PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, May 22, 2011

LIQA' AMALI GABUNGAN MERIAH

KAHERAH, 20 mei 2011- Bersempena minggu muzakarah berkelompok amali, Unit Dakwah HEWI KPT dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan KPT telah menganjurkan Liqa’ Amali Gabungan bertempat di Nadi Syabab Muthallas.

Antara objektif program ini dianjurkan ialah mengeratkan ukhuwwah antara ahli HEWI disamping merehatkan minda setelah penat membuat persediaan bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan Ketua Unit Dakwah, Saudari Nuraini binti Abdullah dan Timb Jabatan Fasilitator, Saudari Nadiah binti Remli sekaligus dirasmikan oleh penasihat hewi Saudari Fatimah Salwani Abdullah. Program dimeriahkan dengan kehadiran ahli perubatan dan mutazawwijah.

Aktiviti utama liqa’ gabungan kali ini ialah perlawanan bola jaring antara kumpulan muzakarah berkelompok dan diselitkan juga acara sukaneka sebagai aktiviti sampingan . Program ini diserikan dengan pertukaran hadiah antara ahli-ahli yang ditaakhikan. Majlis penutup dimuatkan dengan penyampaian anugerah kumpulan muzakarah berkelompok terbaik, kumpulan muzakarah berkelompok terunggul dan anugerah fasilitator terbaik bagi sesi 2010/2011 serta penyampaian cenderahati kepada semua ahli dan berakhir pada jam 11 pagi.