PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Wednesday, January 25, 2012

SECANGKIR TINTA : NAIB PENGERUSI HEWI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala yang bersifat pemurah ke atas hamba-hambaNya yang memberi nikmat sebelum hambaNya meminta terutama nikmat Iman dan Islam yang hanya dikecapi oleh manusia yang dipilih oleh Allah Taala. Moga-moga kita tergolong dalam manusia yang dipilih oleh Allah Taala kerana tanpa kedua-dua nikmat yang besar ini, tiada makna hidup di atas muka bumi Allah Taala. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Shollalahu’alaihi wasallam pamberi syafaat di akhirat kelak. Cintai baginda bererti cinta kepada Allah Taala.



Fasa imtihan melabuhkan tirainya, akan bermula fasa baru yang bakal menyaksikan adakah ‘kerajinan’ dalam segala aspek baik ibadah mahupun pembacaan semata-mata kerana imtihan ataupun kesedaran terhadap kepentingan ilmu dan keikhlasan semata-mata kerana Allah Taala. Tepuk dada tanya iman, tergolong dalam kategori manakah kita?

Allah Taala berfirman yang bermaksud :
“…niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…”  (Al-Mujaadilah: 11) 

Sunday, January 22, 2012

Urusan Visa : PMRAM Prihatin


KAHERAH, 22 Jan – Berikutan isu kesulitan yang dihadapi oleh Mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berurusan di Imegeresen Mesir untuk memperbaharui tempoh sah laku visa, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melakukan perbincangan untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini.

Masalah kesulitan dan kesesakan yang berlaku adalah berikutan pihak Imegresen Mesir telah menetapkan hanya satu hari sahaja dalam seminggu untuk warganegara Malaysia memperbaharui tempoh sah laku visa mereka. Ini mengakibatkan mereka terpaksa beratur panjang untuk menyelesaikan urusan tersebut.

Atas kesulitan yang dihadapi, satu bancian akan dibuat di peringkat PMRAM untuk mengumpul maklumat penuh berkaitan bilangan mahasiswa dan mahasiswi yang telah tamat tempoh sah laku visa mereka. Maklumat yang diperlukan termasuklah:

1. Nama Penuh.
2. Nombor passport.
3. Tempoh tamat visa.

Bancian ini akan dilakukan selama lima hari bermula esok sehingga hari jumaat iaitu daripada tarikh 23 – 27 januari 2012.

Justeru, pihak PMRAM mengharapkan kerjasama daripada seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk memberikan maklumat yang diperlukan dengan merujuk terus kepada unit kebajikan di peringkat BKAN masing-masing supaya tindakan susulan di peringkat PMRAM dapat dilaksanakan.

‘Isu urusan visa merupakan isu kebajikan yang turut berkaitan secara langsung dengan isu keselamatan yang amat dititikberatkan oleh PMRAM. Oleh yang demikian, PMRAM sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah yang berlaku dan komitmen seluruh mahasiswa dan mahasiswi amat diharapkan’, ujar Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.

Sumber : PMRAM Pusat

Perkhidmatan Tempahan Kitab Sempena Pameran Antarabangsa Dibuka


Iklan Maarad Kitab copy

Tempahan Kitab Sempena Pameran Buku Antarabangsa kali ke-43 akan dibuka  bermula 23 Januari 2012 (Isnin). Makluman lanjut akan kami uar-uarkan bersama “Borang Tempahan Kitab”.

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua mahasiswa/wi Malaysia di Mesir.


“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”


“BERIMU DAN BERAMAL”

ABDULLAH AMIR BIN MOHD ZABUDIN
Bendahari,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2011/2012.

Wednesday, January 18, 2012

Selamatkan Kami Dari Zaman Fitnah Ini


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: 


[1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. 


[2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. 


[3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. 


[4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. 


