PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Saturday, February 25, 2012

HARI KELUARGA BERLANGSUNG MERIAH

KAHERAH, 18 0ktober - Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir telah berjaya menganjurkan satu program tahunan HARMONI ‘12 yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 Februari hingga 18 Februari 2011.
     Program dimulakan dengan ucapan majlis perasmian  oleh saudara Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM 2011 dan turut dihadiri oleh Encik Rosli bin Awang; Penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu Mesir bertempat di Dewan Darul Iman.
  “Anok Beranok Guane Ngak” menjadi tema HARMONI ‘12 sesuai dengan objektifnya yang lebih menekankan kepada ikatan ukhwah anak-anak Terengganu di bumi Mesir samada pengajian islam mahupun perubatan.
   Pelbagai aktiviti menarik disusun bagi memeriahkan lagi program. Antaranya acara dewan, acara padang dan sukaneka. Turut diadakan persembahan kebudayaan yang merangkumi nasyid, lakonan serta boria. Pada malamnya program diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu Mesir.
    Program yang diadakan selama tiga hari dua malam ini berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar perubatan mahupun pengajian Islam sekaligus merealisasikan objektif HARMONI  ‘12 pada tahun ini iaitu untuk menyatukan seluruh anak-anak Terengganu dibawah naungan KPT Mesir.
   Semoga dengan anjuran program seperti ini akan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan yang terjalin  serta menjayakan tema HARMONI ‘12 ; “Anok Beranok Guane Ngak”.