PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Tuesday, May 31, 2011

IMTIHAN : SALAM MUJAHADAH

Assalamu`alaikum wa rahmatullah,

Segala puji bagi Allah Ta`ala yang mengurniakan kita kelebihan meneruskan pengajian di Bumi Anbiya’ yang penuh berkat ini. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia; Nabi Muhammad sollallahu`alaihiwasallam yang diutuskan oleh-Nya sebagai rahmat untuk sekalian alam.

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) menyeru kepada seluruh mahasiswa Terengganu supaya memberi tumpuan yang sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang sedang dan bakal menjelang nanti.

Sesungguhnya imtihan adalah merupakan wasilah untuk mencapai kejayaan dan mengukur tahap pencapai akademik setiap pelajar. Namun begitu, kita tidak seharusnya lupa dengan matlamat dalam menuntut ilmu. Ilmu yang dimiliki perlulah disampaikan dan diamalkan sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam.

Selain itu, mahasiswa Islam perlu bijak dalam mendisiplinkan pengurusan masa agar keseimbangan tanggungjawab sebagai hamba Allah Ta`ala dan hubungan sesama manusia tidak terabai.

Kita juga harus meletakkan segala ketentuan adalah kurniaan daripada yang Maha Agung. Justeru itu, bertawakkallah kepada-Nya setelah penat berusaha.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami dari urusan kami dengan petunjuk yang lurus

Pihak KPT Mesir sentiasa komited bagi memastikan kebajikan dan kecemerlangan mahasiswa diberi perhatian. Oleh itu, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan bagi membantu mahasiswa untuk terus berjaya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Semoga dengan imtihan yang ditempuhi akan menghasilkan kecemerlangan dalam keputusan nanti dan yang lebih utama menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

Selamat berimtihan!

Sekian, wassalam.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU DAN BERAMAL”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2010/2011

Pejabat KPT, Kompleks Darul Iman,
Hayyu Asyir, Kaherah.

MALAM TAUJIHAT MUMTAZ MENDAPAT SAMBUTAN

KAHERAH 28 MEI 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah berjaya mengadakan Malam Taujihat Mumtaz. Majlis yang berlangsung di Dewan Darul Iman tersebut telah dianjurkan di bawah seliaan Biro dan Unit Akademik KPT Mesir.

Malam Taujihat Mumtaz adalah kesinambungan daripada Ceramah Motivasi ‘Nahnu Mumtazun’ (MANIZ `11) PMRAM Pusat yang diadakan baru-baru ini.

Taujihat tersebut telah disampaikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Muhamad Mohkri bin Ibrahim yang merupakan ahli bersekutu Terengganu dan salah seorang mahasiswa kuliah Usuluddin, syukbah tafsir, Dusuq.

Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Afuza bin Idiris dan ia telah menarik minat mahasiswa Islam Terengganu untuk turut serta bagi menjayakannya.

Munurut penceramah, matlamat asal kita menuntut ilmu sama ada mahu atau tidak mahu, wajib menuntut ilmu (fardhu `ain). Ini adalah kerana untuk membasmi kejahilan dalam diri manusia, beramal dengan ilmu dan menyampaikan kepada orang lain selepas mendapat ilmu tersebut.

Selain itu, beliau juga turut berkongsi beberapa tip atau kaedah untuk mencapai kejayaan dalam menuntut ilmu, antaranya:-

  • Menguasai bahasa pengantar dalam bidang masing-masing (sama ada bahasa arab [pengajian Islam] atau bahasa inggeris [perubatan] dari segi pertuturan dan penulisan).
  • Sistematik dalam pembelajaran harian (ulangkaji pelajaran sebelum dan selepas pengajian, hafal setiap perkara yang perlu dihafal dll).
  • Membantu agama Allah (berusaha supaya setiap hari perlu ada apa-apa sumbangan untuk Islam).
  • Berusaha membantu sahabat-sahabat dalam pembelajaran.
  • Selalu berdoa dan bermunajat kepada Allah (terutama pada waktu-waktu yang mustajab dan perlu juga doa [bi zohril ghaib] untuk sahabat-sahabat).
  • Saat-saat akhir untuk menghadapi peperiksaan (keadaan mesti tenang, solat sunat hajat sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, jangan meniru atau ditiru dll).

