PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Friday, March 8, 2013

JEJAK MAWADDAH ERATKAN UKHUWWAH





KAHERAH, 6 Mac 2013- Jejak Mawaddah siri II diteruskan lagi dengan kunjungan warga ahli HEWI KPT Mesir ke rumah pasangan Puan Nurul Balqis binti Kusnin dan Encik Kamal bin Mansor. Aktiviti bulanan HEWI KPT Mesir ini diadakan bertujuan untuk merapatkan jurang di antara ahli HEWI KPT Mesir yang sudah dan belum berkeluarga disamping megeratkan lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.

Antara agenda yang dimuatkan dalam program ini adalah sesi taaruf, ucapan daripada tuan rumah, ucapan raisah, penyerahan cenderahati dan jamuan ringan. Raisah HEWI KPT Mesir, Ustazah Siti Aminah binti Ismail di dalam ucapannya mengingatkan para hadirin agar tidak lupa objektif sebenar Jejak Mawaddah ini diadakan.

Semoga usaha murni Unit Kebajikan HEWI KPT Mesir dalam menganjurkan aktiviti Jejak Mawaddah ini berjaya merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan, selari dangan tuntutan Islam yang mementingkan kesatuan ukhuwwah antara penganutnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara”.