PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, September 25, 2011

KEBAJIKAN AHLI SENTIASA DIBERI PERHATIAN

Kaherah, 25 September 2011 – Seorang mahasiswa baru, Saudari Khairunnisaa binti Ibrahim dilaporkan demam dan mengalami sakit di bahagian pinggang sejak beberapa hari yang lalu.


Berikutan dengan itu, beliau ditemani suami dan Pemangku Ketua Biro Kebajikan KPT Mesir, Saudara Afuza Abdullah bin Idiris ke Hospital Zahra' bagi menjalani rawatan.


Menurut doktor yang merawat beliau, saudari Khairunnisaa dikatakan mengalami jangkitan kuman pada tahap serius.


Pihak HEWI KPT Mesir yang diketuai oleh Naib Pengerusi Hewi, Saudari Tengku Fathimah binti Tengku Hashim bersama Ketua Unit Perumahan merangkap Timbalan Pengarah USMB, Saudari Nur Farhana binti Hanafi dan beberapa orang ahli telah menziarahi beliau di kediamannya pada petang tadi bagi melihat keadaan beliau.


Justeru, Pihak HEWI KPT Mesir menasihati ahli agar sentiasa memastikan kesihatan sentiasa terjaga dan banyakkan meminum air masak agar sistem tubuh badan dapat berfungsi dengan baik..

MAHASISWA BARU DINASIHATKAN TINGKATKAN USAHA HADAPI IMTIHAN QOBUL


Kaherah, 23 September 2011- Agenda pendidikan sentiasa dititikberatkan kepada Mahasiswa Islam bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.


Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) memandang serius tentang agenda kecemerlangan pendidikan mahasiswa sejajar dengan tuntutan syariat Islam dan hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang ingin melahirkan modal insan yang gemilang.


Hanya beberapa hari sahaja lagi mahasiswa baru bakal menghadapi Imtihan qobul yang akan diadakan dalam tempoh 1 hingga 3 Oktober 2011 ini.


Justeru itu, dibawah Biro dan Unit Akademik KPT Mesir pelbagai perancangan telah direncanakan sebagai persediaan untuk mahasiswa baru menghadapi imtihan itu nanti.


Taklimat persediaan imtihan qobul, kelas bahasa arab, study group dan solat hajat adalah antara langkah yang diambil pihak KPT Mesir.


Ketua Biro Akademik KPT Mesir; Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani menyeru kepada semua mahasiswa baru agar memberikan tumpuan yang sebaiknya dan mendapatkan info terkini berkaitan imtihan qobul dari masa ke semasa daripada pihak KPT Mesir

.

Beliau juga, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PMRAM diatas usaha bagi membantu kecemerlangan mahasiswa Islam Mesir.


Pihak KPT Mesir berharap mahasiswa Islam terus menggembleng usaha dan bertawakkal kepada Allah ta’ala di dalam menggapai kecemerlangan. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita semua.

MASCUP 11' : SELAMAT BERAKSI BUAT PASUKAN TERENGGANU

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan selamat beraksi dengan baik dalam perlawanan MASCUP 11′ kepada pasukan negeri Terengganu yang dianjurkan pihak PMRAM bermula pada 24 hingga 27 September 2011.


Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan mengharapkan agar pasukan Terengganu menunjukkan disiplin dan akhlak yang baik ketika perlawanan itu nanti.


Beliau menyampaikan pesanan tersebut ketika memberikan tazkirah selepas solat isyak berjemaah di Dewan Darul Iman semalam.


Pemangku Ketua Biro Kebudayaan, Keseniaan & Sukan KPT Mesir; Saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah ketika ditemui mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyalurkan bantuan bagi membantu pasukan Terengganu.


Pihak KPT Mesir mendoakan kejayaan buat pasukan Terengganu dalam perlawanan itu nanti. Kepada mahasiswa yang ingin memberikan sokongan, digalakkan untuk hadir ke tempat perlawanan.

PENUTUP HPS KPT MESIR :MERIBAT UKHUWAH AHLI

KAHERAH, 22 September – Hari Pengetahuan dan Silaturahim KPT Mesir (HPS) 2011 yang berlangsung selama dua hari itu telah menutup tirainya pada 22 september 2011.


Majlis penutupan tersebut telah disempurkan oleh Pengarah USMB PMRAM: Saudara Nor Ahmad Wafiy bin Nor Azri.