Mahasiswa Islam juga menurut beliau, perlu menjadi agen pengubah dalam masyarakat apabila pulang ke tanah air nanti dengan matlamat mendaulatkan agama Islam yang tercinta.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar.

Pihak KPT Mesir komited dengan agenda kebajikan mahasiswa dan berharap dengan berlangsungnya Malam Taujihat Mumtaz tersebut, dapat meningkatkan semangat serta kesedaran mahasiswa Islam untuk terus cemerlang dalam bidang akademik .

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Malam Taujihat Mumtaz KPT Mesir 2011.

Sunday, May 29, 2011

KPT MESIR LANCARKAN TABUNG DANA BANTUAN BKKIMM

Kaherah, 28 Mei 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah melancarkan tabung dana bantuan untuk Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua KPT Mesir, Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar dengan diiringi Ketua Biro Kebajikan KPT Mesir, Saudara Mohd Farezuan bin Mat Azahar.

Hasrat pihak KPT Mesir melancarkan tabung tersebut adalah bagi membuka ruang kepada ahli-ahli yang prihatin dengan penafian hak ke atas BKKIMM untuk sama-sama menyalurkan bantuan

Terdahulu Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim selaku Naib Setiausaha KPT Mesir telah memaklumkan bahawa pihak KPT Mesir juga telah memutuskan di peringkat mesyuarat Exco KPT Mesir akan menyalurkan sumbangan kepada BKKIMM.

Kepada mahasiswa yang ingin menyalurkan sumbangan, anda boleh berhubung terus melalui:-

1) Saudara Mohd Farezuan bin Mat azahar

  • Ketua Biro Kebajikan
  • +20143877883

2) Saudari Shazazierra binti Sharif

  • Ketua Unit Kebajikan
  • +2011-2871396

TERATAK IMPIAN :TAHNIAH BUAT PEMENANG

28 Mei 2011 – Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang pertandingan ‘Teratak Impian’ yang dianjurkan di bawah Biro dan Unit Perumahan KPT Mesir.

Majlis penyampaian piala pusingan kepada pemenang pertandingan telah diadakan di Dewan Darul Iman setelah selesai majlis ‘Malam Taujihat Mumtaz’.

Pertandingan ‘Teratak Impian’ telah dimenangi oleh Rumah 401 (Ikhwah) dan Rumah 503 (Akhawat).

Penyampaian piala pusingan peringkat ikhwah telah disampaikan oleh Anggota Badan Penasihat KPT Mesir; Saudara Nik Rosdi bin Nik Jusoh dan diiringi Ketua Biro Perumahan KPT Mesir.

Pemenang di peringkat akhawat telah pula telah disampaikan oleh Saudari Tengku Fathimah binti Tengku Hashim selaku Naib Pengerusi HEWI KPT Mesir dan diiringi Ketua Unit Perumahan KPT Mesir.

Ketua Biro Perumahan KPT Mesir, Saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama.

Matlamat daripada penganjuran pertandingan ini adalah bagi menerapkan nilai-nilai ukhuwah dalam kalangan ahli rumah dan menanam sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan serta keceriaan sejajar dengan tuntutan Islam.

MESYUARAT TAAKHI ZON A : KERJASAMA BUKTI KESATUAN

KAHERAH, 28 Mei 2011 – Mesyuarat PMRAM cawangan peringkat taakhi zon A telah diadakan dengan jayanya bertempat di rumah Perlis.

Antara wakil taakhi PMRAM cawangan peringkat zon A yang hadir ialah BKAN Terengganu, Perak, Perlis dan DPM Dumyat. Namun DPM Mansurah tidak dapat hadir kerana ada keuzuran.

Bagi BKAN Terengganu telah diwakili Yang Dipertua KPT, Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid yang merupakan Bendahari Kehormat PMRAM Pusat sebagai wakil kepimpinan PMRAM Pusat.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan isu kebajikan mahasiswa dan permasalahan yang berlaku diperingkat BKAN. Isu penafian hak keatas BKKIMM turut mendapat perhatian ahli mesyuarat yang sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan.

Selain itu, mesyuarat telah bersetuju untuk melantik BKAN Perlis untuk mengetuai taakhi PMRAM cawangan bagi zon A.

