PMRAM CAWANGAN TERENGGANU

Sunday, September 25, 2011

MAHASISWA BARU DINASIHATKAN TINGKATKAN USAHA HADAPI IMTIHAN QOBUL


Kaherah, 23 September 2011- Agenda pendidikan sentiasa dititikberatkan kepada Mahasiswa Islam bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.


Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) memandang serius tentang agenda kecemerlangan pendidikan mahasiswa sejajar dengan tuntutan syariat Islam dan hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang ingin melahirkan modal insan yang gemilang.


Hanya beberapa hari sahaja lagi mahasiswa baru bakal menghadapi Imtihan qobul yang akan diadakan dalam tempoh 1 hingga 3 Oktober 2011 ini.


Justeru itu, dibawah Biro dan Unit Akademik KPT Mesir pelbagai perancangan telah direncanakan sebagai persediaan untuk mahasiswa baru menghadapi imtihan itu nanti.


Taklimat persediaan imtihan qobul, kelas bahasa arab, study group dan solat hajat adalah antara langkah yang diambil pihak KPT Mesir.


Ketua Biro Akademik KPT Mesir; Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani menyeru kepada semua mahasiswa baru agar memberikan tumpuan yang sebaiknya dan mendapatkan info terkini berkaitan imtihan qobul dari masa ke semasa daripada pihak KPT Mesir

.

Beliau juga, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PMRAM diatas usaha bagi membantu kecemerlangan mahasiswa Islam Mesir.


Pihak KPT Mesir berharap mahasiswa Islam terus menggembleng usaha dan bertawakkal kepada Allah ta’ala di dalam menggapai kecemerlangan. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita semua.