
Kerjasama yang baik daripada PMRAM dan EME diteruskan oleh setiap generasi pimpinan PMRAM sekaligus membuktikan bahawa peranan PMRAM dalam memastikan kebajikan mahasiswa Islam terjaga terutama berkenaan dengan akademik bersama pihak EME.
Pertemuan ini dihadiri oleh Prof. Dr. HJ Su’aidi bin Dato’ Hj Safei yang merupakan Pengarah EME, En.Zulkifli bin Din, Atase Pendidikan dan turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah ASP En.Hashim bin Man, Assistant Security Liaison Officer, KBMK.
Kunjungan sekitar dua jam ini telah membincangkan beberapa usul penting yang melibatkan pelajar, antaranya ialah berkenaan Imtihan Qabul ( Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar ) bagi mendapat penjelasan sendiri daripada Pengarah EME berhubung dengan perkara tersebut.

PMRAM terus komited dalam memastikan hubung baik antara PMRAM dan pihak Kedutaan, khususnya EME dalam soal pendidikan.
“PMRAM bersedia bertemu dengan mana-mana pihak dalam membincangkan hal yang berkaitan kemaslahatan pelajar, khususnya hal yang memberi manfaat kepada ahli PMRAM. Kita juga mengharapkan generasi graduan Mesir terus berkesinambungan sekalipun pelajar Malaysia terpaksa menghadapi beberapa siri ujian dan tapisan untuk datang ke Mesir. Kita percaya makin susah ujian yang di lalui, makin berkualiti hasil yang diperolehi,” ujar Presiden PMRAM 2012 Saudara Abdul Aziz bin Ali usai pertemuan tersebut.