Beliau mengingatkan mahasiswa Islam agar sentiasa memberi perhatian dengan pelajaran dan membuat persediaan imtihan qobul yang bakal ditempuhi nanti.


Turut berucap pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua KPT Mesir; saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar.


Menurut beliau, pihak KPT Mesir sentiasa mengambil perhatian tentang kebajikan mahasiswa Terengganu termasuk berkaitan pendidikan serta berharap mahasiswa sentiasa bersama PMRAM dan KPT bagi memacu kelangsungan kesatuan mahasiswa.


Timbalan Pengarah HPS 2011; saudara Syed Ma’aruf bin Syed Akil ketika menyampaikan ucapan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis itu.


Majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada mahasiswa baru dan tayangan khas sempena HPS KPT Mesir 2011.


Pihak penganjur turut menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik HPS KPT Mesir iaitu Saudara Muhammad Aliff bin Yusoff (ikhwah) dan Saudari Noor Atirah bin Adenan (akhawat).


Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi penutup HPS KPT Mesir sebagai tanda penghargaan dan jamuan.


Jamuan yang telah disediakan pada malam tersebut adalah bagi meraikan aktivis KPT Mesir yang telah memberikan komitmen dalam membantu pihak KPT Mesir.


Ianya juga bagi merapatkan lagi ukhuwah fillah dalam kalangan mahasiswa Islam Terengganu dan kesatuan dibawah naungan KPT Mesir.


Pihak KPT Mesir merakamkan sekalung tahniah buat peserta HPS KPT Mesir diatas komitmen yang diberikan dan kepada semua pihak yang telah bersunggguh-sungguh bekerja bagi memastikan kejayaannya.


Semoga Allah ta’ala memberikan pahala yang berlipat kali ganda sebagai amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat kelak dan memelihara kesatuan yang dibina sejak sekian lama demi Islam tercinta.

HPS KPT MESIR : MEMBENTUK GENERASI BERTHAQAFAH

KAHERAH, 20 September – Majlis Perasmian Hari Pengetahuan dan Silaturahim (HPS) 2011 dibawah seliaan Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) KPT Mesir telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyier.

HPS kali ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden PMRAM 2011; Saudara Abdul aziz bin Ali. Ketika menyampaikan ucapan, beliau menegaskan bahawa betapa penting mahasiswa baru untuk mengikuti program ini sebagai percambahan thaqafah.


Turut berucap pada majlis perasmian itu, adalah Timbalan Yang Dipertua KPT Mesir; saudara Ahmad Salikin bin Abdul Rahman dan juga Timbalan Pengarah HPS 2011; saudara Syed Ma’aruf bin Syed Akil.


Program yang berlangsung selama dua hari itu telah disusun dengan pelbagai bentuk aktiviti bagi memastikan mahasiswa baru Terengganu memahami kewajipan menuntut ilmu dan persediaan mereka ketika berada di bumi Ambiya’.


Pihak KPT Mesir sentiasa konsisten dalam menjalankan aktiviti yang boleh membentuk jatidiri mahasiswa Islam dan melahirkan generasi yang berwawasan.

PIMPINAN KPT MESIR BERMESRA DENGAN MAHASISWA BARU


Kaherah, 18 September 2011 – Saban tahun bumi kinanah ini silih berganti dengan para pencinta ilmu Allah.


Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) tidak ketinggalan menerima kehadiran mahasiswa baru daripada kalangan mahasiswa pengajian Islam dan perubatan.


Majlis ramah mesra bersama kepimpinan KPT Mesir telah berlangsung di Dewan Darul Iman, Asram Terengganu, Kaherah. Mahasiswa baru juga turut diperkenalkan dengan ahli KPT Mesir yang menginap di situ.


Sesi suai kenal itu turut dihadiri oleh mahasiswa baru daripada pengajian perubatan di bawah tajaan JPA.


Mereka juga turut diberikan penerangan tentang sejarah, misi dan visi KPT Mesir sejak penubuhannya yang bermatlamatkan menjaga kebajikan mahasiswa dan kesatuan yang menaungi mahasiswa Terengganu yang menuntut di Mesir, bumi Anbiya’.


KPT Mesir menjadikan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai penaung dan ianya telah didaftarkan di bawah pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).


Turut mendapat perhatian adalah sesi dialog antara pimpinan dan mahasiswa baru dengan pelbagai persoalan dan cadangan telah dikemukakan.


