PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, October 30, 2009

Hari Pengetahuan Silaturrahim 2009

Kaherah, 24 Oktober 2009 - Program mega yang dianjurkan Keluarga Penuntut Terengganu, KPT telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta, yang terdiri daripada mahasiswa tahun 1 yang baru. Peratus kehadiran peserta amat memuaskan kerana mahasiswa baru yang telah dihantar ke muhafazah yang dipilih turut serta menjayakan Hari Pengetahuan Silaturrahim, HPS 2009 di Dewan Asrama Darul Iman.

Jutaan terima kasih buat peserta yang hadir, mahasiswa mahasiswi yang menjana kelangsungan program yang diadakan sehari semalam. Program bermula jam 6.30 pagi untuk sesi pendaftaran dan berakhir pada jam 11.00 malam ini, berjalan dengan meriah sekali dengan pelbagai pengisian daripada para jemputan yang hebat-hebat belaka. Tidak dilupakan dengan persembahan yang cukup menarik di kalangan peserta di akhir program.

Terima kasih juga buat jawatankuasa pelaksana, yang bertungkus lumus dalam menjayakan HPS kali ini. Walaupun HPS ini diundur tarikhnya dari 25 hb ke 24 hb, namun semuanya berjalan dengan baik, atas dasar komitmen dan kerjasama yang diberi. Sekalung penghargaan buat semua yang menjayakan program HPS kali ini.