Segala Kepujian hanyalah milik Allah SWT. Selawat dan Salam ke atas Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para Sahabat Baginda dan seterusnya para pembawa Risalah Rasulullah SAW dengan cahaya dan kalimah Allah keseluruhannya.
Pihak KPT Mesir mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya 11 nyawa termasuk Ketua Operasi Sayap Bersenjata HAMAS, Bridged Izzudin Al-Qassam, Ahmad Al-Ja’bari pada malam 1 Muharam 1434H.
Dalam satu kenyataannya yang angkuh,
Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Israel telah menghantar mesej yang jelas kepada HAMAS serta organisasi pengganas lain dan tidak teragak-agak untuk memperhebatkan serangan tersebut. Bahkan mereka berusaha memastikan semua lapisan pemimpin HAMAS akan dihapuskan pada masa akan datang selepas pembunuhan Ahmad al-Ja’bari.
Berhubung dengan hal ini, Amerika Syarikat pasti tidak akan membantah dan menghalang tindakan Israel kerana ‘hubungan persahabatan’ yang dijalinkan sekian lamanya antara kedua negara dunia tersebut. Masyarakat antarabangsa sudah mengetahui bahawa Amerika Syarikat hanyalah boneka bagi Israel.
ANUGERAH SYAHID DAN JANJI ALLAH BAGI PEMBELA AGAMA
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapatkan rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahawa tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Surah Ali Imran: 169-170)
Inilah janji Allah kepada mereka yang membela agamaNya. Kita sangat faham bahawa tidak akan ada titik persamaan antara Hak (Islam) dan Batil (Kafir) bahkan ianya terus berperang sehingga Hari Qiamat. Walaupun Hak dan Batil ini sentiasa berperang, Allah tetap akan membela dan memberi jaminan kepada mereka yang mempertahankan agamaNya dengan kemenangan di dunia dan syurga di Hari Akhirat. Bahkan ianya adalah satu kewajipan dan tanggungjawab bagi Allah SWT sepertimana firmanNya:
Maksudnya: “
Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (Wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan Yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang Yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang Yang beriman.” (Surah Ar-Rum: 47)
TUGAS KITA
Sehubungan dengan itu, PMRAM Cawangan Terengganu menyeru seluruh mahasiswa Islam agar :
1. Cakna terhadap isu pergolakan yang melibatkan Palestin dan Israel.
2. Melazimkan bacaan Qunut Nazilah dan solat hajat.
3. Menjadi Duta Ummah dalam menimbulkan sensitiviti masyarakat tentang isu umat Islam.
Isu Palestin merupakan isu yang melibatkan aqidah umat Islam di mana musuh Islam berani membunuh bahkan rasa berbangga dengan pembunuhan tersebut ketika sibuk meraikan kemenangan Islam pada awal Muharam tahun ini. Walaubagaimanapun, kita perlu yakin bahawa Allah tetap akan memenangkan Haq dan membinasakan Batil dengan kekuasaanNya.
Semoga kita tergolong dari orang yang membela Tauhid ini di atas bumi ini InsyaAllah. Semoga kita di kalangan orang yang dijanjikan oleh Allah SWT:
Maksudnya: “Di antara orang-orang Yang beriman itu, ada Yang bersikap benar menunaikan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada Yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada Yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa Yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Surah Al-Ahzab: 23)
Wallahu A’lam.
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
“BERILMU DAN BERAMAL”
WAN MOHD KHAIRUDDIN BIN WAN ISA
Timbalan Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2012/2013.