Menyerikan suasana majlis itu, tayangan khas tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak KPT Mesir bagi tatapan mahasiswa baru.


Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan istimewa yang disediakan dan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan.


Yang Dipertua KPT Mesir, ketika ditemui melahirkan kegembiraan atas kebersamaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mahasiswa baru.


Pihak KPT Mesir mengalu-alukan kedatangan mahasiswa baru dan mengucapkan selamat datang ke bumi kinanah serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut.


Semoga pekenalan terus berkekalan dan mendoakan kejayaan semua di dunia dan akhirat.

Monday, September 19, 2011

KPT MESIR MENYAMBUT MAHASISWA BARU TERENGGANU


16 September 2011, Kaherah – Pimpinan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) dan Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah menyambut ketibaan Mahasiswa baru yang tiba pada jam 1.00 petang (waktu Mesir).


Seramai 16 orang mahasiswa dan 7 orang mahasiswi yang selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah bersama seorang guru pengiring.


Turut hadir menyambut ketibaan mereka adalah BP Angkat PMRAM Cawangan Terengganu; Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Timbalan Pengarah USMB PMRAM; Saudara Ibrahim bin Ani, Naib Pengerusi III HEWI PMRAM; Saudari Atyqah binti Yusoff.


Sehingga kini, segala perjalanan sambutan mahasiswa baru berjalan dengan lancar termasuk pengisian mengenai Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir (KPT).


Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Saudara Mohd Syamshul bin Sidik dan taklimat kesihatan pula dikendalikan oleh Saudara Afuza Abdullah bin Idiris setibanya mereka di Kompleks Darul Iman.


Menurut Saudara Abdul Mannan bin Jusoh selaku Pengarah USMB KPT Mesir 2011, segala gerak kerja yang telah dirancang berjalan dengan baik.


Beliau juga, mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli KPT Mesir yang turut sama-sama membantu melicinkan lagi sambutan mahasiswa baru pada kali ini. Ini menunjukkan kesatuan mahasiswa KPT Mesir dalam melakukan gerak kerja secara bersama.


Semoga dengan segala usaha murni yang telah diberikan mendapat balasan yang setimpal daripada yang Maha Agung.

Sunday, September 18, 2011

TAHNIAH BUAT PENGANTIN BARU KPT MESIR

15 September 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan pegantin baru; Saudara Muhammad Khairul Aiman bin Mohd Arifin dan Saudari Siti Mariam binti Alias.


Kedua-duanya yang telah berjaya melangsungkan perkahwinan pada 15 September yang lalu adalah merupakan mahasiswa tahun satu Universiti al-Azhar, Kaherah dan ahli KPT Mesir.


Turut hadir pada majlis itu adalah Penolong Pegawai HEP Terengganu; Encik Mohd Rosli bin Awang, Naib Presiden II PMRAM; Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien, Naib Presiden III PMRAM; Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, HEWI PMRAM; Saudara Nur Atiqah binti Yusof .


Seluruh Saf Kepimpinan KPT Mesir dan mahasiswa Terengganu mendoakan semoga beliau berbahagia bersama isteri tercinta.


Selamat menggalas tanggungjawab sebagai suami yang soleh dan isteri yang solehah seterusnya melahirkan zuriat dan umat Rasulullah sollallohu `alaihi wasallam yang bertaqwa sebagai penerus perjuangan Baginda.


Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di Dewan Darul Iman sejurus menunaikan solat isyak berjemaah dan dikendalikan di bawah seliaan Biro dan Unit Kebajikan KPT Mesir dan Unit Bait Muslim KPT Mesir.


Monday, September 12, 2011

"JABIR AIDILFITRI" JAYAKAN AGENDA KEBAJIKAN

Kaherah, 8 September 2011 – Projek “Jabir Adilfitri” merupakan antara usaha di bawah kelolaan Biro dan Unit Kebajikan KPT Mesir yang bertujuan menjayakan agenda kebajikan KPT Mesir yang sentiasa cakna akan perihal mahasiswa Islam Terengganu di bumi Mesir.


Projek ini telah dirasmikan pada Malam Gema Aidilfitri oleh Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Terengganu; Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi.


Pengagihan di sebelah akhowat telah dijalankan di Asrama Darul Iman oleh Naib Pengerusi, Saudari Tengku Fathimah binti Tengku Hashim. Sumbangan telah diagihkan ketika majlis rumah terbuka ahli HEWI.


