PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Thursday, May 19, 2011

MAKLUMAN PENYERAHAN ZAKAT MAIDAM TERENGGANU 2011


Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) telah dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berkenaan penyerahan zakat seperti berikut:-

1. MAIDAM akan memaklumkan kepada Ibu bapa/penjaga pemohon yang telah diluluskan permohonan mereka untuk menghadiri majlis penyerahan zakat yang akan diadakan pada akhir bulan Mei 2011.

2. Penyerahan zakat akan dibahagikan sebanyak satu perdua daripada jumlah penuh (RM 5,000) dan secara penuh untuk yang mendapat jumlah separuh sahaja.

3. Baki daripada jumlah zakat penuh (RM 5,000) akan dibahagikan pada waktu yang akan dimaklumkan kemudian oleh pihak MAIDAM.

Pihak KPT Mesir akan memaklumkan maklumat yang disampaikan daripada pihak MAIDAM melalui Web Rasmi KPT Mesir.

Semoga dengan makluman yang diberikan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada seluruh mahasiswa/wi Islam Terengganu yang telah membuat permohonan zakat 2011.

Segala kerjasama dan perhatian semua, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

Sekian, wassalam.

“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”

“BERILMU DAN BERAMAL”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT),
Sesi 2010/2011

Pejabat KPT, Kompleks Darul Iman,
Hayyu `Asyir, Kaherah.