Semoga pertemuan ini dapat merapatkan lagi ukhuwah dan memberi kekuatan penyatuan mahasiswa di Mesir sebagaimana saranan yang dibuat oleh PMRAM Pusat agar meningkatkan kerjasama demi kebajikan mahasiswa.

Saturday, May 28, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MANTAN AJKT KPT MESIR

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan Saudara Ahmad Khairuddin Mohd Zaki (mantan AJKT KPT) & pasangan beliau; Saudari Umi Sa’adah yang telah melangsungkan perkahwinan mereka.

Pihak KPT Mesir mendoakan semoga ikatan yang dipateri dengan dasar syariat Islam yang adil dapat membahagiakan hingga ke akhirat nanti

Sunday, May 22, 2011

LIQA' AMALI GABUNGAN MERIAH

KAHERAH, 20 mei 2011- Bersempena minggu muzakarah berkelompok amali, Unit Dakwah HEWI KPT dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan KPT telah menganjurkan Liqa’ Amali Gabungan bertempat di Nadi Syabab Muthallas.

Antara objektif program ini dianjurkan ialah mengeratkan ukhuwwah antara ahli HEWI disamping merehatkan minda setelah penat membuat persediaan bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan Ketua Unit Dakwah, Saudari Nuraini binti Abdullah dan Timb Jabatan Fasilitator, Saudari Nadiah binti Remli sekaligus dirasmikan oleh penasihat hewi Saudari Fatimah Salwani Abdullah. Program dimeriahkan dengan kehadiran ahli perubatan dan mutazawwijah.

Aktiviti utama liqa’ gabungan kali ini ialah perlawanan bola jaring antara kumpulan muzakarah berkelompok dan diselitkan juga acara sukaneka sebagai aktiviti sampingan . Program ini diserikan dengan pertukaran hadiah antara ahli-ahli yang ditaakhikan. Majlis penutup dimuatkan dengan penyampaian anugerah kumpulan muzakarah berkelompok terbaik, kumpulan muzakarah berkelompok terunggul dan anugerah fasilitator terbaik bagi sesi 2010/2011 serta penyampaian cenderahati kepada semua ahli dan berakhir pada jam 11 pagi.

Thursday, May 19, 2011

MAKLUMAN PENYERAHAN ZAKAT MAIDAM TERENGGANU 2011


Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berkenaan penyerahan zakat seperti berikut:-

1. MAIDAM akan memaklumkan kepada Ibu bapa/penjaga pemohon yang telah diluluskan permohonan mereka untuk menghadiri majlis penyerahan zakat yang akan diadakan pada akhir bulan Mei 2011.

2. Penyerahan zakat akan dibahagikan sebanyak satu perdua daripada jumlah penuh (RM 5,000) dan secara penuh untuk yang mendapat jumlah separuh sahaja.

3. Baki daripada jumlah zakat penuh (RM 5,000) akan dibahagikan pada waktu yang akan dimaklumkan kemudian oleh pihak MAIDAM.

Pihak KPT Mesir akan memaklumkan maklumat yang disampaikan daripada pihak MAIDAM melalui Web Rasmi KPT Mesir.

Semoga dengan makluman yang diberikan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada seluruh mahasiswa/wi Islam Terengganu yang telah membuat permohonan zakat 2011.

Segala kerjasama dan perhatian semua, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

Sekian, wassalam.

“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”

“BERILMU DAN BERAMAL”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2010/2011

Pejabat KPT, Kompleks Darul Iman,
Hayyu `Asyir, Kaherah.

Tuesday, May 17, 2011

KELAS TAFAQQUH - BIRO AKADEMIK KPT MESIR


Unit Tafaqquh & Pendidikan di bawah Biro Akademik KPT Mesir sesi 2010/2011 sedang menganjurkan kelas tafaqquh untuk ahli-ahli yang amat dahagakan ilmu agama.

Jadual kelas pengajian tersebut adalah seperti berikut:-

1. Kitab Hidayah as-Sibyan | Pengajar : Ustaz Ahmad Kamal Hafizullah | Hari : setiap Isnin malam Selasa | Masa : selepas solat maghrib.

2. Kitab Fiqh as-Sunnah | Pengajar : Ustaz Alif Mahari | Hari : setiap hari kecuali Jumaat | Masa : selepas solat subuh.

Pengajian diadakan di Surau Darul Iman, Asrama Pelajar Terengganu, Hayyu 10, Kaherah. Semua ahli dijemput hadir ke salah sebuah taman-taman syurga!!