Ketua Unit Kebajikan KPT Mesir; Saudari Shazazierra binti Sharif menyatakan bahawa pihak KPT Mesir telah memperuntukkan sejumlah bajet kewangan untuk menjayakan agenda membantu kebajikan ahli.


Walaupun hanya sekilo gadum dan gula, namun harapan daripada kepimpinan KPT Mesir agar “Jabir Aidilfitri” menjadi antara wasilah untuk memperkasakan ikatan kebersamaan ahli dan kepimpinan serta ikatan sesama muslim.


Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna walaupun berada jauh di perantauan. Salam Aidilfitri daripada saf kepimpinan KPT Mesir.

PENGESAHAN SIJIL : PMRAM TIDAK BERSETUJU CARA EN. KHAIRI JALALLUDIN


KAHERAH, 11 Sept – Presiden PMRAM; Saudara Muhamad Zuhaili Saiman bersama-sama dengan Naib Presiden II; Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien telah pergi berjumpa En. Khairi Jalalludin di ARMA pada jam 10.20 pagi tadi.


Perjumpaan tersebut adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada En. Khairi Jalalludin berkaitan aduan mahasiswa/wi mengenai ketetapan mendaftar Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan.


Hasil daripada perjumpaan tersebut, PMRAM memaklumkan bahawa ketetapan mendaftar Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan merupakan cadangan di peringkat En. Khairi Jalalludin sahaja, bukannya ketetapan daripada pihak EME.


Justeru, PMRAM menegaskan kepada En. Khairi Jalalludin bahawa PMRAM tidak bersetuju dengan cara beliau kerana ini seakan-akan mewajibkan Konvokesyen EME sedangkan di peringkat Malaysia, konvokesyen merupakan pilihan bagi mahasiswa/wi, bukannya paksaan.


“PMRAM mempersoalkan tindakan En. Khairi Jalalludin yang membuat ketetapan tersebut sebelum melalui perbincangan pihak EME. Hal ini jelas menunjukkan sikap beliau yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegawai”, tegas Saudara Mohd Solehuddin bin Safien; Naib Presiden II PMRAM.


“Kita membawa suara mahasiswa mengenai aduan yang diterima. Kita juga menyatakan di hadapan beliau (En. Khairi Jalalludin) bahawa PMRAM tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh beliau”, tambah Presiden PMRAM.

Monday, September 5, 2011

TAHNIAH BUAT PENGANTIN BARU

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan sekalung tahniah buat Saudara Mohd Farezuan bin Mat Azahar kerana telah berjaya melangsungkan perkahwinan beliau pada 2 September 2011.

Beliau yang merupakan Ketua Biro Kebajikan KPT Mesir telah dijodohkan dengan Saudari Nur Juwariyah binti Mohammed.


Seluruh Saf Kepimpinan KPT Mesir dan mahasiswa Terengganu mendoakan semoga beliau berbahagia bersama isteri tercinta.

Friday, September 2, 2011

TAHNIAH BUAT PENASIHAT HEWI KPT

Kaherah, 22 Ogos 2011 – Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir terus komited dalam melaksanakan agenda kebajikan untuk ahli-ahli KPT Mesir.


Terbaru, pihak KPT Mesir telah mengadakan ziarah mahabbah ke rumah Penasihat HEWI KPT ; Ustazah Fatimah Salwani binti Abdullah.


Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau sekeluarga atas kelahiran cahaya mata kedua yang diberi nama Khadeeja binti Rafzan. Puteri comel tersebut selamat dilahirkan pada 20 Ogos 2011 yang lalu.



Ziarah tersebut telah diketuai oleh Naib Pengerusi HEWI KPT Mesir; Saidari Tengku Fathimah binti Tengku Hashim dan ditemani oleh ketua Unit Perumahan HEWI KPT ; Saudari Nur Farhana binti Hanafi.


Semoga dengan kelahiran puteri pertama ini menambahkan keberkatan dan kebahagiaan beliau sekeluarga.

Thursday, September 1, 2011

ATURCARA MESRA 2011


Tentatif penuh Majlis Sambutan Aidilfitri 1432H Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir. Majlis akan bermula pada jam 10.00 pagi dan akan berakhir pada jam 10.30 malam. Seluruh anak Terengganu yang berada di Mesir dijemput hadir untuk memeriahkan majlis!