PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, November 18, 2010

Kembara Rabitah Eratkan Ukhuwah

ABBASIAH, 14 November – Bagi menyahut dan menjayakan salah satu pembawakan yang telah ditekankan oleh Unit Biah Solehah PMRAM iaitu Tautan Ukhuwah, HEWI KPT di bawah Unit Dakwah telah menganjurkan satu program bagi mengeratkan hubungan silaturrahim ahli iaitu ‘Kembara Rabitah’. Program ini bertujuan untuk membawa ahli yang berada di Kompleks Darul Iman untuk menziarahi ahli yang berada di rumah sewa sekitar Kaherah. Antara objektif program adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan ahli serta memupuk biah solehah dalam diri mereka. Rumah pertama yang berjaya dijejaki oleh rombongan Kembara Rabitah ialah ke rumah ahli perubatan Universiti Ain Syams yang tinggal di sekitar Abbasiah. Rombongan tersebut disertai oleh 16 orang ahli telah bertolak ke sana pada jam 1.15 petang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit itu selamat tiba jam 2.00 petang dan disambut baik oleh ahli perubatan yang berada di sana. Mereka telah berkumpul di sebuah rumah ahli untuk mengadakan perjumpaan dan menjayakan objektif program ini. Majlis yang dipengerusikan oleh tuan rumah tersebut, Doktor Nurul Farhana Ismail itu dimulakan dengan sesi taa’ruf ahli KPT bagi memperkenalkan ahli KPT. Naib Pengerusi HEWI, Ustazah Tengku Fathimah binti Tengku Hashim juga tidak ketinggalan memperkenalkan saf kepimpinan HEWI KPT sesi 2010/2011 serta menerangkan serba sedikit bidang tugas setiap unit HEWI. Seterusnya, majlis telah membuka peluang kepada ahli untuk mengutarakan sebarang cadangan atau permasalahan yang dihadapi. Sebelum majlis berakhir, Naib Pengerusi HEWI KPT telah menyampaikan sedikit cenderahati kenang-kenangan daripada saf kepimpinan HEWI KPT kepada tuan rumah di atas sambutan baik terhadap kunjungan rombongan tersebut. Majlis berakhir jam 4.00 petang dengan sedikit jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Pihak HEWI KPT merakamkan jutaan penghargaan di atas segala komitmen yang diberikan.

Saturday, November 13, 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDILADHA 1431H



Friday, November 12, 2010

JAULAH KE ABU 'ILA

10 NOV – Sempena menyambut kedatangan musim sejuk, Bendahari HEWI KPT merangkap Unit Sambutan & Rehlah telah menganjurkan jaulah ke Abu Ila’ khas untuk pelajar-pelajar baru bagi mencari barang keperluan sebagai persediaan menghadapi musim sejuk. Jaulah ini telah disertai seramai lebih kurang 56 orang terdiri daripada kalangan pelajar pengajian islam dan perubatan. Sebanyak 4 buah tremco yang telah disediakan oleh penganjur yang mana salah satu daripadanya bertolak dari Sayyidah Zainab untuk mengambil pelajar perubatan yang tinggal di sana. Rombongan ini telah bertolak pada jam 4.30 petang. Setibanya di sana, peserta menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum membeli-belah. Sebelum bergerak, peserta juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan musyrif untuk mengawal keselamatan para peserta. Terdapat banyak pilihan baju sejuk yang dijual disana sehingga menyebabkan pelajar-pelajar baru rambang mata untuk memilih. Mereka telah dibantu oleh pelajar-pelajar senior untuk tawar-menawar harga dan supaya tidak ditipu oleh peniaga arab. Setelah selesai mencari barang keperluan,para peserta telah berkumpul pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan. Rombongan ini telah bertolak pulang seusai jam 11 malam. Walaupun mereka kelihatan kepenatan, namun di sana terdapat kepuasan di hati mereka kerana dapat membuat persediaan untuk menghadapi musim sejuk.


sekadar gambar hiasan

Thursday, November 4, 2010

Roadshow Gempur Syakhsiah



Roadshow Gempur Syakhsiah kini di Haiyyu Asyier. Ayuh sama-sama ke Dewan Asrama Darul Iman bagi memeriahkan lagi program gabungan Terengganu, Kedah dan Pahang, melibatkan 3 unit utama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM iaitu Unit Hisbah, Unit Bait Muslim dan Unit Biah Solehah.

Tempahan Binatang Korban sempena Aidiladha 1431H



Tempahan untuk haiwan korban sempena Hari Raya Aidiladha kini telah dibuka untuk semua. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan binatang korban bolehlah menghubungi Ust Ahmad Muzani ditalian +2011-759 5875 bagi ikhwah manakala bagi akhowat boleh menghubungi Ustazah Nur Farhana bt Hanafi di talian +2011-645 2606. Tarikh tutup tempahan adalah 12 November 2010.

Wednesday, November 3, 2010

FORUM SISWA : KULIAH vs PERSATUAN




PMRAM Sambut TYT Duta Besar Malaysia-Mesir



KAHERAH, 30 Okt - Lapangan Terbang Antarabngsa Kaherah semalam telah menerima tetamu yang istimewa setelah setahun kerusi TYT Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir dikosongkan. Ketibaan TYT Prof. Dr Fakhruddin Abdul Mukti dilapangan terbang telah disambut oleh kakitangan pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah serta kakitangan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pada awal jam 10 pagi.

Deligasi dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang diketuai oleh Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Timbalan Presiden, Saudara Mohd Zuhaili Saiman dan Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias turut bersama-sama menyambut kedatangan TYT Duta yang baru bersama keluarga.

Hampir 2 jam penantian kakitangan kedutaan dan deligasi dari PMRAM menunggu dari pintu luar VIP, namun dengan pertemuan yang singkat dilapangan terbang tersebut diambil kesempatan sebaiknya untuk berramah mesra dengan TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin.

Sebelum itu, pihak PMRAM telah mengucapkan tahniah dan selamat datang ke bumi anbiya' kepada TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukti atas lantikan beliau sebagai TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru bagi menggantikan TYT Duta Dato' Zainal Abidin Abd. Kadir.
TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru amat terharu dengan kehadiran kakitangan KBMK, JPMK dan PMRAM serta beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan yang dilakukan dilapangan terbang tersebut serta aktiviti yang dilakukan untuk sambutan kedatangan beliau ke bumi Mesir ini.