TERIMA KASIH BUAT WARGA PENDIDIK

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengambil kesempatan sempena sambutan hari guru bagi mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat seluruh warga pendidik.

Sesungguhnya peranan dan tugas yang dijalankan oleh warga pendidik adalah sangat besar dan mulia. Mereka bertanggungjawab mendidik, mengasuh, membentuk akhlak dan keperibadian muslim selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah -sallallahu alaihi wasallam- bersabda:-

“Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Justeru itu, seharusnya kita perlu menghargai peranan ikhlas mereka bagi membentuk masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia. Adab kita dengan warga pendidik yang telah banyak menabur bakti demi memastikan anak didik yang diasuh berjaya di dunia dan akhirat.

Sempena Sambutan Hari Guru kali ke-40 dengan Tema Hari Guru 2011 “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”, kami doakan agar jasa yang dicurahkan oleh warga pendidik dibalas oleh Allah SWT dengan balasan yang baik. Terima kasih atas perjuangan kalian yang tidak ternilai harganya. Jasa dan pengorbanan ini akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat. “Selamat Menyambut Hari Guru!”, “Terima Kasih Cikgu!”.

LIQA’ MAHABBAH : KUKUHKAN AGENDA KEBAJIKAN DAN DAKWAH


15 Mei 2011 : Majlis Liqa’ Mahabbah antara Pimpinan KPT Mesir bersama Badan Pengurus dan HEWI Angkat PMRAM Cawangan Terengganu telah berlangsung dengan penuh mesra. Liqa’ tersebut dihadiri oleh Naib Presiden II PMRAM Pusat; Saudara Solehuddin bin Mohd Safien, BP dan HEWI Angkat KPT Mesir serta AJKT dan HEWI KPT Mesir.

Liqa’ tersebut adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara Pimpinan KPT Mesir dengan BP Angkat baru iaitu Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi yang memegang portfolio Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM. Manakala HEWI Angkat pula ialah Saudari Nor Akmaizan binti Yusof yang memegang jawatan sebagai Setiausaha HEWI PMRAM bagi sesi 2011 ini.

Liqa’ yang berlangsung hampir dua jam tersebut dimulakan dengan sesi ta`aruf antara Pimpinan KPT Mesir dan Pimpinan PMRAM Pusat. Seterusnya ucapan aluan daripada YDP KPT Mesir yang menyatakan komitmen KPT Mesir bagi membantu PMRAM dalam meneruskan agenda kebajikan dan dakwah kepada mahasiswa Islam Mesir.

Liqa’ itu diteruskan dengan ucapan dan harapan daripada BP dan HEWI Angkat yang menyatakan hasrat mereka kepada KPT Mesir untuk sesi kali ini. Beliau juga banyak menekankan agar pada sesi ini hubungan erat antara KPT Mesir dan PMRAM Pusat terus terjalin dengan eratnya.

Dalam pertemuan tersebut juga, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan survival KPT Mesir dan PMRAM Pusat serta isu kebajikan mahasiswa Terengganu.


Liqa’ tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YDP KPT Mesir kepada Badan Pengurus dan HEWI Angkat bagi PMRAM Cawangan Terengganu. Semoga majlis yang diadakan dapat memperkukuhkan lagi hubungan baik dua pihak dan menjayakan agenda dakwah Islam.

Pihak KPT Mesir mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat PMRAM Pusat atas usaha yang jitu demi memartabatkan kesatuan mahasiswa Islam Mesir.

Saturday, May 14, 2011

DISKUSI MENGERATKAN UKHUWWAH


KAHERAH 12 MEI 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah berjaya mengadakan Majlis Diskusi Kitab “Attaakhi Baina Muslimin”. Ianya berlangsung di Dewan Darul Iman dianjuran dibawah seliaan Biro Akademik Dan Biro Dakwah KPT.

Diskusi kitab ini telah dikupas secara mendalam oleh Pendiskusi Kitab iaitu Al-Fadhil al-Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim yang merupakan mantan Penasihat PMRAM sesi 2010 dan juga penasihat BKAN Kelantan sesi 2010/2011. Majlis ini telah menarik minat kebanyakkan mahasiswa Islam yang berada di sekitar perlembahan Nil, Kaherah.

Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Hafiza Bin Mat Noor telah dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah. Ianya diteruskan dengan pembentangan oleh Al-Ustaz Muhammad Abdul Malik untuk meneruskan lagi kefahaman dalam Kutaib (kitab Kecil) berkenaan.

Bagi menarik minat pendengar, Pendiskusi Kitab membawakan isu-isu semasa yang berlaku di Mesir, antaranya semua nama-nama yang tertulis Hosni Mubarak (Presiden Mesir sebelum ini) telah ditukar kepada nama-nama islam contohnya nama Syuhada’ dan banyak lagi.

Selepas itu, Ust Malik menerangkan definisi Attaakhi (saudara) dalam makna yang tersurat dan tersirat.Takrifan salah satunya Imam Assyahid Hasan Al-Banna semoga Allah merahmatinya berkata:

وأريد بالأخوة: أن ترتبط القلوبُ والأرواحُ برباط العقيدة، والعقيدة أوثق الروابطِ وأغلاها، والأخوَّة أخت الإيمان، والتفرُّقُ أخو الكفر، وأول القوة قوة الوحدة، ولا وِحْدَةَ بغير حب، وأقل الحب سلامة الصدر، وأعلاه مرتبة الإيثار

“Yang sangat maksud dengan ukhuwah adalah: mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kokoh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar.

Selain itu, buku Attaakhi Baina Muslimin ini membincangkan bahawa Persaudaraan ini dapat menyelamatkan daripada binasa angkara perbalahan dan pertelingkahan sesama sendiri dan juga krisis peribadi anggota masyarakat. Sekaligus ianya membina kasih sayang diantara satu sama lain dan mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah mengikis prasangka dan su’ zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi kerana persaudaraan merupakan saudara persatuan dan terapi bagi keterpurukan dan kehancuran, sedangkan perpecahan merupakan saudara kekufuran.

Semasa Diskusi kitab itu juga, Saudara Ustaz Malik menyeru supaya kepada mahasiswa/wi Islam merenung kembali sejarah yang berlaku ke atas umat Islam di Yaman, Palestin , Syria dan lain-lain lagi. Sebelum pergi lebih jauh, Ustaz Malik mengajak semua melihat kepada diri sendiri dahulu mengenai persaudaraan ini.

Selain itu juga, Pendiskusi Kitab mengatakan bahawa saudara yang jujur adalah yang melihat saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri dan mengajak mahasiswa/wi Islam yang merupakan ahli pendokong PMRAM bagi menjayakan usul Muktamar PMRAM 2010 iaitu bersama mempertahankan BKAN Melaka (BKKIMM) dari sudut tenaga dan lain-lain.

Sebagai penutupnya, harapan beliau agar ini menjadi satu wadah untuk merapatkan ukhuwwah serta menjalin kasih sayang sesama ahli khususnya anak-anak Terengganu di Mesir. Tambahan pula mengembalikan keIzzahan Mahasiswa/wi Islam Al Azhar dengan mengambil sesuatu dari sumber yang sebenar .

Selepas itu, Majlis penuh Ilmiah ini kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pendiskusi Kitab, al-Ustaz Muhammad Abdul Malik dan diteruskan dengan solat Isyak. KPT mengharapkan dengan berlangsungnya diskusi kitab Attaakhi Baina MuAslimin dapat mengeratkan lagi ukhuwwah Islamiyyah di antara agamawan dan pelajar perubatan. KPT sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Diskusi Kitab Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir sesi 2010/2011.

UCAPAN PRESIDEN PMRAM 2011


Assalamualaikum WBT..

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Muhammad SAW, penghulu segala rasul dan nabi, serta ke atas keluarga baginda, para sahabat, dan para pemegang panji agama Allah SWT. Kini kepimpinan PMRAM sesi 2011 memulakan pentadbiran selepas berlabuhnya tirai bagi pentadbiran sesi lepas pada 4 mei yang lalu.

Di peringkat PMRAM, kita masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu Kemantapan Fikrah, Membinan Syakhsiah yang menekankan 2 agenda yang besar dalam pembawakan PMRAM iaitu fikrah dan syakhsiah. Pengekalan tema ini menunjukkan PMRAM pada sesi ini begitu optimis dalam meneruskan kesinambungan gerak kerja yang lalu dalam memastikan agenda fikrah yang jelas dalam disampaikan ke seluruh mahasiswa/wi Islam bagi pembentukan syakhsiah yang mantap. Sehubungan itu, penerapan kitab-kitab dan pengetahuan berkenaan fikrah akan terus ditekankan di seluruh peringkat.