[5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

Sunday, January 15, 2012

SMATT Terus Melebarkan Hubungan Antarabangsa

KAHERAH, 15 Jan - Solidariti Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) yang menggabungkan suara mahasiswa Islam Malaysia di Timur Tengah terus meluaskan jaringan hubungan dengan beberapa persatuan mahasiswa di negara lain. SMATT yang kini dipengerusikan oleh PMRAM memperkasakan lagi hubungan mahasiswa dengan meluaskan jaringan hubungan antarabangsa.

Selain hubungan rasmi dengan GAMIS yang mewakili persatuan di Malaysia, SMATT terus menjalinkan hubungan dengan persatuan mahasiswa di Indonesia dan Ireland. Hubungan tersebut dijalinkan bagi memastikan percambahan idea dapat dicetuskan antara persatuan-persatuan mahasiswa Islam Malaysia. Bahkan hubungan yang dijalinkan bagi menguatkan suara mahasiswa secara bersama-sama dalam isu yang diketengahkan.

Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman berkata setakat ini hubungan dengan persatuan-persatuan di negara lain adalah untuk dikemaskini semula memandangkan perbincangan antara presiden-presiden persatuan sebelum ini terputus. Kini SMATT akan meneruskan agenda memperkasakan hubungan antarabangsa dengan beberapa negara dalam menyatukan suara mahasiswa Islam Malaysia.

Apa yang penting ialah kerjasama di antara semua persatuan dapat memperkasakan lagi suara mahasiswa. Sebagaimana kerjasama baik antara PMRAM dan GAMIS dalam beberapa isu kebelakangan ini antara insiden di UPSI dan sebagainya,” ujar Presiden PMRAM.
Bahkan selain itu, SMATT juga akan meneruskan perbincangan dalam apa jua isu yang melibatkan sensitiviti agama serta isu mahasiswa sebagai objektif bagi sesi ini.

SMATT menerima respon baik daripada rakan baru kita dalam hubungan antarabangsa iaitu PPIM Ireland, PKPMI-CA (mewakili Indonesi) dan IPI Jepun dalam kerjasama yang ingin dijalinkan,” tambah beliau lagi.

Sumber : PMRAM Pusat

Wednesday, January 11, 2012

Satu Hati ’12 : Menjayakan Satu Fikrah Satu Amal

KAHERAH, 11 JanuariProses pengkaderan pimpinan merupakan tunjang utama ke  arah memastikan  sesuatu organisasi atau pertubuhan dapat bergerak dan diteruskan selari dengan visi dan misi serta berlandaskan dasar yang telah ditetapkan.
 
“ Program pembinaan jati diri pimpinan ini amat perlu supaya setiap permasalahan yang ditanggung di peringkat pusat tidak hanya berlegar sekitar mereka sahaja bahkan permasalahan itu dapat diselesaikan secara kolektif dengan kerjasama yang dimainkan oleh pimpinan di peringkat cawangan BKAN dan DPM. Pepatah ada menyebutBerat sama dipikul ringan sama dijinjing"  ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali merangkap Pengarah Satu Hati ’12.
 
Satu Hati ’12 yang akan menghimpunkan seluruh pimpinan PMRAM di peringkat pusat dan cawangan BKAN dan DPM yang berjumlah hampir 300 orang ini akan memfokuskan beberapa perkara yang menjadi pengisian penting antaranya slot Sejarah Kita, karekter seorang pimpinan dan beberapa modul yang diaturkan khusus untuk mengeratkan ukhuwah antara pimpinan serta memupuk  semangat sebagai kepimpinan PMRAM di setiap cawangan .

Saturday, January 7, 2012

Kecemerlangan Dan Kehebatan Mahasiswa Sinergi Perubahan Negara

Tugas sebagai sebagai seorang mahasiswa memang berat tetapi tugas sebagai seorang dewasa lagi berat. Jika dikatakan bahawa mahasiswa di alam kampus yang belum lagi mendirikan rumahtangga ini sibuk dengan pelbagai tugasan maka waktu selepas mendirikan rumahtangga itu pastinya akan lebih sibuk dan diuji dengan pelbagai ujian.

