti Fathiyah binti Mohd Radzi, Unit Ekonomi HEWI PMRAM, merangkap HEWI angkat bagi negeri Terengganu. Manakala Ustazah Intan Mastura binti Adam mengendalikan majlis forum bertajuk "Kenali Usrah", serta menampilkan 2 ikon yang tidak asing lagi dalam KPT sendiri, Ustazah Dayang Siti Noraini binti Awang Damit Yahya dan Ustazah Fatimah Salwani binti Abdullah selaku 2 orang panel yang menjayakan forum tadi. Tidak lupa persembahan dari kumpulan nasyid HEWI KPT, Al-Insyirah juga mengisi ruangan program. Serta diselitkan juga dengan ramah mesra bersama HEWI KPT pada hujung program. Majlis berakhir dengan hidangan mee goreng untuk santapan mereka yang hadir.

Kepada semua yang terlibat, didahulukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana hadir ke program yang dianjurkan sebagai tanda menyokong KPT.

SATU FIKRAH SATU AMAL~~