Mahasiswa/wi Islam sekalian,

Antara rahsia PMRAM masih lagi gah bergerak meneruskan kesinambungannya yang agung selama 81 tahun adalah disebabkan istiqamah para pemimpin serta pendokong PMRAM dalam menyampaikan agenda dakwah kepada seluruh mahasiswa/wi Islam. PMRAM yang diakui sebagai gerakan mahasiswa Islam di Mesir merupakan medium utama dan layak bagi memastikan kefahaman Islam yang syumul dicernakan kepada diri mahasiswa/wi Islam. Program-program yang dilaksanakan adalah berdasarkan 3 ketetapan utama iaitu menonjolkan imej Islam, kesatuan ukhwah dan kebajikan ahli. Ini menunjukkan setiap program yang dilaksanakan di setiap peringkat samada pusat mahupun cawangan adalah untuk memastikan mendidik ahli untuk bersama-sama bekerja di jalan Allah SWT.

Selain itu, pihak PMRAM terus komited dalam konteks pendidikan dan akademik ahli PMRAM khasnya. Kita akan memastikan sasaran kecemerlangan akademaik sebagai senjata utama akan terlaksana secara menyeluruh. Pada sesi lepas, PMRAM mengadakan kembali HEMAT (Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir) bagi menghidupkan suasana ke arah pendidikan yang lebih tinggi iaitu Master, samada di Mesir atau di Malaysia. Bahkan PMRAM turut memulakan langkah awal dengan memperkenalkan PTD (Pegawai Tinggi Diplomatik) kepada mahasiswa/wi Islam yang disampaikan sendiri oleh pihak kedutaan.

Hal ini demikian adalah untuk membuka minda para lepasan Azhari dalam bidang kerja yang boleh disumbangkan. Pendidikan merupakan agenda utama PMRAM sebagai persatuan mahasiswa/wi Islam. Melalui Badan Pendidikan Dan Komunikasi, perancangan sepanjang tahun yang teratur telah disusun rapi seperti kelas tutorial, study group, senat fakulti dan motivasi kecemerlangan. Bahkan demi memastikan kelancaran akademik mahasiswa/wi Islam, PMRAM terus menjalinkan hubungan baik dengan beberapa pihak seperti Universiti Al-Azhar, WAAG dan beberapa pihak terbabit.

Wahai generasi yang berintergriti,

Isu hak dan maruah, kita tetap akan memperjuangkan dengan sepenuh usaha dan keringat kita bersama. Pada sesi lepas, satu usul yang telah disepakati dalam mendesak beberapa pihak berwajib agar lebih berintergriti dalam urusan kebajikan mahasiswa/wi Islam telah pun dijalankan dengan sebaiknya. Namun begitu, isu demi isu yang merobek intergriti dan hak mahasiswa/wi Islam kini rakus dijalankan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Isu hari ini yang kita terus memperjuangkan yang telah dibahaskan oleh semua perwakilan dalam muktamar PMRAM kali ke-78 adalah Bersama Mempertahankan BKAN Melaka. Usul ini merupakan usul yang besar. Semua peringkat mesti bergerak selari dan bersama-sama bagi menjamin BKAN Melaka terus bergerak walaupun hak mereka terus dinafikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita tidak mahu lagi hak kita terus dinafikan sebagaimana BKAN Negeri Sembilan yang kini semakin sepi dengan PMRAM bahkan terus menyendiri daripada negeri-negeri yang lain, ARMA yang kini terus dijajah oleh pihak yang rakus dan terus menzalimi PMRAM selama 18 tahun. PMRAM saban tahun terpaksa menghabiskan lebih LE 20000 setahun semata-mata menanggung sewa pejabat ekoran pejabat milik PMRAM di ARMA dinafikan apabila PMRAM diusir dengan beberapa alasan yang direka cipta.