Inilah lumrah sebuah kehidupan. Masing-masing ada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sekiranya dunia ini hanya semata-mata kesenangan nescaya Allah SWT tidak perlu menjadikan di akhirat kelak adanya syurga dan neraka.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan syurga ini iaitu kesenangan yang hakiki maka ianya memerlukan kepada pengorbanan dan usaha yang gigih serta berterusan (istiqamah).

Monday, January 2, 2012

Kenyataan Rasmi : Kelangsungan Mahasiswa Mesir Perlu Diteruskan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
 
Setinggi-tinggi kesyukuran hanyalah untuk Ilahi, Pencipta Teragung yang telah mengurniakan kekuatan dan kesempurnaan waktu. Selawat dan Salam buat junjungan besar kita Saidina Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan para sahabat.

Firman Allah SWT, Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat : 33)

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru: Mencetus Perubahan

Tirai 2011 bakal bakal berlabuh dan tirai 2012 akan membuka lembaran baru dalam kehidupan.Umat manusia akan menyambut kelahiran tahun baru dengan catatan-catatan kehidupan disingkap dalam memori setahun yang berlalu dan lembaran baru dibuka untuk mengukir catatan sejarah baru dalam kehidupan seharian.
 
Bukan hanya pada nama.
 
Sebagai insan yang melayari bahtera kehidupan, tahun baru tidak cukup diertikan hanya pada nama kerana masyarakat yang terdidik dengan nama tahun baru tanpa persediaan dan tujuan yang benar akan hanyut dalam arus kemodenan dan pembangunan. Tahun baru harus digerakkan seiring dan tujuan dan matlamat yang betul selari dengan tuntutan Islam yang hanif agar lembaran-lembaran kehidupan manusia bergerak dalam acuan yang dikehendaki oleh Agama.Kegagalan manusia untuk memaknakan tahun baru dengan intipati dan acuan syariat Allah SWT pastinya akan menghayutkan dan menggelamkan manusia dalam lembah kebinasaan.
 
Firman Allah SWT:
 
 
‘Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan’
(Al-Baqarah: 195)
 
Sejarah sebagai cerminan muhasabah:
 
Sejarah-sejarah yang berlalu akan kekal sebagai cerminan terhadap perilaku dan landasan yang dilalui oleh setiap manusia. Ianya tidak mampu diubah mahupun dilenyapkan daripada memori perjalanan kehidupan manusia.Cerminan inilah yang mewajahkan bentuk tubuh manusia sama ada buruk mahupun baik. Sejarah kehidupan lalu tidak boleh dibiarkan terus berlalu tanpa memuhasabah dan mengkoreksi diri sepanjang setahun perjalanan
 
Dalam keghairahan kita untuk membuka lembaran baru kehidupan, jangan membiarkan setahun yang berlalu tidak langsung memberi iktibar dan perubahan dalam diri. Fenomena yang berlaku hari ini, kita melihat ramai orang yang begitu gembira dan bersuka-ria tatkala detik 12 malam tiba, bahkan mereka meraikannya tanpa terdetik sedikitpun rasa keinsafan dalam hati. Mereka tidak mengetahui bahawa manusia yang sangat rugi adalah mereka yang tidak mampu untuk mengambil pelajaran daripada masa lalu untuk melakukan perubahan dan memperbaiki diri. Begitu juga, kegagalan meletakkan sejarah sebagai cerminan akan memberi kesan di mana berkemungkinan mereka pasti mengulangi kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukannya setahun yang lalu.
 
Atas asas yang besar ini Allah SWT memperingati seluruh umat manusia dengan Masa. Kegagalan mereka memanfaatkan masa yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan keimanan dan amal soleh akan meletakkan diri mereka bersama dengan golongan yang sangat rugi
 
Firman Allah SWT:
 
'Demi Masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal Soleh.Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran'.
( Al-'Asr:  1-5).
 
