PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, September 25, 2011

MASCUP 11' : SELAMAT BERAKSI BUAT PASUKAN TERENGGANU

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) mengucapkan selamat beraksi dengan baik dalam perlawanan MASCUP 11′ kepada pasukan negeri Terengganu yang dianjurkan pihak PMRAM bermula pada 24 hingga 27 September 2011.


Yang Dipertua KPT Mesir; Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan mengharapkan agar pasukan Terengganu menunjukkan disiplin dan akhlak yang baik ketika perlawanan itu nanti.


Beliau menyampaikan pesanan tersebut ketika memberikan tazkirah selepas solat isyak berjemaah di Dewan Darul Iman semalam.


Pemangku Ketua Biro Kebudayaan, Keseniaan & Sukan KPT Mesir; Saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah ketika ditemui mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menyalurkan bantuan bagi membantu pasukan Terengganu.


Pihak KPT Mesir mendoakan kejayaan buat pasukan Terengganu dalam perlawanan itu nanti. Kepada mahasiswa yang ingin memberikan sokongan, digalakkan untuk hadir ke tempat perlawanan.