Kitalah yang bertanggungjawab,

Justeru, PMRAM menyeru semua mahasiswa/wi Islam untuk bersama-sama dengan PMRAM yang merupakan gerakan mahasiswa/wi Islam dalam melaksanakan semua agenda yang diperjuangkan. PMRAM bukanlah milik Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, akan tetapi PMRAM adalah amanah ke atas semua mahasiswa/wi Islam yang mengakui memperjuangkan Islam.

Bangkit wahai generasi berintegriti!

Laksanakan tugas dan jalankan amanah bersama. Akhir bicara, pastikan 2 usul yang telah disepakati bersama dalam muktamar yang lalu digerakkan oleh semua pihak agar perbahaskan yang telah dijalankan tidak menjadi tin kosong. Usah dilupai hak kita dan jasa mereka kerana kita adalah penyambung kesinambungan generasi terdahulu bagi melahirkan pelapis generasi hadapan untuk memperjuangkan Islam.

Bangkitlah generasi berintergriti!

“Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah”

Muhamad Zuhaili Saiman
Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Tuesday, May 10, 2011

KELAS TAFAQQUH - BIRO AKADEMIK KPT MESIR


Unit Tafaqquh & Pendidikan di bawah Biro Akademik KPT Mesir sesi 2010/2011 telah mengadakan kelas tafaqquh untuk ahli-ahli yang amat dahagakan ilmu agama. Kitab yang akan diajar oleh al-Fadhil al-Ustaz Ahmad Kamal Hafizullah adalah kitab Hidayah as-Sibyan. Kelas tersebut diadakan pada setiap hari Isnin malam Selasa, bermula selepas solat maghrib di Surau Darul Iman, Asrama Pelajar Terengganu, Hayyu 10, Kaherah. Semua ahli dijemput hadir ke salah sebuah taman-taman syurga!!

KEPIMPINAN HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI) PMRAM 2011


TIMBALAN PENGERUSI
Nurain binti Yaacob
+2011-7737821
aienzz@yahoo.com.my
HEWI ANGKAT : Negeri Sembilan

NAIB PENGERUSI HEWI 1

( Ketua Unit Perancang & Panitia HEWI )

Siti Fathiyah binti Mohd Razi
+2011-3229863
ukhti_jundullah87@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Melaka

NAIB PENGERUSI HEWI 2
( Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan HEWI )
Nurul Hasanah binti Yahuza
+2011-2415652
HEWI ANGKAT : Johor

NAIB PENGERUSI HEWI 3
( Lajnah Muhafazah )
Atiyqah binti Yusoff
+2011-8518925
atiyqahyusoff@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Pahang & Semua Muhafazah

SETIAUSAHA HEWI
Noor Akmaizan binti Yusof
+2011-8518847
nur_imansolehah@yahoo.com.my
HEWI ANGKAT : Terengganu

TIMBALAN SETIAUSAHA HEWI
Suhana binti Idris
+2011-0095211
cintaislam79@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Pahang

NAIB SETIAUSAHA HEWI
( Ketua Unit Pendaftaran HEWI )
Nurlida binti Kelima
+2011-8518901
missnurlida@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Johor

BENDAHARI HEWI
Nurul Nadhirah binte Awang Mohd Nor
+2011-0889378
sufiqalb_02@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Perak

KETUA UNIT KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN HEWI
Norhashima bte Majid
+2011-3591811
ima_rohana89@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Selangor

KETUA UNIT PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA HEWI
Shazazierra binti Sharif
+2011-2871396
zie_cairo@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Perlis

KETUA UNIT PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN HEWI
Intan Soraya binti Hashim
+2014-8633432
surayahashim_87@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Kedah & Mansurah

KETUA UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN HEWI
Kamilah binti Che Razali
+2011-1770942
protzah_mleni@yahoo.com
HEWI ANGKAT : Pulau Pinang

KETUA UNIT EKONOMI HEWI
Siti Sarah binti Bushari
+2011-2286882
wardahfakhirah@yahoo.com.my
HEWI ANGKAT : Wilayah Persekutuan & Tanta

KETUA UNIT SAMBUTAN & REHLAH HEWI
Juhaida binti Abdul Hamid
+2015-22438454
iklil_misra@yahoo.com.my
HEWI ANGKAT : Melaka

KETUA UNIT KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN KEMASYARAKATAN
Nurul Arifah binti Hilmi
+2011-6918937
nurul_iefah87@yahoo.com
BP ANGKAT : Kelantan & Iskandariah