Hayati dengan iman, bukan nafsu.
 
Islam mengajar umatnya agar sentiasa melakukan sesuatu dengan acuan iman serta menjauhkan diri daripada mengikut hawa nafsu.Inilah sifat seorang Muslim yang benar kerana Allah SWT. Hari ini, sebahagian golongan masyarakat terutama muda-mudi melihat tahun baru daripada cerminan nafsu dan bukannya iman. Maka,sepanjang kehidupan yang mereka lalui, ia hanya akan menjadi sia-sia dan tidak langsung memberi manafaat kepada diri mereka.
 
Firman Allah SWT:
 
“Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”
(Al-Shaad: Ayat 26)
 
Perhatikan juga perkataan Saidina Ali KWJ yang bermaksud:
 
'Apa yang paling aku bimbangi terhadap kamu adalah mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan, kerana mengikut hawa nafsu itu ditolak oleh kebenaran dan panjang angan-angan itu akan melupakan kamu kepada akhirat'.
 
Masyarakat seharusnya sedar bahawa tahun baru itu secara hakikatnya berlaku setiap hari dalam kehidupan seorang Muslim yang beriman dan bukan hanya sekali sahaja dalam setahun.Ia bermaksud seseorang individu Muslim tersebut sentiasa memperbaharui iman, akhlak, semangat, dan tatacara pergaulan seharian yang berlandaskan syariat. Kesedaran inilah yang akan menjadikan Umat Islam kekal bermotivasi dan kuat untuk melaksanakan proses kehidupan mereka selari acuan Islam.Bahkan, Inilah yang dikehendaki dan dianjurkan oleh Islam agar ia dicernakan dalam diri dan jiwa umat Islam yang beriman untuk melahirkan jiwa dan semangat yang kuat dan kental menghadapi cabaran sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Para Sahabat nabi SAW dan para pejuang terdahul yang sentiasa mencari kemuliaan mereka dengan Islam.
 
Ingatilah kata-kata yang telah disebutkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a :
 
'Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam, maka sekiranya kita mencari kemuliaan dengan yang selain Islam, maka kita akan dilaknat oleh Allah SWT'.
 
Mencetus perubahan:
 
Ayuh kita bersama jadikan lembaran baru menjelang tiba ini sbeagai medan mencetus perubahan. Sesungguhnya Umat Islam adalah umat yang sentiasa berada pada paras kecemerlangan dan kehebatan yang tertinggi. Kita senada mengatakan bahawa Islam adalah agama yang tertinggi dan umat Islam adalah umat yang terbaik:
 
Sabda Rasulullah SAW:
 
'Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggidaripadanya'
(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari, turut diriwayatkan oleh Al-Daruuqutni dan Al-Baihaqi)
 
Beberapa perkara penting yang boleh kita manafaatkan bersama adalah seperti berikut:
 
1. Memperbaharui niat dan azam.
2. Menghayati isi kandungan al-Quran dan Al-Sunnah.
2. Berubah daripada keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik.
3. Mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan.
4. Memuhasabah dan mengkoreksi sejarah kehidupan lalu.
4. Menghayati sirah perjalanan Rasulullah SAW dan para sahabat Nabi SAW.
5. Cakna isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia seperti isu Palestin, Syria, Somalia, Yaman, dan sebagainya.
 
Kesimpulannya, bukanlah tahun baru itu menjadi persoalan, namun persoalannya apakah persediaan kita untuk menjadi masyarakat dan umat yang benar-benar bergarak dan beramal selaras dengan kehendak dan tuntutan-tuntutan Agama dan sejauh manakah kita mengoreksi dan memuhasabah segala amal perbuatan yang kita telah lakukan. Jawapan terhadap persoalan itu terletak pada jiwa dan hati anda
 
Selamat melayari lembaran baru kehidupan.Ayuh bersama mencetus perubahan!.
 
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
 
SYEIKH MUHD MUJAHID BIN SIKH NAWAWI,
Naib Presiden III,
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011